Monday, March 9, 2009

Kenangan teman & Pokok Demokrasi

Pokok Demokrasi, 3.15 petang 9 Mac 2009

Teman udah mula rasa hidup teman ni tak berapa nak lengkap kalo sari tak menulih di blog. Ini semua angkara MSK. Sebenornya teman udah menulih secara numpang tentang hal-hal reformasi sejak lebih 10 tahun lalu dengan menggunakan nick name yang pelbagai. Tulisan teman ada diterbitkan di Laman M@rhaen dan Tranung Kite. Komentar teman sentiasa berligar di FGR. Pada masa itu tak berapa ramai penulis seperti hari ini. Pada masa itu tulisan teman hanya berbentuk laporan dan ulasan selari sahaja. Teman tidak boleh lupa akan Peristiwa KESAS dan PRK Lunas. Teman juga tidak boleh lupa apabila YB Gobalakrishnan dipasangkan bersama teman semasa kursus yang dikendalikan oleh Raja Komando di Bukit Cerakah. “Oii Mat, aku udahler gelap. Pegang aku. Malam gelap ni mata aku tak nampak jalan. Kalo aku hilang, kamu juga yang susah. Bukan senang nak cari aku dalam gelap ni”.

Selepas PRK Permatang Pauh yang lalu teman sajer-sajer seronok mengomen di Perak Express. MSK menghubungi teman secara email. MSK mahu berjumpa teman. Teman sebenornye udah kenai rupa MSK. Cuma MSK jer yang tak kenai teman. Dalam pertemuan di Safari Resort, teman tak perlu bersusah payah memperkenaikan diri, sebab salah seorang yang bersama MSK memang telah lama kenai teman. MSK terus mengobjektifkan pertemuan. MSK menyatakan akan hasrat Hj. Ismail Yusof supaya blogger membantu dua exco PKR yang begitu lemah dan kering idea. CERIA yang diilhamkan oleh Dr. Wahab adalah untuk menceriakan exco pertanian. Teman pula cuba memuatkan sebanyak mungkin input-input pelancongan dalam Siri-Siri Cereka Jelajah Sungai Perak untuk mengilhamkan sesuatu kepada exco pelancongan. Teman mengambil masa sebulan lebih untuk menyiapkan siri-siri tersebut. Ketika idea dan komentar sedang disepadukan, PR Perak telah terputus hubungan dengan dua exco berkenaan. Kemelut politik yang melanda ini telah menyebabkan segala usaha blogger untuk meningkat dan memajukan sektor pertanian dan pelancongan di Perak terbantut dan tergantung.

Teman teringin benor untuk bersama kengkawan blogger di Ipoh. Kalo tak dapat lama, kejappun jadiler. Tapi apakan daya, teman tak mampu nyusun jadual rutin harian teman selari dengan deme. Alhamdulillah kerana Allah memakbulkan kehendak teman supaya ada sahaja hal setiap hari. Hal-hal yang boleh mendatangkan faedah kepada teman, keluarga, masyarakat dan negara.

Dua tiga hari ini teman cadang nak relaks daripada menulih di blog ini. Bukannya berkabung atau melancarkan gencatan jari. Teman ada hal dan mesti berada dalam hutan yang tiada line tipon. Hari Jumaat teman kena masuk hutan . Tak jauh, cuma 30km daripada rumah teman. Jarak lokasi hutan cuma 10 km daripada jalan besar. Gelap pekat. Dalam hutan teman mendraf dan melakar idea. Ada free sejam dua teman kuar balik ke rumah taip semula dalam laptop sebelum masukkan ke blog. Kemudian masuk hutan balik walaupun udah lewat malam. Dalam perjalanan , bulu roma sentiasa meremang hinggaler sampai ke lokasi. Alhamdulillah teman selamat.

Setelah tugasan teman selesai, petang Ahad hampir maghrib baru teman sampai rumah. Teringin nak ke Bukit Gantang tapi mata masih pedih tak cukup tidor. Nasib baikler ada sorang kawan teman dari Gerik call dan biarkan teman mendengar suara MB Nizar sedang berceramah di Bukit Gantang. Hilang rindu dan letih apabila mendengar suara MBku. Selepas itu teman lena. Kalo bini tak kejut, melepaih ler subuh teman. Lepaih subuh masa kejutkan anak suruh subuh, teman pulak lelap. Pukui lapan bini kejut makan pagi. Lega dan segar bila menghirup kopi radix panas ... Sambil minum bukak blog, tengak komen dan baca blog kengkawan. MB Nizar di Kati petang ini?

Teman ajak bini teman ke Kati. Lagipun udah dekat sebulan teman tak balik Kati. Mesti emak teman terkejut tengak anaknya tetiba jer muncul di depan mata. Lagipun dua minggu lepas emak teman ada tanya nak ker tanah sekar setengah di belakang Pejabat Penghulu Sauk. Pak sedara teman nak juai. Harga adik beradik jer, 20k. Teman khabo bahawa teman takde duit. Tanah yang Ude Kenang bagipun teman tak bayor lagi. Tapi bini teman kata camni, “Tak ingatker yang petang ni kena pegi Ipoh. Ada majlis …. “. Isk .. kena nganto bini pegi Ipoh pulak.

