Thursday, March 5, 2009

UMNO ooo UMNO

Kemelut politik di Perak masih belum selesai. Selepas PR menerajui Perak melalui PRU 12, politik di Perak sentiasa menjadi tumpuan seluruh negara. Selepas rampasan kuasa oleh UMNO pada 6 Februari 2009, kemelut ini semakin ‘gila’. Kedegilan UMNO untuk mengambil Perak secara ‘anak jantan’ melaui PRU semula di Perak telah menjerumuskan negeri ini ke dalam ketidaktentuan status politiknya. Pihak UMNO mendakwa MB DPulau adalah MB Perak yang sah kerana perlantikannya telah diperkenankan oleh istana. PR pula terus bertegas bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang masih sah kerana perlucutan jawatannya belum melalui tiga cara seperti yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Tiga ADUN yang diistiharkan telah mengosongkan kerusi oleh Speaker telah ditolak oleh SPR. MB Nizar telah memfailkan saman kepada MB DPulau kerana menerima jawatan MB Perak daripada istana. Speaker telah menghukum MB DPulau bersama enam exconya kerana tidak mengusulkan undi tidak percaya di Sidang Dewan terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah jawatan. Speaker telah memanggil Sidang Dewan Tergempar untuk mengesahkan status peneraju politik Perak. Sidang yang berlangsung di bawah pokok telah meluluskan tiga usul. Kemudian mahkamah telah mengistiharkan bahawa persidangan itu tidak sah. Tiga ADUN berani mencabar Speaker di mahkamah perihal status mereka sebagai ADUN. SPRM mula membuka fail menyiasat kesemua 28 ADUN PR berkaitan dengan persidangan di bawah pokok itu. Polis juga telah mengistiharkan akan menyiasat dan mendakwa 28 ADUN PR kerana telah melanggar arahan untuk tidak memasuki kawasan SUK.

Saya ingin menyingkap seketika perkara asas kepada sesuatu perlembagaan. Paling atas ialah perlembagaan. Perlembagaan dijaga dan dipelihara oleh Dewan Rakyat di peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri. Segala bentuk undang-undang yang dipanggil akta (parlimen) atau enakmen (negeri) atau ordinan (Sabah & Sarawak) mestilah digubal dan dipinda di sini sebelum disahkan oleh YDPA, Sultan atau TYT. Undang-undang yang telah digubal atau dipinda ini akan berkuatkuasa selepas 30 hari walaupun tanpa persetujuan istana. Keputusan dewan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah.

Di bawah perlembagaan ialah intitusi istana. Istana mesti patuh dan hormat kepada keputusan dewan. Keputusan dewanlah yang telah memartabatkan intitusi istana. Keputusan di dewanlah juga yang akan menentukan nasib istana, sama ada kekal disanjung atau dipersilakan mengisi ruang-ruang sudut di muzium. Cuba kita imbau bersama bagaimana Tun Madey telah mengusulkan penghapusan imuniti raja-raja Melayu di parlimen. Begitu juga dengan usul istana tidak boleh menghalang akan kuatkuasa mana-mana undang-undang yang telah digubal atau dipinda selepas 30 hari. Semua usul ini telah diluluskan oleh dua pertiga anggota dewan rakyat pada masa itu. AP UMNO mewakili lebih dua pertiga anggota dewan pada masa itu.

Di bawah istana, barulah PM atau MB. Istana boleh mencadang nama PM atau MB, tetapi kuasa muktamad tetap terletak pada Sidang Dewan. Untuk makluman, istana hanya berkuasa penuh atas urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Istana boleh untuk tidak bersetuju akan sesuatu perkara yang berkaitan dengan PM atau MB, tetapi tidak boleh memaksa PM atau MB untuk menurut titahnya. Hanya sidang dewan sahaja yang boleh melucutkan jawatan PM atau MB, bukannya istana atau mahkamah. Istana mesti menerima nasihat daripada PM atau MB.

Dalam kemelut politik di Perak, perlembagaan dipermainkan. Sidang Dewan tidak dibenarkan. Keputusan dewan tidak dipatuhi. Kuasa Speaker tidak lagi dihormati. SUK dan LA berkuasa mutlak. Polis dan SPRM menjadi raja. Istana tunduk membisu. UMNO pula ‘baling batu sembunyi tangan’ menggunakan segala sumber untuk melagakan rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan istana.

Susah sangatkah nak selesaikan kemelut ini? Sebulan lalu, MB Nizar mohon perkenan istana bubarkan DUN Perak. MB DPulau pula yakin yang dia adalah MB untuk semua dan mampu membuktikan bahawa PRU DUN adalah langkah yang silap. Sebulan telah berlalu, apa yang UMNO nak buktikan lagi? Oooo .. PRU hanya buang duit. PRU akan hapuskan kuasa Melayu.

UMNO ooo UMNO. Kalau PRU buang duit, buangler. Kome buang, rakyat dapat. Kalo takde PRU, kome tetap buang duit, tapi masuk poket kome jer.

UMNO ooo UMNO. Lawan UMNO tu Cina ker Melayu. Lawan UMNO ialah PAS atau PKR. Lawan UMNO tentu Melayu juga. Kalau UMNO kalah, yang menang masih Melayu. Bahkan ada Melayu yang bertanding dan menang di kawasan yang UMNO tak berani bertanding. Boleh menang pulak tu. MB Nizar tu kalahkan MIC, Behrang tu asainye tempat MIC. Sebelum PRU 12, ada 34 Melayu UMNO di DUN Perak. Selepas PRU 12, ada 36 ADUN Melayu. Daripada 36 ni, 28 adalah ADUN UMNO. Kalo betui UMNO sayangkan Melayu, tinggaikanler UMNO tu. Mari kita bersama memartabatkan Melayu melalui PR. Susah ker?

3 comments:

  1. Sejak kemelut melanda teman sungguh kecewa dengan keputusan Istana yang berat sebelah tetapi setelah dipikiorkan mungkin Sultan dan Raja ni macam filem dulu2 suka mintak pandangan pembesar disekeliling sebelum buat keputusan ... rasanya itu yang terjadi orang disekeliling Tuanku yang menghasut dan memberi maklumat palsu sehingga semakin parah krisis yang melanda ... apa teman tak salah Tuanku ... biarlah Tuanku dan kerabat dapat hidayah dan petunjuk apa yang berlaku ni ...

    ReplyDelete
  2. Saya cadangkan Dango Mamamat masukkan hantar artikel ini dalam 'Tranungkite'. Ramai sikit yg boleh baca

    ReplyDelete
  3. Abang Mat, Nizar selalu sebut mula2 pegang jawatan pabila ada Divine intervention, maka PAS yang ada 6 kerusi pun boleh jadi MB. Jadi teman rasa ini pun ada DIVINE INTERVENTION, kabo pada Nizar mungkin dia pun ada salah dengan orang melayu dan orang Islam apabila teralit dengan DAP.

    ReplyDelete