Wednesday, December 29, 2010

Kome iyo bebeno ...

Niat teman satu je .. ghapatkan lagi hubungan Malaysia - Indonesia.
Dan untuk ghakyat Malaysia dan Indonesia, malam ini moh kite tengok bola di RTM ...

Friday, December 24, 2010

PR dan Putrajaya : 100 hari 10 janji dikota

1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan ISA.
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

Udah seminggu dah .. ameno kate nak jawab tapi tak jawab2 lagi ..

Thursday, December 23, 2010

Buku Jingga .. bila ameno nak jawab ni?

Petikan daripada Buku Jingga

Ekonomi Malaysia terus kekal di takuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/98. Selepas sedekad berdepan dengan kelesuan ekonomi, Malaysia kini ditinggalkan jauh oleh negara-negara seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura sementara kita juga diancam oleh jiran serantau seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Bukti-bukti kelesuan ekonomi Malaysia yang diuruskan oleh UMNO

1. 12 tahun berturut-turut kerajaan Malaysia mengalami belanjawan deficit

2. 10 tahun berturut-turut Malaysia gagal mencapai sasaran pertunbuhan ekonomi

3. 4.7% purata pertumbuhan ekonomi 2001 – 2005, sedangkan sasaran adalah 7.5%

4. 4.2% purata pertumbuhan ekonomi 2006 – 2010, sedangkan sasaran adalah 6.0%

5. KDNK adalah lebih kecil dari KDNK Singapura bermula dari tahun 2009, kali pertama dalam sejarah ia berlaku

6. 325 bilion ringgit wang PETRONAS diambil antara tahun 2007 – 2010. Ini bermakna purata setahun adalah 81.25 bilion ringgit

7. 53.3% adalah kadar hutang Negara berbanding KDNK dalam tahun 2009, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998

8. 3 kali ganda peningkatan perbelanjaan kerajaan yang ditampung oleh wang PETRONAS dan hutang, dari RM68 bilion (1998) kepada RM214 bilion (2010)

Akibatnya Malaysia jatuh 26 anak tangga dalam indeks integriti institusi awam dalam Laporan Daya Saing Global oleh World Ekonomic Forum dari tahun 2007 ke 2009

Nasib kita sebagai rakyat ..

1. 2.6% purata kenaikan gaji rakyat Malaysia antara tahun 2000 – 2010, berbanding 3.2% purata kenaikan gaji dunia (termasuk negara-negara miskin)

2. 4% penurunan kuasa beli pengguna jika dibandingkan nisbah gaji dan inflasi antara tahun1990 – 2009

3. 40% dari rakyat Malaysia berada dalam lingkungan isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan, menjadikan mereka golongan paling miskin di Malaysia

4. 3 dari 4 keluarga yang berada dalam kategori ini (golongan paling miskin) adalah keluarga Melayu/Bumiputera

5. 34% dari pekerja Malaysia (dianggarkan seramai 4 juta orang) dibayar gaji kurang dari RM700 sebulan, iaitu bayaran di bawah paras kemiskinan

6. RM4 bilion adalah subsidi makanan (gula, gandum, beras) yang ditarik balik oleh UMNO/BN, berbanding RM19 bilion subsidi gas kepada penjana bebas dan RM4 bilion pampas an kepada konsesi lebuhraya setiap tahun

7. RM19 bilion subsidi diberikan kepada penjana bebas milik kroni setiap tahun, berbanding hanya RM11 bilion subsidi minyak kepada rakyat

8. RM466 bilion hutang peribadi yang ditanggung oleh isi rumah rakyat Malaysia, paling buruk di Asia

Kenapa jadi macam ini?

1. RM28 bilion kerugian yang ditanggung Negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa

2. 3 kali ganda hasil Negara hilang melalui rasuah berbanding yang dibelanjakan untuk subsidi minyak rakyat

3. 4.4 skor dalam kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Negara tahun 2010, sedangkan sasaran UMNO/BN adalah 4.9. Skor ini lebih rendah dari tahun 2009

4. 46% dari rakyat ditinjau oleh Transparency International menyatakan bahawa gejala rasuah semakin berleluasa dalam tahun 2010 berbanding tahun 2009

Krisis Pendidikan

1. 57 anak tangga dalam senarai Laporan Pembangunan Dunia UNDP 2010 mengenai kadar pembangunan insaniah di dunia, jauh ditinggalkan Korea Selatan (12), Hong Kong (21), Singapura (27) dan Brunei (37)

2. 68.7% sahaja rakyat Malaysia yang menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 dan 2009, berbanding Korea Selatan(96.4%), Brunei (88.2%) dan Hong Kong (75.2%)

3. 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001 – 2009

4. 29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki alam pendidikan tertiari, berbanding Korea Selatan (96.1%)

Isk .. iskk ..

