Tuesday, March 17, 2009

Kerajaan Perpaduan .. jadi ker idak?

Kawan teman si Ummi Anni marah benor pada teman. Katenye, tak disiornye bermadu dengan UMNO. Tadipun dia marah lagi. Marah dan teruih marah. Teman buat diam jer. Maklumler orang jantan, bila bini atau adik beradik pompuan marah, kite diam jer ler. Lama2 sohler dia. Tapi Ummi ni ngungkit lagi. Sajer dia provok teman suruh jawab. Cecadang nak nulih pasai Bukit Gantang setelah sepetang tadi meround ataih jalan nengak mende2 yang di tepi jalan. Tapi demi ‘kasih sayang’ teman pada Ummi, teman gagahkan juge nulih pasai kerajaan perpaduan yang teman sokong akan kewujudannya nanti. Itupun kalo jadi. Kalo tak jadipun takpe. Kalo jadi ikut paham teman, teman sokongler. Kalo jadi ikut paham Ummi, teman tak sokong. Kalo udah Ummi tak sokong, buat pehajab aper teman nak sokong.

Cer Ummi hayati balik apa yang teman tulih. Teman tak tulihpun kerajaan perpaduan ini adalah antara PR dengan UMNO. Teman awai2 dah bagitahu yang UMNO kekal bersama Najib. Najib jadi ketua pembangkang sehingga PRU 13. Najib ialah Presiden UMNO. Kalo udah presidennya jadi ketua pembangkang, manakan boleh UMNO join Kerajaan Perpaduan? Tak boleh. Tetap tak boleh. Itu yang Najib risau. Risau hilang kuasa. Risau kena mengadap Altantuya di mahkamah. Risau tali gantung.

Kembali kita menggarap idea penubuhan Kerajaan Perpaduan. UMNO ajak PAS join BN. Nik Aziz tak setuju. Muktamad. Tidak ada lagi muzakarah PAS-UMNO. Karpal Singh tak mahu PR jadi kerajaan kalau melalui rampasan kuasa. Karpal Singh kata tunggu PRU 13. DSAI batalkan hasrat mengambilalih kerajaan walaupun jumlah yang ada dikatakan telah mencukupi. Lagipun speaker tak bagi laluan usul undi tidak percaya di parlimen. DSAI ikut dan akur dengan perlembagaan. Tapi Najib tak ikut perlembagaan semasa merampas kuasa di Perak. DSAI sabar tak teruskan hajat, tapi Najib gelojoh tak nyempat2. Sekarang sape yang rugi? Najib semakin tenat. Tun Madeypun tak gemar cara Najib.

Setelah kisah konon adanya penubuhan kerajaan baru di Malaysia tamat, menjelma pula perkhabaran akan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan pada akhir Mac 2009. Idea ini telah dimulakan oleh Kuli dan disambut oleh Pemuda PAS Kelantan. Kemudian klu bertambah menarik apabila DSAI makan tengah hari bersama PM Pak Lah di Hulu Langat sebelum pembentangan bajet mini di parlimen. Ketua AMK berlari2 menyambut kedatangan PM Pak Lah. DSAI meluahkan rasa dukacita jikalau Najib jadi PM. PM Pak Lah kata udah terlambat, tapi masih ada ruang. Ada AP UMNO yang bersama Pak Lah. Kemudian PM Pak Lah minta speaker lanjutkan sidang parlimen selama tiga hari lagi. Ada kerja yang nak diselesaikannya.

Nak lantik PM baru kena melalui usul undi di Parlimen. Najib tidak boleh jadi PM tanpa melalui usul undi di Parlimen. Dalam tempoh tiga hari itu kemungkinan ada usul yang berkaitan jawatan PM. Jikalau iyapun PM Pak Lah letak jawatan, gerentiker Najib akan dapat 112 sokongan AP di Parlimen? Mungkin pada ketika itu PR akan calonkan DSAI. Tapi cara ini merampas kuasa. Karpal tak suka.

Cara lain ialah melalui usul undi tidak percaya UMNO kepada PM Pak Lah. PM Pak Lah tak letak jawatan. PM Pak Lah akan dipecat sebagai ahli UMNO kerana enggan letak jawatan. PM Pak Lah akan menghadapi usul undi tidak percaya di parlimen. PM Pak Lah akan disokong oleh sekurang2nya 80 AP PR. PM Pak Lah akan disokong oleh 30 AP BN bukan UMNO. PM Pak Lah akan disokong oleh Kuli dan menantunya. Bukankah jumlahnya mencukupi 112? Pak Lah, Kuli dan menantunya pada masa ini bukan lagi mewakili UMNO. Mereka mewakili keluarga BN yang menyokong Kerajaan Perpaduan.

Selepas itu PM Pak Lah akan mengadap YDPA memohon memecat semua menteri kabinetnya serta mempersembahkan barisan menteri kabinet yang baru. Mungkin DSAI akan jadi TPM dan Karpal Singh Menteri Kehakiman. Hj. Hadi jadi menteri, Kuli jadi menteri dan Lim Kit Siangpun jadi menteri sehinggalah parlimen dibubarkan untuk PRU 13.

Rumusnya, adakah Kerajaan Perpaduan ini melibatkan UMNO? Jikalau ada AP UMNO yang terlibat, sudah tentu ianya akan dipecat sebagai ahli UMNO. Ummi bukan bermadu dengan UMNO, tetapi bermadu dengan janda UMNO … Ummi marah lagi ker?

2 comments:

  1. gua tetap setuju.
    tunggu je 3 tahun lagi pru13.
    atau 3 minggu lagi pru13.

    ReplyDelete
  2. sorry,gua tetap TIDAK setuju.
    tunggu je pru13 mungkin 3 tahun lagi,mungkin 3 minggu lagi.

    ReplyDelete