Teman nak berkisah sikit pasai PRK Bukit Gantang. Kalo kome paham, pahamkanler lagi. Terpulangler kepada kome sama ada nak ambik berat atau nak pandang mudah tentang apa yang teman nak kisahkan ini.
Kisah 1
Empat hari lepaih dalam perjalanan teman ke utara, teman selisih keter dengan kawan teman di kuala. Kamipun berenti ler. Cari dan singgah minum dekat warung depan Taman Bunga Raya. Kawan teman ni datang ngambik bininya di Trong. Sejak diumumkan adanya PRK di Bukit Gantang, bini kawan teman ni berkampung di kampungnya di Trong. Selang dua tiga hari, kawan teman ni datangler ke Trong ngambik bininye. Kalo ikut paham Wak Banjar, deme balik ke rumah sebab nak munuh setan. Lepaih munuh setan, kawan teman akan antor balik bininya ke Trong. Ituler kojernye berulang alik dari Tapah ke Trong.
Bini kawan teman ni memang asai dari Trong. Sebelum dia kawin, dia ngundi di Trong. Setelah kawin, dia tukor pusat ngundi bagi sama dengan lakinya. Deme laki bini dan anak pinak memang kuat PAS. Sebab tu kawan teman ni tak kisah bininya berhari2 bersama muslimah PAS di Trong. Lagipun anak2 deme udah besor panjang. Kawan teman ni pulak pandai masak. Kalo bini takde di rumahpun takpe. Lainler macam teman, kalo bini takde, makan menu Zambryler.
Menurut bini kawan teman, majoriti pengundi Melayu masih bersama UMNO. Isu penderhakaan PR terhadap Sultan Perak oleh UMNO telah berjaya mempengaruhi minda wanita berusia 60-an ke atas. Begitu juga dengan pemberian hak milik tanah kepada orang2 Cina telah berjaya dieksploitasi dengan baik oleh UMNO. Terlalu sukar untuk mengeluarkan mereka daripada kepompong UMNO. Harapan cuma kepada anak2 mereka yang mungkin pulang mengundi dalam masa PRK ini. Hanya anak2 kesayangan mereka sahaja yang mampu mengubah minda mereka.
Kisah 2
Ini pula kisah kawan teman yang tak berapa rapat. Teman kenai dia sikt2 dan dia kenai temanpun sikit2. Asainye dari Changkat Jering. Ngundipun masih di Changkat Jering. Umur hampir 40 tahun. Kojer di Sungai Petani. Dalam sembang2, dia muji Ismail Safian. Menurutnya, Ismail ni baguih. Kalo ada jemputan kenduri kawin, dia akan cuba hadir walaupun ketika itu dia berada di luar Bukit Gantang. Semasa Ismail ni kojer di Manjong, orang2 kampung atau orang2 muda yang nak ke Lumut akan singgah di rumahnya di Manjong. Makan dan minum dulu. Memang Ismail ni cukup mesra melayani orang Bukit Gantang. Rugi kalo orang Bukit Gantang tidak mengundi dia.
Kawan teman ni nampaknya udah tak sabor nak ngundi. Namun dia tetap melahirkan kegelisahan kerana pengundi Cina tidak lagi mengundi BN. Hanya undi India menjadi penentu. Teman kata dekat dia India udah sepakat ngundi PAS. Dia balas balik, “Itu dulu. Tengak kat Selangor, Penang. Apa India udah dapat? Lagi teruk. Baik deme sokong MIC”, ulasnya.
“Deme bukan marah MIC. Deme marah Samy Vellu. Tapi Samy masih pegang MIC. Payahler India nak sokong BN”, sambungnya lagi.
Kisah 3
Sepasang suami isteri dalam lingkungan usia 30-an. Bekerja dan menetap di Teluk Intan. Mereka mengundi di DUN Changkat Jering. Sanggup mengambil cuti jikalau majikan tidak benarkan mereka balik mengundi selepas rehat tengahari. Mereka amat marah apabila Osman Jailu keluar PR.
Kisah 4
Petang tadi ketika pulang dari Utara, teman lalu ikut Trong. Singgah beli buah nak bawak balik. Dalam duk tanya harga dan tanya pasai buah, teman cuba merisik. “Macam mana bang nak pilihanraya ni?”.
“Macam iniler”, ringkas jer jawabnya.
“Saya lalu tengak banyak bendera. Rasa macam esok pulak ngundi”, provok saya.
“Memangler. Ramai yang singgah tanya ngundi mane? Yang ramai nanye tu orang PAS. Saya kalo orang PAS nanye, saya jawabler ngundi PAS”, katanya lagi.
“Agaknya saya ni orang PAS ker? Sebab tanya ni”.
“Encik takdepun rupa orang PAS”.
“Macam mana rupa orang PAS?”
“Orang PAS kalo jumpa terus sembang pasai PAS. Kata macam2 ler pada UMNO ….”.
…….
Tak larat tulih. Teman nak mengholoh. Kepada pemimpin dan petugas PR, pikio2ler apa yang teman tulih ni.
Bagus. Bagus.
ReplyDeleteBerita macam ni bagus untuk orang PR. Biar dia orang sedar sikit. Jangan dok syok sendiri, over confident sangat.
Banyak sangat berita memuji sokongan yang diterima Nizar sampai ramai yang tak dapat terima bila ada laporan dari blogger BN yang sokongan tidak memihak kepada PR.
Berkempenlah untuk menarik sokongan, bukan untuk menghina penyokong lawan.