Thursday, March 12, 2009

Usah diharap bubarnya DUN ..

Sari dua ni teman lagut tengak dan baca mende belah kanan blog teman ni. Mahkamah akan tentukan empat persoalan sebelum tentukan mana satu MB Perak yang sah. Pertama, boleh ker idak sultan dibicarakan kerana tidak perkenan bubar DUN. Kedua, kalo sultan boleh dibicarakan, sah atau tidak tindakan sultan yang tak perkenan bubar DUN. Ketiga, bolehker sultan dibicarakan kerana silap melantik MB baru? Dan keempat, kalo sultan boleh dibicarakan, sah atau tidak perlantikan MB baru itu di istana.

Hari ini pulak kita telah diberitahu bahawa MB Nizar telah menghantar perutusan faks dan pos laju untuk memohon mengadap mempersembahkan tiga usul Sidang Dewan bawah pokok. Esok hari Jumaat, hari last menentukan status MB Nizar. Sepatutnya istana mengambil keberkatan hari Jumaat untuk membuat keputusan mententeramkan negerinya. Harapan rakyat berkaitan krisis politik ini hanya pada sultan sahaja. Pada ketika ini, sultan sahaja yang boleh menjernihkan suasana negeri. Tapi kalo mengadappun payah bebenor, maknanya MB Nizar tiada tempat lagi di hati sultan.

Kalo berdasarkan empat persoalan mahkamah tadi, jelas memahamkan minda kita bahawa perlantikan MB baru Perak tidak boleh dipersoalkan. Ini kerana persoalan pertama lagi akan memberitahu kita bahawa sultan tidak boleh diadili atau dibicarakan di mana-mana mahkamah di Malaysia akan tindak tanduknya, kecuali melalui Mahkamah Khas. Kalo bolehpun ntah berapa tahun kes ini baru selesai. Baik bior jer ler. Jangan buang masa lawan mende yang menampakkan PR berlawan ngan istana pulak. Ingat, lawan PR ialah UMNO. Lawan PR ialah UMNO, bukannya istana. Kita udah berusaha, kita udah merancang dan kita berserah kepada Allah. Setiap usaha murni yang telah, sedang dan akan kita lakukan adalah peluang terbaik untuk kita mendapatkan pahala Allah.

MB Nizar, anda tetap dikagumi. Anda tetap dihormati. Anda adalah pemimpin akan datang. Dalam tempoh kita menunggu dan berusaha memenangi PRU 13, kukuhkan PR di setiap parlimen dan DUN. Wujudkan dahulu keserasian antara PAS, PKR dan DAP. Bentukkan dahulu jawatankuasa PR di setiap parlimen dan DUN. Buat program ekonomi PR walaupun secara kecil2an. Jangan menumpu kepada ceramah semata2. Buat ceramah dalam program ekonomi. Tamadun manusia bermula dengan ekonomi. Sejarah hidup Rasullullah bermula sebagai penggembala kambing sebelum berkahwin dengan tokoh korporat, Siti Khadijah. Apabila ekonomi kita kukuh, insya Allah politik dan sosial mudah kita aturkan.

Dalam Kerajaan Maya ini, kita mempunyai pelbagai kepakaran dan kemahiran. Dr. Wahab kaya dengan idea. MSK berpengalaman luas menjana ekonomi kampung. Al-Banjari mempunyai cara tersendiri untuk menyebarkan maklumat. Allah kurniakan akal untuk kita berfikir dan mengolah. Allah kurniakan mata untuk kita membaca dan melihat. Allah bekalkan kita dengan telinga untuk mendengar. Allah bekalkan mulut untuk kita berkata2. Allah sediakan kita dengan tulang empat kerat untuk kita melaksanakan tanggungjawab ekonomi. Ekonomi bermaksud penyediaan tiga keperluan asas kepada kita iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Apabila ekonomi kita kukuh, barulah kita boleh bantu kukuhkan ekonomi orang lain. Jangan tanya mana nak cari modal? Hanya orang UMNO jer yang soal camtu. Orang PR prinsipnya ialah sanggupker idak. Kalo sanggup, buat. Kalo tak sanggup, bagitahu, supaya PR yang lain boleh bantu bagi sanggup juge.

Ringkasnya, selepas esok, sama ada DUN Perak bubar atau tidak, PR mesti memulakan langkah berusaha membantu menjana ekonomi penyokong PR. PR takde duit, kita buat cara takde duit. Kita gunakan apa sahaja cara halal yang Allah telah kurniakan pada diri dan sekitaran kita. Insya Allah PR akan semakin mantap.

2 comments:

  1. Saya setuju sesangat dengan idea bro ini. Lupakan segalanya dan pukul habis dalam PRU 13. InsyaAllah kita akan berjaya menawan kerajaan pusat

    ReplyDelete
  2. betoi tu... mengalah bukan bermakna kalah terus.. cuma kita amik ruang sekejap utk merencana strategi seterusnya... org kata "take a break" le kejap.. :)

    ReplyDelete