Friday, March 13, 2009

Bendera UMNO tidak lagi berkibar ...

Alhamdulillah, PR telah diberi peluang oleh Allah memerintah Perak walaupun cuma 10 bulan. 10 bulan sudah cukup untuk meyakinkan rakyat di seluruh negara bahawa PR adalah lebih baik daripada BN atau UMNO. Dan keyakinan rakyat kepada PR semakin bertambah berlipat kali ganda selepas rampasan kuasa berasuah oleh UMNO di Perak. Rakyat serata dunia terkejut apabila (memetik kata-kata Prof. Abdul Aziz Bari) Sultan Perak membenarkan institusi istana dipergunakan oleh UMNO. UMNO dengan sengaja berjaya memprovokasi rakyat untuk mencacimaki istana. Istana pula tidak melarang UMNO mendakwa rakyat yang celupar tulisannya di alam maya . Istana dan UMNO seolah-olah berkerjasama memusuhi rakyat teramai. Sebulan rakyat Perak dibuai emosi geram dan tersinggung dengan kerenah UMNO dan istana. Setelah tenang, PR sedar bahawa PR bukan bermusuh dengan istana. UMNO kecewa kerana PR tidak meneruskan hajatnya memusuhi istana. Musuh PR ialah UMNO. PR sedar bahawa istana adalah umpan untuk melumpuhkan PR.

Cuba kita imbau kembali detik-detik awal setelah rampasan kuasa oleh UMNO di Perak. Kita imbau reaksi spontan spesis UMNO yang menguasai kampung-kampung Melayu tradisional. Seminggu mereka meraikan kemenangan. Mereka mula berani menggantung bendera dacing dan keris. Mereka bergembira bergelak tawa menjamu membelanja sesiapa sahaja yang singgah di restoran atau di warung. Mereka yakin bahawa mereka akan kembali berduit. Tetapi rupa-rupanya hujan tak jadi. Air tempayan telah kering. Bendera UMNO telah tidak berkibar. Restoran dan warung sunyi sepi. MB DPulau tersekat kuasa meluluskan wang negeri gara-gara MB Nizar mencabar keesahan jawatannya di mahkamah. MB DPulau dan barisan exco serta penasihat tidak berani menanggung risiko disurcaj kemudian hari. Maka jadilah mereka MB dan exco tidak berelaun dan tidak berkuasa. Mereka tidak berani menggunapakai kenderaan rasmi. Isi minyakpun kena guna duit sendiri. Gaji wakil rakyat biasa berapalah sangat. Lebih kurang RM5k sahaja. Bagi wakil rakyat PR, RM5k itu sudah cukup untuk memulakan kerja. Tetapi bagi wakil rakyat UMNO, RM5k amat sedikt. Bertanya khabarpun tak cukup.

Pimpinan UMNO sedar bahawa UMNO telah tiada masa depan. Pimpinan UMNO hanya memikirkan bagaimana nak selamatkan diri mereka. Jikalau istanapun boleh mereka pergunakan, apalah sangat JKKK di kampung. Peduli apa mereka pada UMNO kampung. Mereka lebih arif dan menyakini bahawa sokongan Melayu kepada UMNO telah kurang dan semakin berkurangan. UMNO tidak boleh mengharapkan berlakunya perpecahan dalam keluarga PR. Keluarga UMNOpun sedang beramukan.

Persoalan. Kenapa UMNO tergesa-gesa merampas kuasa di Perak? UMNO tahu bahawa ekonomi dunia sedang bermasalah. UMNO lebih tahu tiada pelabur akan melabur di Perak. UMNO tahu MB dan exconya tidak boleh berbuat apa-apa di Perak. UMNO tahu bahawa penyokongnya tidak akan dapat seduitpun habuan. UMNO tahu bahawa tindakannya hanya akan menambahcepatkan lumpuh dan matinya UMNO di Malaysia. UMNO sedar DUN Perak akan terbubar juga secara otomatik jikalau gagal bersidang sehingga Mei 2009. Jikalau boleh bersidangpun, UMNO dijangka tidak cukup korum. Tetapi kenapa UMNO tetap degil meneruskan niatnya merampas kuasa di Perak? Mesti ada sebabnya.

