Tuesday, March 3, 2009

Setuju tak setuju, istana kena setuju

Ada kengkawan tanya teman, adakah Sidang DUN Tergempar tadi sah? Teman kata, sah. Kalau tak sah, buat apa UMNO beria-ia nak halang sidang ini berlangsung dalam dewan. Semua pihak telah digunakan untuk menghalang sidang ini berlangsung. Polis dan mahkamah digunakan sepenuhnya. Pintu dewan dikunci dan tidak dibenarkan sesiapapun memasukinya. Speaker telah menetapkan sidang dewan dilangsungkan di tempat letak kereta di bawah pokok 'rakyat'. Sidang ini dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk Speaker. Setiap usul yang dibawa memerlukan sekurang-kurangnya 25 undi dari ADUN yang hadir. Dalam sidang pagi tadi, semua usul telah disokong sebulat suara. Disokong oleh 27 ADUN. Semua usul yang diluluskan telah menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, termasuk istana.

Tiga usul telah diluluskan iaitu,

1. Usul undi percaya bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang sah

2. Usul undi percaya DUN Perak dibubarkan

3. Usul undi percaya menggantung 7 ADUN UMNO daripada menghadiri sidang dewan

Bermakna sebaik sahaja sidang itu berakhir, setiap usul yang diluluskan tidak boleh dipersoalkan. Tidak boleh dipertikaikan di mahkamah. Keputusan dewan mengatasi keputusan mahkamah dan istana, melainkan sidang itu melanggar peraturan yang telah termaktub dalam perlembagaan atau Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Jikalau sidang ini melanggar peraturan, sudah tentu UMNO akan membiarkannya berlangsung dengan aman. Tetapi UMNO sedar bahawa persidangan ini adalah persidangan yang sah di sisi undang-undang.

Seingat teman, berdasarkan perlembagaan yang telah dipinda oleh parlimen dan Dewan Undangan Negeri Perak serta lain-lain negeri kecuali Kelantan, mana-mana usul yang telah diluluskan oleh dewan yang dibawa kepada pengetahuan istana akan menjadi sah dan berkuatkuasa serta merta selepas 30 hari daripada tarikh persidangan walaupun tanpa persetujuan istana.

Berbalik kepada usul yang telah diluluskan oleh dewan sebentar tadi jelas memberitahu kita bahawa Usul 1 dan Usul 3 berkuatkuasa serta merta. Bermakna mulai hari ini dan sebelum ini MB Nizar adalah MB Perak yang sah. Pengesahan ini tidak boleh dicabar oleh UMNO. Kedudukan MB DPulau bersama enam jahanamnya terlucut serta merta walaupun mereka telah mengangkat sumpah di hadapan tuanku sultan sebulan yang lalu. Mereka dikehendaki memulangkan kembali segala emolumen yang diterima sepanjang sebulan memegang jawatan. Kegagalan mereka memulangkan semua emolumen yang berkaitan hanya akan mengundang masalah pada diri mereka selepas ini. Tambahan pula mereka telah dan sedang menjalani hukuman digantung daripada menghadiri sidang dewan untuk satu tempoh yang panjang.

Usul 2 yang diluluskan iaitu membubarkan DUN Perak hanya mengkehendaki MB Nizar memaklum dan memohon perkenan istana untuk membubarkan DUN. Oleh kerana usul yang dipohon adalah usul yang telah diluluskan oleh dewan, maka usul ini berkuasa selepas 30 hari walaupun istana tidak memberi perkenan. Bermakna DUN Perak akan bubar dengan sendirinya pada 2 April 2009.

Betulkah apa yang teman paham ni? Kepada pembaca yang lebih memahami, tolong betulkan ulasan teman ini.

2 comments:

  1. teman sependapat hampir semua mike tulis tu. cuma teman tak pasti pasal setiap usul akan terlaksana secara automatik selepas 30 hari tu.

    seingat teman parlimen ada buat perubahan itu zaman mahathir. sbb tu juga satu penghunaan raja melayu dipanggil rubber stamp. tapi teman tak pasti dun perak ada buat perubahan yg sama.

    yg teman pasti yg diluluskan di parlimen tu setiap undang2 yg diluluskan secara automatik terlaksana walaupun agong tak setuju dlm masa 30 hari. kes di perak adalah usul tapi bukan undang2.

    ReplyDelete
  2. Jap ye mamamat, bio teman chegoye dalam balang ajain jap...

    Ha...dapat dah. Ngikut telahan teman le kan...semua yang mike kabo tu terpake. 2 April nanti bubo punyele DUN Perak...tak caye, tunggu le...

    ReplyDelete