Sunday, March 29, 2009

Osman Jailu tak sokong calon UMNO

Isk .. iskk. Mana peginya Osman Jailu? UMNO kata Osman ni wakil rakyat Changkat Jering yang menyokong UMNO. Tapi pada hari raya hari yang meriah ni, hari di mana UMNO nak buktikan bahawa UMNO masih di hati Melayu, Osman tak nampakpun batang tubuhnya di Taiping. Udah tak bergunakah Osman pada UMNO? Atau UMNO tak berhajatpun pada pengundi yang mengundi Osman pada 8 Mac 2008 lalu. Kesian aku kat hang Osman. Duit banyak, tapi hidup tak keruan. Lebih baik mati dari hidup. Hiduppun udah diumpamakan seperti bangkai bernyawa. Busuk lagi membusukkan.

Sepatutnya hari ini hang mengiringi calon UMNO yang hang sokong itu. Janganlah bagi nampak yang hang tak sokong calon UMNO. Sepatutnya hari ini hang menjadi selebriti yang menjadi pujaan hati wanita dan puteri UMNO. Hang akan dinobatkan sebagai seorang tokoh Melayu Taiping yang sanggup meninggalkan rumah kampung demi Casuarina. Maklumlah rumah kampung udaranya bersih nyaman dengan panorama alam kehijauan, sedangkan Casuarina tingkat lapan udaranya dingin beku merah keputihan. Betulkah hang mengurung diri berbulan-bulan di Casuarina bersama sahabat hang si Jamal dan Yit Phong? Isk .. isk .. sian aku kat hang. Elok-elok bebas kemana sahaja, tetiba mengurung diri pulak. Hang buang tebiat ka?

Hang akan kembali ke kampung setelah semuanya selesai. Tak lama lagi. Paling lewatpun pada 25 Mei 2009. Itu paling lewat. Mungkin lebih awal lagi hang boleh pulang ke rumah untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Aku tahu masa itu hang tak lagi kaya. Hang udah kayap. Takkan hang tak tahu, duit rasuah tak boleh simpan lama. Duit panas. Hang tak sempat merasa pencen YB sebab tak cukup 36 bulan jadi YB. Nasib baik hang ada pencen askar. Masih boleh beli kekudap di pekan sehari Changkat Jering. Hang masih boleh minum semeja dengan AP baru Bukit Gantang. AP yang pernah jadi ketua hang.

Hang tahu Osman, Najib yang sorok hang udah tak peduli kat hang. Nasib diapun belum tentu lagi. Jadi presiden UMNO tapi tak tentu jadi PM lagi. Hang tak tahu? Apa yang hang tahu?

Haa .. hang tak kenai aku?



1 comment: