Saturday, September 14, 2013

Kalo resolusi 5 dan 7 dilaksanakan ... BABAI PAS




Lapan Resolusi Multaqa Ulamak Se-Malaysia
1.  Ulamak Haraki hendaklah memposisikan diri mereka dengan lebih berkesan sebagai pemimpin politik yang menyambung tugas para nabi-nabi. Mereka hendaklah memahami tentang cabaran semasa dan mempertingkatkan keyakinan terhadap Allah bagi menegakkan Islam. 

2.   Multaqa Ulamak Se-Malaysia juga mengajak para ulamak haraki PAS bagi melakukan pengukuhan gerak kerja;

i.                     Mengukuhkan gerakerja tarbiyah
ii.                   Mengukuhkan kedudukan kepimpinan ulamak yang menjadi tunjang utama kepada PAS
iii.                 Memperkasakan ilmu pengurusan dan kepimpinan

3.   Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan untuk bersama-sama menangani dan menghadapi pemikiran yang merosakkan (haddamah) dengan pelbagai usaha dan pendekatan supaya umat Islam tidak tersasar dari asas Islam. 

4.  Multaqa Ulamak Se-Malaysia mengambil ketetapan mencadangkan kepada Pas Pusat supaya melakukan analisa yang menyeluruh dan telus serta mengemukakan analisa bagi tujuan untuk menilai prestasi PRU 13 untuk lonjakan PRU 14.

5.  Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. 

6.   Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyarankan kepada semua kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR supaya memberi ruang yang munasabah dan bersesuaian kepada ulamak haraki PAS yang berkelayakan supaya dapat melibatkan diri mereka di dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan.

7.  Multaqa Ulamak Se-Malaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis dan 

8.   Multaqa Ulamak Se-Malaysia menyeru kepada seluruh ulamak haraki PAS supaya bersiap sedia untuk mengukuhkan kedudukan dan memainkan peranan masing-masing dalam usaha mencapai kemenangan dalam PRU 14 ke arah pelaksanaan Islam yang syumul di Malaysia.


Monday, September 2, 2013

Naik dua kupangpun bising ...

Tima kasihle kepade kome2 yang ngundi ameno ... mesti kome seghonok kan kan kan?