Entah apa dibaca oleh bini teman .. 5.15 petang

Dua jam teman nunggu bini di Ipoh. Teman pegiler ke Pokok Demokrasi. Dalam hujan renyai petang tadi, kelihatan ada jer yang datang. Tak putus-putus. Kalo tengak plet keter, banyak yang plet luor. Ada Melayu, Cina, India dan Benggali. Sejam teman duduk tengak dan perati daripada dalam keter. Deme kuor keter, baca dan tangkap gambor. Tak sampai lima minit deme masuk keter balik. Lagipun hujan renyai, tak boleh lama-lama. Nanti demam. Temanpun tak kuar. Teman round tengak lima anak pokok sena yang baru ditanam itupun dengan keter. Bermula dengan KEBAJIKAN, kemudian BERSIH, AMANAH, TELUS dan ADIL. Kemudian teman ngundur balik tengak pokok besor tu lama-lama. Agaknya temanler satu-satunya yang bawak keter lalu dekat pangkai semua pokok tu. Dalam duduk tenung perati orang datang tengak pokok, tetiba kawan teman dari Gerik tipon. Kawan teman bagitahu semalam dia dapat salam dengan MB Nizar dan Ngar Kor Meng. Dia tunggu kat simpang kuar. Keter MB dan Ngar tidak boleh laju. Deme bukak tingkap dan dapatler dia salam. Seronok benor dia. “Mana aci mike jer yang dapat salam dengan MB Nizar”, sambungnye lagi.

“Abah tak tangkap gambor ker?”, tanya anak teman pada teman.

“Hujan, ambik ibu dulu. Lepaih itu kita tangkap gambor”, balas teman.

Pukui 5.15 petang, teman datang lagi. Kali ini dengan bini tercinta. Hujan masih renyai. Kami turun pegang pokok, baca dan tangkap gambor. Mungkin esok lusa MB DPulau akan arahkan DBI tebang pokok ini. Sekurang-kurangnya sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku pada pokok ini, teman dan keluarga udah ada gambor kenangan akibat penangan UMNO di negeri ini.

“Abah, demokrasi tu apa benda”, tanya anak bongsu teman yang baru dua bulan di Tahun Satu.

“Demokrasi tu pokok”. Dalam hati, tak patut teman jawab camtu. Tapi kalau jawabpun, bukannya dia paham. Tungguler dia besor sikit.

Sian anak teman. Tapi sianler sama pada teman. Kerana teman jawab macam ituler teman kena cubit spring oleh ibunya. Takler sakit mana, tapi kena tunjuk sakit bebenor … berkerut muka pura-pura nahan sakit.



5 comments:

  1. Dalam gambo, teman nampak ramai yang berkopiah datang tengok pokok. Tak pe ke abang mat? Pokok tu ada keramat ke abang mat? Kita orang sesama melayu kalau ada masa lebih, buat le kerja lain yang berfaedah. Di kampong teman pokok macam tu banyak. Tak de ke dema nak datang tengok.

    ReplyDelete
  2. Salam sdra. Ahmad Kamal
    Nengak pokok tu betuiler. Deme kerumun sebab nak baca plak peristiwa 3309 yang didirikan dekat pangkai pokok tu. Yang utamanya deme nak bergambo kenangan dan nak tahu lokasi Sidang Dewan bawah pokok. Kut2 lepaih ni tak sempat .. DBI kata pokok tu besor, akornye besor .. boleh rosak jalan.
    Kalo ada yang kata pokok keramat itu tak betui. Kalo kata pokok sejarah, boleh diterima.
    Bolehker teman jawab camni?

    ReplyDelete
  3. Abang Mat, Kut mane pun boleh. Kalu kite hanye nak nengok pokok kite kate pokok tu tak keramat. Mase kite rame-rame pegi bekumpui hari tu kite kate pokok tu lambang demokrasi. Tapi kekadang kite tak boleh menipu diri kite abang Mat. Ari tu nizar ade kate mase pegang jawatan dulu ada DIVINE INTERVENTION. Itu selalu die kate terutama pade rakan DAP.
    Ini pun teman rase ade juga DIVINE INTERVENTION. Kalu abng Mat ade kesempatan cube bisik-bisik dgn NIzar. Rase teman ade benda yang tak kena.
    Dalam keaadaan macam ni kekadang kite rase semua kite betoi.. belum terlambat lagi PR.

    ReplyDelete
  4. demokrasi tu pokok!

    coretan mantap, penuh makna, rileks & menghiburkan.

    tetiba teman gelak besor hari ni. rasenye udah lame idak gelak rope ini.

    thanks!

    ReplyDelete
  5. Salam semua
    Demokrasi tu pokok. Masa teman jawab soalan anak teman, teman takde maksud lain selain daripada pokok. Masa nulih semalampun tetap pokok juga. Cuma lepaih subuh tadi baru perasan ada maksud lain .. demokrasi cuma pada jasad sahaja tanpa roh. UMNO suruh kita tengak dan ikut jer apa deme buat, deme nak kita jadi macam pokok!
    Tak ker gitu ustaz.

    ReplyDelete