Monday, March 16, 2009

Tolong jangan calonkan MB Nizar di PRK Bukit Gantang

Lebih kurang seminggu lagi PAS akan mengumumkan calonnya untuk PRK P59 Bukit Gantang. PAS mempunyai ramai calon profesional yang boleh ditampilkan, termasuk calon popular MB Nizar. Secara mudahnya, tiada salah mencalonkan MB Nizar. Tetapi apabila diamat-amati politik Perak yang telah memasuki fasa mahkamah, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. MB Nizar mungkin disahkan semula sebagai MB Perak yang sah. Tambahan pula beliau belum lagi meletak jawatan walaupun istana telah melucutkan jawatan MBnya. Begitu juga dengan tindakan tidak kenal erti putus asa Speaker Sivakumar mempertahankan keesahan sidang bawah pokok dan pengosongan tiga kerusi DUN hingga ke Mahkamah Persekutuan adalah di luar dugaan Mahkamah Tinggi Ipoh. Mahkamah Persekutuan telah membenarkan speaker diwakili oleh peguamnya sendiri. Ini bercanggah dengan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang hanya membenarkan LA sahaja yang boleh mewakili speaker.

Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Perak dan Perlembagaan Malaysia, MB Nizar adalah MB Perak yang masih sah. PR amat berpegang kepada etika perundangan ini. MB Nizar tidak boleh dilucutkan jawatan MBnya tanpa melalui usul undi tidak percaya Dewan Undangan Negeri Perak terlebih dahulu. Tun Madey sendiripun memperakuinya dua tiga hari lalu. Tun Madey sendiri menempelak tindakan perlanggaran perlembagaan oleh UMNO.

Suasana ekonomi di Perak masih tergantung. Perniagaan hartanah tergendala. Bank tidak mengiktiraf MB DPulau sebagai MB Perak. Pembeli rumah gagal mendapatkan MB Concern. Bank tidak sanggup menanggung risiko menggunakan tanda tangan MB DPulau untuk meluluskan pinjaman pembeli rumah. Pelabur yang ingin melabur di Perak menangguhkan dahulu hasrat mereka. Ringkasnya ekonomi rakyat tidak berkembang, bahkan ianya semakin menguncup gara-gara tindakan Menteri Kewangannya.

Setelah saya memahami sedikit sebanyak perjalanan pentadbiran negeri ini, maka adalah tidak wajar MB Nizar dicalonkan sebagai calon PAS di PRK Bukit Gantang. MB Nizar masih MB Perak. MB Perak tidak boleh bertanding kerusi parlimen kecuali MB NIzar telah meletak jawatan sebagai MB Perak atau belum lagi menjadi MB Perak. Jikalau dicalonkan juga, ada dua kemungkinan yang akan dilalui oleh MB Nizar. Pertama, pencalonannya ditolak kerana beliau belum meletak jawatan MB Perak. Kedua, semua tuntutannya di Mahkamah Persekutuan akan gugur dengan sendirinya setelah SPR menerima pencalonannya bertanding di Bukit Gantang. Senang cerita, MB Nizar tidak boleh dicalonkan bertanding di PRK Bukit Gantang.

Walaupun MB Nizar tidak boleh dicalonkan, MB Nizar tetap bertanding di Bukit Gantang. PRK Bukit Gantang adalah pertandingan antara MB Nizar dengan Najib @ MB DPulau. Sesiapa juga calon yang dicalonkan, rakyat melihat bahawa yang bertanding adalah antara MB Nizar dengan Najib @ MB DPulau. MB Nizar akan berkampung mewakili PR, manakala Najib dan MB DPulau akan berkampung mewakili UMNO di Bukit Gantang. Sudah tentu poster yang banyak digantung atau ditampal ialah poster MB Nizar , Najib dan MB DPulau.

Berdasarkan perkembangan terkini, UMNO semakin lemah. TIndakan melewatkan PRK menyebabkan UMNO kekeringan projek mee segera. Kantung kewangan semakin susut. Pimpinan UMNO sibuk dengan pemilihan UMNO. Yang menang masih terpingga-pingga, manakala yang kalah merajuk hati untuk ke Bukit Gantang. UMNO telah hilang masa hadapannya.UMNO sedang menggali kuburnya sendiri. Udah gali, terjunlah bersama labu-labunya.

Di pihak PR, mereka insya Allah akan menang lagi. Sumber maklumat berinternet adalah media yang dipercayai. Bloggers dan pembacanya yang lebih jujur menambahkan berkat perjuangan. Terlalu sukar untuk UMNO memulihkan sokongan Melayu. Tindakan merosak dan merobohkan plak pokok dengan restu UMNO, hanya mengundang senyuman sinis Melayu. Malu Melayu berpartikan UMNO.



4 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Nampaknya pandangan kita sama, cuma alasan mungkin lebih kurang.
    Orang Perak bukan kekeringan pemimpin.

    ReplyDelete
  2. salam

    Petang tadi balik dari koje teman nak tulis isu yang same tup tup mike tulis dah kalau nak calonkan MB NIzar nampak dah kite dah kalah berjuang dah, apa apa pun tunggulah isu ini selesai, InsyaAllah Benarlah mahfum Firman Allah, Allah bersama mereka yang sabar.

    ReplyDelete
  3. Wow! komen mike amat bernas sekali. Walaupun teman suka DS Nizar bertanding di Bkt Gantang, tapi jika ia memudharatkan PR, teman tarik balik sokongan itu. Tapi teman tetap tak sokong ura2 nak ambik UMNO jadi bini baru.

    ReplyDelete
  4. Salam Mamamat,
    Anda penganalisis isu yang terbaik, tahniah. Cuma nak tambah satu, PR jangan mengharap UMNO akan berpecah dalam isu calon pilihan kerana puak-puak penyokong tradisi ini... letak TUNGGUL kayu pun boleh menang!

    ReplyDelete