Thursday, March 19, 2009

Nostalgia 1

Jauh bezanya dahulu dan sekarang. Secara fizikalnya PAS jauh ketingggalan berbanding UMNO. Teman mula menceburi politik kepartian sebaik sahaja teman menamatkan Tingkatan Enam di SMKBM Kuala Kangsar. Dalam tempoh masa menunggu keluarnya keputusan STPM, teman menjadi buruh kasar di pembinaan Lebuhraya Ipoh-Changkat Jering. Bekerja bermula 9.00 pagi hinggalah terentak maghrib pukui 7.00 malam. Upahnya RM15.00 + RM6.00 sehari. Banyak tu. Gajipun secara tunai. Teman menyewa rumah di Kg. Rambai Tujuh. Lokasi kerja teman ialah antara Jambatan Menora ke terowong. Kerja teman gerudi batu buat lubang sedalam yang boleh. Bergegar perut. Kemudian pekerja Korea Halla Contruction akan memasukkan bahan letupan. Setelah semuanya selesai, teman kena jadi pengawal bendera pulak. Bukit batu akan diletupkan bila-bila masa. Bergegar gegendang telinga walaupun disumbat dengan tuala pengesat peluh. Peluhpun bau bawang sebab udah terikut-ikut dengan orang korea yang suka meratah bawang. Bawang putih pulak tu.

Hari Ahad teman balik kampung. Deme taruh nama teman sebagai Bendahari Pemuda UMNO Cawangan sekian sekian. Tak peronah teman tahu apa kojernya. Sedor-sedor ada surat lantikan daripada UMNO Bahagian KK yang diposkan ke rumah. Bila nak nyimpan dan ngeluorkan duit di BSN, selaluler juge teman naik ke atas lepak di pejabat UMNO. Dulu kaunter BSN ada di bawah pejabat UMNO KK. Masa PRU 7 tahun 1980-an, temanler antara individu yang ngagihkan poster dan bendera UMNO di pejabat UMNO KK. Bukan ada upah duitpun. Paling tinggi makan laksa dan minum cendoi di lembah. Yang merokok, bolehler melantak rokok deme. Teman ni jenih tak merokok, rugiler.

Dekat lima bulan juge teman kojer di negeri sendiri di bawah majikan orang korea. Teman jatuh sakit perut keras. Jenuh arwah opah teman ngurut perut bagi lembut balik. Dua tiga hari jugeler opah ngurut teman. Macam-macam jenih minyak angat digunakan. Minyak nyor buatan sendiripun abih dilumurnya ataih perut teman. Sebulan lepaih tu teman dapat masuk u.

Adajer cuti, teman lepak di pejabat UMNO KK. Secara luaran, memang teman ni kuat UMNO sejak sekolah dan u lagi. Masa di MPP, teman cukup tak gemor pada geng-geng yang merasakan deme ni Islamik. Sebabnya deme ni tahu hukumjer. Hukum teruih. Deme tahu ceramahjer. Yang tunggang langgang motong getah, tanam padi, ke laut harung ombak ribut, deme tak tahu. Kenduri pulut kuning lauk ayam kambing dikatakan memuja semangat padi dan laut. Memangler amalan itu haram ikut hukum agama. Tapi bagi teman, kita kena mesra dulu dengan orang-orang kampung sebelum kita mengatakan itu haram, itu tak boleh. Apabila mereka udah selesa dengan kita baruler kita betuikan satu-satu. Bukannya susah. Walaupun teman kelihatan berkulit UMNO, pemikiran teman jauh menyimpang. Teman masih mencari …

Tapi hari ini suasana telah berubah. UMNO telah lupa akan cara hidup lampaunya. Kalaulah pimpinan UMNO masih mengamalkan cara hidup lampaunya yang boleh mendepani agama, tentu PAS akan mengalami kesukaran menerobos pemikiran Melayu.Hari ini PAS pula semakin memahami akan kehendak masyarakat Melayu dan bukan Melayu. Tambahan pula rakan sekutunya PKR boleh menjadi pengantara atau jambatan untuk orang-orang UMNO yang tidak ‘alim’ menyokong perjuangan PAS. Pendokong PAS hari ini telah boleh tidor dan baring sebantal dengan “kaki lepak”. Semasa remaja dan muda belia, teman juga pernah sama-sama lepak di bawah pokok besar Istana Kuning Bukit Chandan bersama sdra. Khalilul Rahman. Bila masuk waktu, kami sama-sama ke Masjid Ubudiah. Kemudian kami sambung lepak hingga masuk waktu seterusnya. Ketika kami lepak, takde orang PAS atau UMNO yang cuba mendekati kami.

Tidak bolehkah kita mendampingi golongan remaja yang kelihatan liar ini. Tidak bolehkah kita menyesuaikan diri dengan Mat Rempit. Tidak bolehkah muslimah kita memesrakan diri dengan Minah Rempit. Mesti ada caranya. Janji usaha. Jangan terus jatuhkan hukuman. Jikalau kita terus menjatuhkan hukuman, mereka akan semakin jauh daripada arus perjuangan kita. Apakah kita sanggup membiarkan UMNO menguasai mereka. Kemudian kita tempelak mereka. Akhirnya mereka dan keluarga mereka terguris hati.

Teman pernah mendekati sekumpulan Mat Rempit. Tetiap minggu teman melihat mereka merempit. Mula-mula perati dari dalam keter. Nampak deme jelling-jeling seriau nengak teman. Polis ker SB? Esoknya teman turun keter, jogging. Sajer lalu celah-celah Mat Rempit. Senyum. Empat lima hari teman buat camtu. Senyum tegur lama-lama boleh nyembang. Mintak pinjam motor. Deme bagi. Bawak pelan-pelan pusing-pusing tapi takdeler merempit. Bagi singgit duit minyak sebab udah bawak motor deme. Sebulan dua lepaih tu sekali sekala bawak minum kedai ‘Zambry’. Kemudian janji minum lepaih Isyak. Teman balik masjid baju Melayu berketayap lagi. Lepak minum kedai ‘Zambry’ dengan Mat Rempit. Boleh pulak sembang pasai agama dengan Mat Rempit. Tak bolehker PAS buat cara ni?



4 comments:

  1. Slm Tuan, memang sepatutnya sebagai pendukung @ pejuang Islam seperti PAS, tak ada pekara boleh dijadikan alasan menghalang untuk sampaikan dakwah.

    ReplyDelete
  2. Tahun berapa mike kat sekolah menengah bukit mercu yeop? teman tkt 6 tahun 1980 /1981

    ReplyDelete
  3. Berayor air mata teman membaca kisah mike terutama kesedaran mike untuk bersama dalam perjuangan Islam bukannya dalam perjuangan kebangsaan Melayu.
    Teruskan usaha insyaAllah akan dihargai jua nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam dan tima kasih semua
    IK .. tolong jenguk2 PAS Parit. PAS Parit tidak sehebat segagah 1999. Mungkin anda anak Lambor boleh membantu menguatkan PAS Parit
    Najmuddin .. sdra keluar, teman masuk. Teman juniorler
    BP .. tak payah berayor ayor mata. Pemikir Islam, Ali Shariati pernah menulis .. gunakan pengalaman hidup untuk menghidupkan agama. Insya Allah kita semua mendapat keberkatanNya.

    ReplyDelete