Sebabnya satu sahaja. Sebabnya UMNO mahu menghapuskan fail dan bukti-bukti penyalahgunaan kuasa mereka di Perak sebelum PR memerintah. Pimpinan UMNO mahu hidup aman setelah bersara daripada politik. Tiada jaminan yang PR tidak akan menyelongkar amalan rasuah dan penyelewengan UMNO. Mereka tidak mahu meringkuk di penjara. Cukuplah DSAI seorang sahaja yang mendapat pengalaman hidup di Sungai Buluh. Bukti kesalahan mesti dihapuskan sementara masa masih ada. Lihat apa yang sedang berlaku di Selangor. Khir Toyo sudah pucat lesi. Gelombang sokongan rakyat kepada PR tidak boleh dibendung lagi. UMNO sendiri yakin dan amat yakin bahawa PRU 13 akan menjadi milik PR.

Cuma yang UMNO tak jangka akan berlaku selepas UMNO merampas kuasa ialah adanya PRK di Parlimen Bukit Gantang. Tidak pernah berlaku dalam sejarah di Malaysia bahawa PRK diadakan betul-betul di hujung tempoh 60 hari. Maknanya UMNO tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya. Dalam tempoh ini pimpinan UMNO mengharapkan banyak fail-fail kesalahan telah dapat dihapuskan.

PR cuma ada masa lebih kurang tiga minggu lagi untuk membuktikan bahawa UMNO tiada tempat di hati rakyat. Marilah bersama kita memenangkan PR di dua bukit satu batang. Tolong jawab sendiri, batang siapa?



3 comments:

  1. Salam Mamamat,
    Semakin mendalam ulasan. Sebelum bersara eloklah bersiap-siap untuk jadi ADUN atau AP. Jangan biarkan negeri dan negara diperintah oleh parti reput lagi memburuk.

    ReplyDelete
  2. Hmm, Dah reput camne pun masih nak buat bini ke? Kot nak jadikan lap lantai boleh le.

    ReplyDelete
  3. Lama tak bertandang ke Dango mike.. walaupun minggu las ada ke Temung nengok-nengok kebun deroyan peninggalan orang tua kepada teman. Buah deroyan tak ada. Yang ada rezeqi tempoyak, itupun di beri oleh orang kampung yang ada bau-bau bacang sikit dengan teman.

    `ate ngape datang tengah-tengah deroyan tak ader?... Teman ngambik anak teman yang dua orang ni balik bercuti sekolah dari MCKK, alang-alang dah sampai, waktu pun ada saja jer nyinggah, dah lame benor tak nyengok'... deroyan tak berapa nak menjadi hari itu... kata Wan Puteh yang dari dulu jadi tukang jaga dan mengutip hasil kebun yang seluas tak sampai dua ekar itu.

    `Buah-buah kayu tak beropa nak jadi, negeri huru hara' katanya... ngape pulak? balas teman. Dema dah melawan Serhotan, melawan perintah tuhan, ate mana nak berkatnya... buah-buah kayu pun tak berapa nak jadi katanya....' teman tersenyum jerr..

    Sewaktu nak balik, selain tempoyak, dibekalkan juga asam gelugor kering dengan buah pisang `moreh' tak berbiji... buat cengkodok sedap katanya.. Anak teman yang tak berapa rheti dunia kampung terkena pada bajunya getah pisang sikit.. alamat tak hilanglah.. tapi tak apa muga menjadi pelajaran kepada dia..

    Beruntonglah bagi mereka yang mahu mengambil pelajaran...

    Tumbuk rusuk.

    ReplyDelete