Saturday, November 23, 2013

Alhamdulillah .. tolonglah lantik MB Nizar sebagai Pesuruhjaya PAS Perak

Kepimpinan yang mantap

Jikalau boleh, jikalau boleh dan jikalau boleh, dalam usaha untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat Perak dan juga memimpin PR Perak, lantiklah MB Nizar sebagai Pesuruhjaya PAS Perak. MB Nizar telah membuktikan kewibawaannya sebagai pemimpin PAS yang berkualiti. MB Nizar lebih diyakini dan diterima oleh rakan DAP dan PKR berbanding pimpinan-pimpinan PAS lain terutama yang berstatus ustaz untuk memimpin Perak. Lagipun pimpinan PKR dan DAP telah menunjuk dan menyebut secara jelas dalam ceramah mereka bahawa MB Nizar merupakan pimpinan PAS yang boleh dinobatkan sebagai PM selepas Anwar Ibrahim. Oleh itu wajarlah MB Nizar diletakkan di kedudukan yang betul dalam hirarki kepimpinan PAS Pusat.

Selain MB Nizar, YB Husam juga harus diberi tempat yang betul dalam pimpinan PAS Pusat. Mahfuz Omar harus dilantik sebagai Ketua Penerangan di samping tugasnya sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah. Ini kerana buat masa ini, saya merasakan hanya tokoh-tokoh ini sahaja yang dari PAS yang boleh mencabar atau menyaingi ketokohan YB Rafizi untuk memimpin Malaysia selepas berakhirnya dinasti ameno ....

Tuesday, November 19, 2013

'Ceghodek buah peliyo ...'

Itu baghu menang satu bangku .. kalo menang dua, tak meghasele LGE jadi KM. Elokpun tak dapat Putrajaya.  Kalo idak, bepeghang pulak nak jadi PM ... nampak beno tak dan2 nak itu nak ini. Elokle sape2 yang setuju dengan deme ini keluo daghi PR .. adepun macam takde, takdepun macam tak mandang ... huh!