Thursday, March 19, 2009

Santai di Pokok Sutera

Pokok Sutera hidup subur di Malaysia

Politik Malaysia semakin banyak ceritanya. Semakin menarik untuk diceritakan kembali. Dalam kesibukan pemimpin besar berpolitik, ada di kalangan mereka yang masih menggunakan khidmat dukun pawang bomoh dalam bentuk tangkal dan mentera. Mungkin lebih berkesan berbanding khidmat c4!

Alhamdulillah kesihatan teman agak selesa pada subuh ini setelah mengalami gangguan sinus/resdung beberapa hari yang lalu. Angin tak lepas. Perut kembung. Sakit di bahagian atas kening kiri. Doktor kata ruang pernafasan yang menyedut udara bersih ke paru-paru telah terhalang. Angin yang berkumpul dalam badan adalah udara yang tidak ditapis. Paru-paru hanya menerima udara bersih sahaja. Pengamalan melumurkan halia di dahi/kepala hanya mengembangkan saluran darah, dan keadaan ini hanya mendatangkan keselesaan untuk seketika waktu sahaja. Doktor juga kata, elakkan terlalu lama berada dalam bilik berhawa dingin. Udara bilik ini tidak sesuai untuk pengidap resdung seperti teman. Betul, masalah sinus ini bertambah serius setelah teman menghadiri beberapa siri kursus dan mesyuarat yang sepanjang hari berada di bilik berair-cond. Bilik tidurpun air-cond. Kalo bilik sorang-sorang takpeler. Tapi kalo bilik berdua kena pulak room-mate badan besor, udah tentu air-cond sepanjang masa. Minggu depan teman kena ke utara pulak. Seminggu di PP. Teruk lagiler sinus teman ni. Harap-harap boleh hadir di penamaan calon Bukit Gantang. Itupun belum tentu.

Kayu untuk Dango CERIA

Kelmarin hari Selasa 17 Mac 2009, Ude Kenang ajak teman ke Bukit Gantang. Teman kata teman tak larat nak drive. Dia kata ikut jer. Sepanjang dalam perjalanan ke Bukit Gantang, teman tak berapa rancak bersembang. Ude Kenang bawak teman pegi nengak rumah kayu tinggai. Kayu rumah ituler nak di buat Dango CERIA. Cadang nak ditanam keliling dango tu dengan pokok-pokok sutera. Bila udah siap nanti, nak ajak Dr. Wahab datang merasmi tapak CERIA. Kawasannya takler luas sangat, cuma 60’x250’. Itu jer yang teman mampu sediakan untuk projek rintis CERIA.

Nak dijadikan cerita. Entah kebetulan, entahkan berkaitan. Dekat rumah tinggai itu ada sebatang pokok sutera. Rendang berbuah tetapi tak berjaga. Apakah rumah kayu ini tidak boleh berpisah dengan pokok sutera? Apakah hasrat Dr. Wahab akan dapat direalisasikan? Apakah tanaman baru ini akan menaikkan fungsi bloggers network di Perak dalam bidang pertanian? Tak sabar tunggu MSK atau Ciberboron jadi MB atau exco pertanian di Perak.

Berbalik kepada pokok sutera. Pokok sutera ini bukanlah asing kepada penduduk Perak atau Malaysia. Cuma namanya mungkin berbeza. MSK kata pokok ini memang udah ada di Senggang. Ude Kenang kata pucuk pokok ini telah lama dibuat sayur oleh keluarga mertuanya yang tinggal di Changkat Ibol. Ude Kenang patahkan pucuk dan terus dijamahnya mentah-mentah. Ulam. Maknanya pokok ini telah ada dan sesuai di tanam di bumi Malaysia. Seperti komentar Bumi Perak, pokok ini biasa dilihat tetapi tidak dikomersialkan lagi. Oleh itu kenapa tidak kita menjadikan pokok sutera ini sebagai satu tanaman bentuk baru yang boleh membantu meningkatkan ekonomi penduduk kampung-kampung Melayu tradisional?

Pokok Sutera mudah ditanam. Senang hidup. Pucuknya boleh dibuat sayur. Ada sedikit getah. Macam pucuk ubi kayu. Rebus/lecur dalam air didih. Isteri teman udah buat sayur lemak. Lebih manis daripada pucuk ubi kayu. Apabila kita patahkan pucuk, akan bertunas pula pucuk baru. Semakin banyak pucuk baru, semakin rendanglah pokok sutera. Kalaulah satu rumah satu pokok sutera, masalah sayur untuk seorang isi rumah sudah tentu dapat disediakan. Kalau dalam rumah itu ada lima orang, tanamlah lima pokok. Seminggu sekali pucuknya boleh dibuat sayur. Takde tanah, dalam pasupun boleh. Itu baru bab pucuk. Belum lagi bab daun dan buahnya. Belum lagi khasiat perubatannya. Apabila pokok ini telah ditanam secara meluas, macam-macam kita boleh hasilkan daripada produk sutera. Tak ker gitu Dr. Wahab? Maklumat lanjut boleh dibaca dalam blog Dr. Wahab di sini, http://kebunpokoksutera.blogspot.com/

Ingat, politik tidak boleh subur tanpa kesuburan ekonomi. UMNO tidak mahu rakyat kukuh ekonominya. Kukuhnya ekonomi rakyat, menandakan kesakitan politik UMNO. Bagi pemimpin UMNO, rakyat hanya perlu memperolehi sedikit pengagihan ekonomi. Ekonomi cukup makan. Pemimpin UMNO hanya mahu rakyat percaya bahawa UMNOlah sahaja yang boleh menyediakan alas perut …

1 comment:

  1. Salam Mamamat,
    Berita cukup-cukup baik. Kawasan itu pun sudah syukur. Kecil tapi manfaat besar.
    Kalau dah ada sepokok yang besar bolehlah dibanyakkan semaian.
    Saya percaya, rumah dan pokok tu ada hikmahnya.
    Semoga berjaya dan berkat.

    ReplyDelete