Monday, August 22, 2011

Saiful telah berbohong diliwat walaupun hakim pernah memutuskan Saiful berkata benar ... Anwar

Petikan perbicaraan Liwat 2
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.
“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.
“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.
Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”
“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.
Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.
“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.
“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.
“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”
Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.
Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.
“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.
Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.
Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.
Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”
“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.
“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.
“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.
Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.
Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

Friday, August 19, 2011

Jamban2 mesejid yang tak beghayo .. susahnye nak masuh mogah

Pejam celik...pejam celik udoh 12 haghi pose kita ni....teghase laju beno bejalannye. Makin tue umo kita ni makin laju ghasenye geghok masa. Udoh banyok mana le amalan masa bulan pose ni....yekk kome.... Tak cukup ghasenye masa nok muat pahale bebanyok. Tapi nyemedang je sebok dengan he lain. Ada je seknika benda yang nganggu nyadikan kita sebok tak pase-pase. Allahuakbar.....moga Allah kuat kan semangat dan iman kita.

Pose kali ini teman nyuso le ke bebeghape mesejid. Memang le mesejid ni penuh dengan memacam peghogham. Tapi yang ghase ghegham tu pase bilik ayo/jamban.....Allahukabar.....ate ngape ghope itu dibiokan. Ce kome bayangkan... 'anu' udoh ghase nok tekencin sangat...kita masuk je pintu...hagham boleh bekunci. Tetiba bila udoh kencin...puleh paip hagham beghayo...ate ape nok dibasuhkan 'mogah' ni...ha begheco kena kain ke seluwo....naye.....

Itu kalu kencin...kalu meghebah...kena pulok taim peghut yang jenih memuleh2 tu....aiii kaco kene dibuatnya mengkalu tak beghayo ni. Bukan pase ayo LAP tak mandang...tapi sistem paip ayo mesejid yang gemo meghagam.

Teman tekena banyok mesejid. Jangan kata mesejid kg2. je...mesejid kuala Ridwanioh tu pun ayo keghap tak mandang. Beghape kali teman kanjei lepeh kencin teghencut2..tengintei2 nok nyaghi ayo ke koloh bilik mandi nok masuh 'mogah' teman. Mesejid Manong...bukan main beso bilik ayonye... udoh le pintu banyok tak bekunci...selok je pintu...jelabok hampeh kunyit hagham bejighuih...kalu udoh tak beghayo paipnye tu yang oghang tinggei hampeh ghope itu je.... hebuh le pulok sependa sape 'tinggei' ni...siap lekat 'cekelat' lagi...

Bila kita tanye ajk mesejid...banyok beno deme nekonye... nyalohkan oghang ghamei balik...Tapi pada teman oghang ghamei tu 5% je salohnye...segenlitio je...yang silap caghe ughuih mesejid tu yang tak baguih. Duit tetiap minggu oghang sedekoh. Buat ape simpan beghatuih...beghibu kat bank. Bangga sangat ke ajk duit banyok teghimpun...kalu jamban mesejid ghope jamban kambin je. Jamban awam tupun lawa lagi. Belanjakan apa2 yang penting....teutamanya bilok ayo. Kalu tak beghesih nok semayang ghope mana kalu kain/seluwo tecalit najih sana-sini. Memang le tanggungjawab oghang ghamei...tapi bila jadi hok awam tentu je benda ni sentiasa kena menten...ha menten le...pintu ghosok baik cepat...kunci patoh cepat ganti...paip ghosok cepat ganti...kalu benda2 tu keghap dimenten tak ada masaaloh pada ogahng nok ngune...teutama ayo mesti ada. Kalu tak lalu tok siok muatnya...upoh oghang...apa guna duit tetiap minggu sedekoh dik oghang tu. Tak ponoh teman dengo mesejid bengkeghap potong ayo api pase tak beduit nak mayo. Tak pun sughuh gomen gajikan keliner macam sesekoloh tu. Teman beghani cakap pase...daghi mesejid simpang 3 sampei le ke kuala lebih koghang je masaalohnya. Daeghoh lain..negeghi lain pun apa koghangnye. Patutnya he ni MAIPk ambit beghat le sikit pase ini. Tekankan pase kebeghesihan bilik ayo mesejid...tamboh dana sikit lagi pase menten bende2 ini.

Antaghe masaaloh mesejid:

1. sistem ayo( samaada tekanan ayo lemoh, paip gemo patoh, sumbat, boco)

2. pintu (nyemedang tak ada kunci, pemegang taka ada, pecah, gheput)

3. flash jamban ( banyok mesejid tak pakei (jimat ayo kate deme)baldi hagham, getoh paip pun hagham.

4. sabun- dalam jamban ( kene le ada. takat basuh pakei ayo je bau masih ada lagi. bukan ke syaghat besuci itu hingga ilang 'ain' nye (ghope, nghone, bau)

5. Lampu (kekadang gelap, udoh ghosok tebako, tak madang belampu pun ada)

Maghi le sempena bulan Ramadhan kali ini kita tingkatkan kebeghesihan mesejid kita. Apa toh lagi taim geghaye esok ghamei anok khaghioh kg balik...ijok mle deme ngate kita.

Yang teman tabik mesejid Ubudioh je...teman pueh hati....gamoknye pase mesejid seghotan...tak pun kut ajk yang ngughuihnya baghuih...hhha kalu ghope itu ajk mesejid lain belajo dengan deme ni. Satu lagi kalu lalu lalang kat manjung teman gemo singgoh Petronas Ayo Tawo...bilik ayo ngan sugho dia selese dan sempeghone bebeno .....selamat bepose...selamat beteghaweh malam kaghang. Jangan lupa lepeh nguna bilik ayo cuci balik..

Sumber : http://pakngahyobkider.blogspot.com/

Tuesday, August 16, 2011

Janji Najib dalam bulan puasa ...

Saya bersama kabinet saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri atau kerajaan tanpa sokongan rakyat (menerusi pengundian yang betul).

Hari ini 15/9/2011, PM Najib telah mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pilihanraya yang akan dianggotai oleh AP BN dan AP PR. Pembentukan panel ini adalah bertujuan mencari kata sepakat bagi memastikan sistem pilihanraya di Malaysia tidak dimanipulasi oleh kerajaan.

Kita tunggu kesudahan permainan ini ...

Saturday, August 13, 2011

PMku yang gagah berani ... bangga uuuuu ...

PM laki bini membuktikan bahawa mereka bukanlah penakut untuk ke mahkamah. Mereka berani datang ke mahkamah. PM laki bini membuktikan bahawa mereka berani mengatakan yang mereka tidak mahu ditemubual ...

Anwar pula kate, PM amat bersopan santun dan sangat baik ...


Wednesday, August 10, 2011