Tuesday, December 21, 2010

Fauzi Muda masuk KITA?

Baguih juge mike dan lain2 yang lompat masuk KITA .. lagi cepat KITA tumpo

Friday, December 17, 2010

Koje Allah sape yang tahu ...

Woww ... memang ameno boleh. Haghi ini deme gantung empat MP PR selame enam bulan. Tujuannye supaye senang deme minde dan luluskan usul untuk menambahkan bilangan kawasan ngundi di Sabah dan Sarawak. Lantak komele.

Tut2 malam ini dikhabokan soghang ADUN deme udah meninggei dunia di Johor. Al-fatihah untuk dia. PRK lagi kite weh. Memang susah untuk PR menang di Tenang. Tapi kalo PR boleh menang, gheben teben le ameno 1 Malaysia.

Tapi ameno haghuih ingat mungkin ade pulak di kalangan MP deme yang akan meninggei dunia sebelum Mac 2011. Kene pulak MP deme tu daghi Kelate dan Ganu ataupun Pahang. Lebih paghah lagi kalo MP tu menang copoi2 dalam PRU yang lalu. Dan kene pulak dalam PRK tu nanti, ameno kalah. Make hajat deme nak dapatkan sokongan dua pertige dewan tak kesampaian. Kesian ...

Eh, negeghi mane lagi yang belum ade PRK? Tinggei tige je, iaitu Melake, Peghelih dan Pahang, Pahang?

Entah2 singgah di kuale dulu. Kalo PRK di kuale, bolehle teman ngundi ...

Sunday, December 12, 2010

1Malaysia, susah rakyat didahulukan, penderitaan diutamakan ..

Teman tak nak tulih panjang2 ...

Ameno kate ghege RON95 dan ghege diesel tak naik tahun 2010. Tut2 tak sampei sebulan lagi nak ke tahun 2011, udah dinaikkan pulak. Ape punye janji. Sah dan sah ameno kojenye nipu ghakyat. Heghan teman ngapele oghang ameno masih pecaye pade janji PM 1Malaysia ni? Di mulut deme bising maghahkan PM deme, tapi tangan deme idak juge sio mangkah PR.

Tadi teman pegi paso malam. Macam biase teman meli ayo nyo. Udah naik dua kupang? Weii, bukanke diesel naik lime duit je? Ngape naik sampei dua kupang? Bla bla bla ....

Teman gheke ceghite ke?

Friday, December 10, 2010

Teman mengadu kasih di ... mengadu?

Teman udah balik tapi teman nak megholoh kejap ...

Thursday, December 2, 2010

Lantikle Cikgu Ismail Yusop jadi boss PKR di Perak

Konggegheh PKR telah selesei. Yang keluo dan yang tak keluo mengundi udah tahu sape pemenangnye. Tak tahule teman same ade deme udah mesyoghat buat kali petamenye. Haghap2 udah. Kalo belum, kena buat juge dalam minggu ini.

Teman nak belabun hei PKR Peghak je. PKR Peghak sebenonye takle sekuat mane kalo nak dibandingkan dengan PAS dan DAP. Walopun tak kuat, tetap ade kelebihannye. Kelebihan PKR ialah mampu mendampingi ameno. Itupun kalo betui gayenye. Tapi deme pulak melompat ke ameno.

Antaghe sebab PKR lemah di Peghak ialah pengeghusi pehubungannye lemah. Sepanjang yang teman tahu dan paham, semuenye gagei mewujudkan hubungan baik dengan pimpinan PAS dan DAP Peghak. Arwah Cikgu Khalil Shah, abang MB Niza tidak meseghe dengan PAS walopun adiknye MB Niza oghang kuat PAS.

Haji Osman Pasio Salakpun gagei. PAS dan DAP tidak menghomatinye. Begitu juge dengan yang tekini, Mustapa Kamil Ayob yang lebih bewatak bando daghi kampung walopun asei usuinye daghi kampung. Penyudahnye dia kalah kepade oghang yang lebih bemasalah.

Semase Cikgu Maei Bukit Gantang mengetuai PKR Peghak, PKR Peghak lebih betenage. Kengkawan pimpinan PAS dan DAP Peghak kelihatan lebih selese beughusan dengan Cikgu Maei. Tetapi sayang entah di mane silapnye, tetibe jawatannye dilucutkan di tengah jalan untuk membeghi laluan kepade Haji Osman yang seteghuihnye membuke laluan kepade ghampasan kuase ... Selepaih itu hubungan baik PKR dengan PAS dan DAP kembali meghudum.

