Sunday, March 29, 2009

Sambil menunggu Hari Penamaan Calon P059 Bukit Gantang

Selamat datang ke P059 Bukit Gantang

Pukui tiga petang tadi, teman menyusuri jalan2 ke P59 Bukit Gantang. Teman melalui jalan Parit dan seterusnya ke Beruas. Sampai di Beruas hujan turun dengan lebatnya. Semasa teman melalui Batu Hampar, hujan masih belum reda. Teman singgah di satu warung. Makan mee sup. Hujan2 ni sedap makan mee sup. Turut bersama di warung tersebut ialah petugas PAS yang telah lenjun. Mereka begitu ceria dengan tugasan mereka. Mereka tanya tentang teman. Teman kata teman jalan2 tengak suasana PRK. Mereka juga menceritakan bahawa UPU Batu Hampar adalah milik PAS kerana PAS menang di UPU itu pada tahun 2004 dan 2008. Pada tahun 2008, PAS menang lebih 100 undi. Terdapat lebih 800 pengundi di UPU Batu Hampar. Mereka juga berharap agar ada pihak pimpinan PR membekalkan bendera DAP dan PKR di UPU Batu Hampar/Sg. Rotan bagi menceriakan lagi suasana PRK ini. Mereka tidak akan bersama pada hari penamaan calon di Taiping kerana ditugaskan untuk menjaga dan menambahkan lagi kehijauan Batu Hampar.

Landskap menarik di Bilik Gerakan PAS Kg. Air Terjun

Kemudian teman teruskan perjalanan. Teman singgah bergambar di landskap luar Bilik Gerakan PAS Kg. Air Terjun. Cantik hiasan bilik gerakan ini. Ada air pancut yang amat bertepatan dengan nama kampung ini. Kepada pelancong2 pilihanraya, singgahlah bergambar kenangan di Bilik Gerakan PAS Kg. Air Terjun.

Calon PAS, MB Nizar sedang beramah mesra dengan pengundi di Pekan Sehari Changkat Jering

Jalan dan jalan lagi. Singgah asar di Masjid Trong. Kemudian terus ke Changkat Jering. Banyak betui khemah MATREK. Lori merah berpuluh2 buah. Macam nak berperang dengan rakyat jer. Call MSK. MSK menemani Ciberboron ke Selama. Sebaik sampai di lokasi Stesen Maya 1, Al-Banjari ajak ikut dia dan Perisik Rakyat. Ummipun ada. Kami terus ke satu majlis di Changkat Jering. MB Nizar bertemu pengundi. Begitu serak suara MBku ini. Kesian. Tetapi demi rakyat, perjuangan harus diteruskan. Kemudian MB NIzar bertemu pekedai dan pengundi di Pekan Sehari Changkat Jering. Begitu mesra MB Nizar bersama rakyat. Kedengaran suara di sebalik tiang, “Walaupun Ismail Pian tu orang sini, aku tak kenaipun dia. Tapi MB Nizar ni semua orang kenai. Ramai orang puji, termasuk kawan aku yang UMNO”.

Teman maghrib di Stesen Maya 1. Dugong begitu sihat. Lepaih tu teman teruih ke Markas PAS Air Kuning. Adaler programnya ... Teman dapat merasakan bahawa PRK Bukit Gantang akan mencatatkan kehadiran penyokong PR paling ramai berbanding PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Jalanraya menuju ke Taiping begitu sesak dengan kenderaan sejak petang tadi. Para penyokong tidur di masjid atau di dalam kenderaan yang tersusun panjang di bahu2 jalan menuju ke pusat penamaan calon.

Pukui 10 malam teman bergerak balik. Hujan masih lebat. Balik ikut jalan Kuala ke Manong. Di Changkat Ibol, kedengaran suara Dr. Lo’ Lo’ sedang berceramah. Sunyi sepi nak sampai rumah. Mulaler teringat hantu dan jembalang. Janganler ngocah teman tengah2 malam ni. Alhamdulillah, teman sampai rumah pukui 12 malam. Hujan masih lebat di luar. Cadangnya sebelum subuh nak bergerak semula ke Taiping untuk bersama memeriahkan hari penamaan calon. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment