Saturday, March 7, 2009

PPSMI : Siapalah UMNO tanpa Melayu ...

PPSMI bermaksud Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris. PPSMI telah ditentang dan ditolak pelaksanaannya oleh guru dan ibu bapa sejak dasar ini diperkenalkan oleh Tun Madey lebih enam tahun lalu. Entah hantu mana yang telah merasuk Tun Madey supaya anak-anak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Mungkin hantu Puteri UMNO? Bukankah pada waktu itu Puteri UMNO baru dilancarkan. Puteri memerlukan aktiviti khusus untuk mendekati pengundi Melayu di luar bandar. Puteri berpegang kepada pendekatan mudah iaitu, untuk lebih dekat dengan ibu bapa, maka dekatilah anaknya melalui program-program tusyen berkaitan Bahasa Inggeris yang boleh diadakan setiap minggu. Sama ada pelajar itu berjaya atau tidak, lantakler …

Berdasarkan Perlembagaan Malaysia yang telah sedia ada, pelaksanaan PPSMI oleh KPM telah melanggar perlembagaan negara. Untuk menggubal atau meminda undang-undang yang berkaitan dengan maruah Bahasa Melayu, kerajaan memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat terlebih dahulu. Tetapi sehingga ke hari ini usul pindaan itu belum lagi melalui Bacaan Pertama di peringkat Dewan Rakyat. Kerana itulah saman yang difailkan oleh MB Nizar sebelum menjadi MB enam tahun lalu yang tidak bersetuju anaknya diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tidak berani dibicarakan sehingga ke hari ini.

Apabila PPSMI telah dibuktikan gagal oleh UKM, KPM melalui JPN telah menetapkan markah lulus setiap peperiksaan dan ujian dalaman ialah 30 peratus. Zaman saya bersekolah dahulu, markah lulus ialah 40 peratus. Jikalau sekolah itu bertaraf SRK atau SBP, markah lulusnya pula ialah 50 peratus. Markah lulus yang telah diturunkan ini telah membantu membuktikan bahawa PPSMI telah berjaya. Jikalau markah lulus peringkat dalamanpun boleh diturunkan, tidak mustahil markah lulus Matematik PMR ialah 16 peratus. Tepuk dada tanya selera. Rakyat sedang ditipu dan dipermainkan oleh kerajaannya sendiri. Mangsanya ialah golongan pelajar terutama anak-anak Melayu di luar bandar. Benarkah UMNO memperjuangkan Melayu? Benarkah UMNO tidak menipu ibu bapa dan pelajar demi PPSMI?

UMNO telah berjanji dan terus berjanji akan mengkaji semula PPSMI. Setiap kali mengkaji markah lulus peperiksaan Sains dan Matematik di peringkat UPSR dan PMR mesti meningkat. Pada keputusan SPM yang akan diumumkan pada 12 Mac 2009 ini, diyakini peratus kelulusan Sains & Matematik akan berada di paras yang lebih baik atau mungkin juga peratus kelulusannya akan dikurangkan supaya kerajaan ada alasan untuk menamatkan PPSMI. Itu bergantung kepada keputusan kerajaan. Jikalau UMNO mahu PPSMI diteruskan, peratus yang lulus akan ditingkatkan. Jikalau PPSMI mahu dimansuhkan, peratus yang lulus akan jatuh merudum. Naya pelajar wehh ..

Hari ini, 7 Mac 2009 telah berlaku tunjuk perasaan rakyat secara besar-besaran menolak PPSMI di Kuala Lumpur. Lebih 100,000 ribu rakyat telah hadir di perhimpunan ini. Peristiwa hari ini khusus untuk menghalang kerajaan daripada terus menganiyayai anak-anak Melayu khususnya Melayu luar bandar. Kepada Menteri UMNO, akhirilah kuasa politik anda dengan satu berita gembira kepada rakyat. Berita pemansuhan PPSMI. Insya Allah jasa UMNO yang satu ini akan terus dikenang dan dipuji oleh Melayu.

Kepada pejuang tegar UMNO, buktikan bahawa apa yang saya tulis ini adalah tidak benar sama sekali. Tapi iyer ler, siapalah UMNO tanpa Melayu ...



2 comments:

  1. Pemuda Umno apa cerita?senyap jer…kata hero bangsa melayu. Sanggup buat apa saja untuk bangsa Melayu. Hero taik ayam pandu…

    Pooodah…

    ReplyDelete
  2. Celaka punya UMNO. Mana pemimpin UMNO petang tadi?

    Kononnya berjuang untuk melayu. UMNO itu melayu, melayu itu UMNO.

    Celaka. Celaka. Celaka.

    ReplyDelete