Pade pendapat teman, PKR Peghak udah takde calon lain selain melantik semule Cikgu Maei mengetuai PKR Peghak. Lagipun Cikgu Maei udah jadi MPT PKR. Lantikle cepat untuk memudahkannye menyambung kembali tugaih yang belum selesei dalam PR Peghak.

Oppsss .. teman mintak mahap keghane menulih dalam keadaan tegese2. Teman nak pegi main saleji ... jumpe lagi minggu depan

Tuesday, November 30, 2010

RON97 naik kepada RM2.30 .. tima kasih ameno

Tak tahule teman nak tulih ape lagi pasei minyak ni. Nampak gayenye mahu tak mahu teman kene tuko juge kepade RON95 . Tak mampu dah teman ...

Kepade kengkawan RON95, maafkan teman keghane lambat menggunekan minyak jenih ni ..

Ghege pade 1 Disember 2010
RON97 : RM2.30
RON95 : RM1.85
Diesel : RM1.75

Monday, November 29, 2010

Moh le ke Senggang 3 ... malam petame ...

Bot ghapat ke tebing. Beso juge jeti penambang Kampung Senggang. Maklumle tempat ini peghonah jadi tempat tinggei dan tempat Suletan Usop menghalang Ghaje Maei daghi mudik ke kuale untuk ditabei jadi Suletan Peghak. Ghaje-ghajepun boleh berkelei nak ghebut kuase. Sebab itu kalo sesape ke Kampung Senggang, jangan heghan kalo dapat tawu ghamei yang bedaghah ghaje. Ketughunan keghabat Suletan Usop le tu. Kalo nak berlabun dengan deme teghutame yang udah lanjut umo kene betengku dan bepatik. Baghule deme ni sengeh. Kalo idak, mampuih tak dilayannye. Begitu juge dengan penduduk Kampung Benteng di sebeghang, ghamei yang namenye bemule ngan ghaje.

Teman sughuh semue oghang putih tughun daghi bot. Tak payah bawak beg. Bile deme pijak je tangge jeti, terdengorle bunyi kompang ghebane seghunei bersahut-sahutan. Nobat dan nafighi je takde. Nobat hak mutlak tuanku suletan. Itu je yang tinggei pade tuanku sebagai lambang kuase.

“Baik-baik yong, kaghang tejeghombab”, terdengor soghe gagho daghi ataih tebing.

Mane dipaham di oghang putih ni. Lepaih semuenye tughun, baghu teman pulak tughun nyambei mawak baledi ikan kelise. Kalo taghuh dalam pelastik nampak benole beli. Teman mane ade duit ghibu-ghibu nak beli. Teman nampak Mat Saman Kati tengah bepencak besilat mengato dan mencoghak bunge-bunge buah menyambut tetamu oghang putih ini. Gile sepeghe pe oghang tue ni? Seghonok beno oghang putih ni dilayan camni. Lantak kome le, teman nak aso dulu.

“Mane mike dapat kelise ni?”

“Teman ngaie bawah gotak tadi. Dapat kelise cili ghed”.

“Oooo, ade lagi ke kelise kat Sungai Peghak?”.

Heghan betui deme. Itu le kome, kelese nak ngaie. Mane nak dapat kelise. Kelese, kelise, tak sama maksud.

Tetibe nama teman dipanggei. Ketue Kampung Senggang caghi teman. Peghonjang ape caghi teman. Mat Saman Kati kan ke ade. Samad Peghoyangpun teman tengok ade tadi. Panggei le deme.

“Tok Ketue caghi sebab oghang putih tu caghi mike”.

Kulu kelo ke daghat ke baghoh teman angkut baledi kelise tu. Mase teman asopun, kelise ade kat depan nengok teman semayang. Mane boleh tinggei, mehei! Haghap-haghap minah saleh tu bagi pade teman je kelise ni. Mane boleh bawak ke London, kelise ni takde pasepot. Kempunan le oghang putih tu nak ghatah kelise bako. Seingat teman, temanpun tak peghonah meghase kelise bako. Maklumle ikan ni payah nak dapat walaupun mungkin sepesis kelise ni ade idup lagi dalam Sungai Peghak.

“Kamu tinggeikan le dulu kelise tu kat rumah teman”, kate tok ketue.

