Tuesday, March 10, 2009

Pokok berhantu mesti ditebang ..

Andai kata istana tidak memperkenankan pembubaran DUN Perak, maka Pokok Demokrasi ini akan ditebang dengan alasan,

1. Pokok ini terlalu besar .. boleh membahayakan rumah berhampiran jikalau ribut melanda.

2. Pokok ini berpotensi besar untuk dijadikan mini kuil oleh penganut agama Hindu.

3. Ada langsuir yang menjaga pokok ini.

4. Pokok yang terlalu besar ini telah mencacatkan pemandangan Bandaraya Ipoh.

5. DBI mahu melurus dan melebarkan jalan masuk ke kawasan perumahan.

6. DBI mahu membina bangunan baru di kawasan lapang di hadapan pokok besar.

7. Menurut MB DPulau, pokok ini telah derhaka kepada istana .. mesti dihukum bunuh.

8. Akar pokok ini menghalang aliran air hujan .. punca utama banjir di Ipoh.


Kome tambahler lagi .. tapi jangan kutuk UMNO .. UMNO semua betui .. lagipun pokok ini bukan Melayu.



1 comment:

  1. Zambry 786 kata: "POKOK demokrasi itu "tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja Si Nizar dan pembangkang"

    ReplyDelete