Tok Ketue kata oghng putih nunggu taklimat seteghuihnye daghi teman akan ke mane deme lepaih ini. Baguih oghang putih ni kerane deme sedo yang pade tike ini teman adele tuan deme. Tapi teman tak anggap teman ni tuan. Cukup sekado yang teman ni hanye memimpin holide deme.

Lepaih ni pegi rehat kat ghumah tu. Satu pemeli satu ghumah. Ade tige ghumah. Pilihle mane-mane ghumah. Beg-beg boleh ambik daghi bot. Kalo tak laghat bawak, upah bebudak kampung. Deme laghat je. Bagi je singgit due, suei dianto di deme beg-beg tu. Dalam ghumah tu ade pesalinan. Kaghang mase makan malam, yang jantan mesti pakei baju Melayu bekain pelikat. Yang pompuan pakai baju kughung bekain batik dan beselendang. Tu semue pakei kat luar. Yang di dalam ikut suke kome nak pake ke idak. Tapi jangan nampak macam tak pakei. Haghu jadinye.

Citer pasei ghumah penginapan pulak. Banyak ghumah-ghumah lame tepi sungei yang udah terbio. Bile tuan ghumah udah meninggei, anak pulak duduk di Kolumpo tak balik-balik. Ketua Kampung dan JKKKnye kegheatip. Mintak izin nak baik pulih ghumah tu. Mintak izin jangan kenakan sewa.

Ghasa-ghasanye keme tak balik kampung. Ikut tok ketue le. Keme bukan juai tanah. Keme amanahkan tanah dan ghumah keme untuk pekdah oghang kampung. Peghi je. Nanti bile keme balik sekali dua kale, bagile keme meghase duduk peghi saghi due.

Ghumah ini telah ditambah lengkap dengan bilik ayo yang ayonya dipam daghi sungai. Bilik tidonye betilam dan berbanteikan kekabu. Takde katei. Siap dengan kelambu pengantin tak bagi nyamuk dan agaih masuk. Ghuang tamu ade tiko mengkuang untuk duduk brsile lunjo. Ekond memanjang keghane banyak tingkap dengan langsio lutsina dan lutangin. Siap ade jaga lagi. Kalo buat peghojek takde sape boleh ngocah kecuali jaga. Langsuyopun tak boleh nak ngocah. Ghumah yang ade oghang duduk ade dipasang panjut keliling ghumah. Kalo waktu malam, nampak api panjut di ataih daghat dan dalam ayo. Ghumah penginapan ini dipanggei teghatak. Buat pemulaan ada tiga teghatak untuk ges. Teghatak Niza, Teghatak Nuwa dan Teghatak Kak Wan. Dipahamkan ada bebeghape buah ghumah tinggai yang sedang dibaikpulih untuk dijadikan teghatak. Kalo ada sesape yang berhajat nak taghuk name, kena masuk tendei

Sementaghe nunggu isyak teman terkelelo nyando pade tiang seghi masejid. Kalo dapat megholoh sejam dua, kan ke beih. Tapi masih ada keghoje yang belum selesei. Peghut lapo. Lain kali jangan taghuh dalam pekej makan malam pukui sembilan. Makan malam kena taghuh antaghe maghrib dan isyak. Nasib baik di masejid ade bebeghape aktibiti. Idakle teghasa lapo. Idakle teghase lamenye nunggu masuk waktu.

Setiap penjughu ada ngaji. Ade yang ngajo dan ade yang belajo. Masejid ni ada empat penjughu. Ade empat tempat ngaji. Tak guna maikeghoponpun. Macam teman ni takat nengo je le. Itupun jadile. Dapat juge nambah ilemu atau mengukuhkan ilemu yang sedia ade. Ade yang datang dari Beko, Sebeghang Manong, Kuban Pekan, Kubang Udang dan Ghambei Tujuh. Senggang Estetpun ada wakil. Teman ghaund setiap penjughu. Ghaund ngesot dengan ponggong, tak bangunpun. Ada penjughu belajo base Arab dan tajewid. Ade penjughu belajo tafese. Ade penjughu belajo pekah dan ade penjughu khas untuk bebudak belajo agama. Samad Peghoyang kelihatan begitu khusuk belajo base Arab.

Pukui 9.00 malam teman dan semua tetamu kena makan malam di pondok ghakit ataih darat. Pondok ini beghatap rembie belanteikan buluh-buluh yang diikat dengan ghotan letak ataih batang pokok nyo dan batang pokok sadang. Tak ade dinding, tebuke. Kalo bah, ghakit ni pada hukum akeinye tetap tenggelam sebab buluhnye sikit. Beso juge ghakit ni. 40’X 50’. Ade 10 sepeghah besama 10 hidangan. Setiap hidang ade empat pinggan. Maknenye untuk satu-satu ghaund boleh 40 oghang makan. Teman campo due oghang pembantu campur sebelaih oghang putih campo Mat Saman Kati dan samad Peghoyang udah jadi 16. 24 lagi tu ialah JKKK dan jemputannye termasuk tok-tok guru yang ngajo ngaji di mesejid tadi. Yang lain makan di luo pondok ghakit, lagi kenyang. Makan besile dan besimpuh. Sakit ponggong duduk ataih buluh yang tak ghate ni. Tapi dengo citer ianye satu teghapi ponggong. Baguih untuk kesihatan.

Menu makan malam ini disediakan oleh Chef Moh Kembaghe. Tema makan malam ini bekiso pade tempoyak. Gulei tempoyak dengan ikan lampang jawa. Dalam gulei tempoyak ada timun cina dan ditaghuh sikit gagham bukit. Beulamkan tempoyak mantah dan tempoyak masak. Macam-macam ulam yang disediakan oleh Chef Moh Kembaghe. Ada jeghing pegheh dan jeghing tanam. Ade petei geduak silum pucuk betik. Ulam sekentutpun ade. Punyale busuk.

Ghendang landakpun ade, tapi bukan rendang tempoyak. Keli bako dengan landak bakopun ade. Sedapp ... tambah lagi dengan sambei belacan, sambei macang dan sambei nyo. Baghu tulih je udah meleleh dan melejeh ayo lio. Minum ayo angat dan ayo masak. Ayor angat tu kopi le. Jangan pedajei taghuh ayo ako pinang dalam ayo angat teman. Kaghang tak tido sampei ke pagi. Menurut chef, semue masakan dimasak menggunakan kayu api.

Tidak lame kemudian nampakle semue oghang putih tu datang. Lawa dan beseghi disinaghi cahaya bulan dan lampu jalan serta panjut pelite. Mana pulak dapat si mat saleh ni akan kopiah putih macam haji dan songkok? Dalam pesalinan hanya ade kain pelikat dan baju melayu je. Enttah sape le yang maginye. Temanpun tak tahu sape yang ngajo dan ngadun deme ni pakei macam ini. Tima kasih aje le. Yang pompuan memang lawa setelah dighegek dengan baju kughung teluk belange, berkain batik buatan Kelantan segheta lilit selendang dekat tengkuk. Yang kughuih cekeding tu pakei kebaya. Sapele yang magi kebaye ni kat dia. Payahle bebeno dia nak besimpuh makan beghidang nanti.

Teman tambah syaghat baghu. Setiap idang mesti ada sekughang-kughangnye soghang oghang putih. Ada tujuh idang untuk oghang jantan dan tige hidang oghang pompuan. Hidangan teman betui-betui mengadap oghang putih yang pakei kebaye tadi. Besimpuh je nampak le bebayang. Nasib baik ade pakei dalam. Pehe usah cakap le memang nampak bebeno melepak putihnye Bukan salah teman. Dalam pakej takde baju kebaye.

Teman nengok deme ni macam tak lalu makan je. Maklumle ada bau semacam je. Bau tempoyak, bau jeghing petei dan bau sekentut. Tapi bila udah mula makan, ghibut beghentipun deme belum beghenti lagi. Seghonok deme makan guna seghatuih peghatuih jejaghi tangan kanan. Lenjun abih badan deme dengan peluh. Sengsaghe betui penangan sambei belacan cabei bughung.

Nun di hadapan ada pesembahan taghian dabuih anak-anak mude di bawah pengawasan oghang-oghang tua. Ada juge paluan kompang dan ghebane pomasi. Begitu juge dengan seketsa sejarah Senggang. Seketsa Ghaje Usop dengan Ghaje Maei yang penyudahnye Ghaje Usop menjadi suletan.

Abih makan, Chef Moh Kembaghe dan pembantunye, Tuan Tinuj ngutip pinggan pighing gelas cawan sepeghah. Baghu boleh belunjo nengok bebudak mude main dabuih. Pompuan kebaye tadi payah bebeno nak belunjo. Pinggang tak belen. Dia teghuih tughun numpang main alat dabuih, keghincing. Ade yang mencuba menaghi dabuih sambei tepuk ghebane. Lantak kome le.

“Ncik Doan, tolong jage oghang putih ni. Cukup pukui 11.00 malam semue kena beghenti. Tido dan rehat di teghatak masing-masing. Teman nak mengholoh”.

Teman tanya chef, “Ape tema kekudap pagi esok?”

“ Syyyy …”.