Tahukah anda
1. Sidang DUN Perak telah ditangguhkan pada 25 November 2008.
2. Sidang DUN Perak hendaklah diadakan semula sebelum 24 Mei 2009.
3. Sekiranya Sidang DUN Perak tidak diadakan dalam tempoh tersebut, SPR mesti mewartakan satu pilihanraya segera di semua DUN Perak selepas 24 Mei 2009.
4. Pada 3 Mac 2009, speaker telah mengadakan satu Sidang DUN di bawah pokok setelah dihalang memasuki dewan persidangan. Mahkamah Tinggi Ipoh telah memutuskan bahawa Sidang DUN ini tidak sah. Keesahannya masih dirayu di mahkamah.
5. Tiga usul telah diluluskan dalam Sidang DUN berkenaan iaitu,
a. MB Nizar masih sah sebagai MB Perak.
b. kerusi DUN Changkat Jering, Jelapang dan Behrang telah kosong setelah penyandangnya meletak jawatan melalui Aku Janji dengan disaksikan oleh Sultan Perak.
c. ADUN Pangkor, Dr. Zambry digantung daripada menghadiri Sidang DUN selama 12 bulan. Manakala enam exconya digantung 6 bulan daripada menghadiri Sidang DUN Perak
6. Segala urusan kewangan dan hartanah negeri yang melibatkan kuasa MB dan exco telah tergantung atau beku semenjak rampasan kuasa pada 5 Februari 2009.
7. Mana-mana pegawai kerajaan yang meluluskan kewangan atau hartanah negeri boleh dikenakan surcaj dan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah pada masa akan datang. Oleh itu pegawai-pegawai kerajaan ini mesti berani memberi nasihat yang betul kepada pemegang jawatan politik di Perak.
……
Maknanya
PRK Bukit Gantang adalah persediaan dan pemanas badan kepada UMNO dan PR untuk menghadapi kemungkinan PRU Perak. UMNO memerlukan kemenangan dalam PRK ini untuk menguatkan semangat dan keyakinannya memerintah Perak secara sah. Kekalahan UMNO dalam PRK ini adalah petanda awal bahawa UMNO akan gagal mengekalkan kuasanya di Perak sekiranya PRU diadakan nanti. Bahkan UMNO sendiri menyakini bahawa 13 kerusi yang sedang disandangnya agak sukar untuk dipertahankan. 31 kerusi DUN yang dikuasai oleh PR dalam PRU 12 terlalu sukar untuk digugat. Merampas 18 kerusi PR yang diamanahkan kepada DAP adalah seumpama bermimpi di siang hari.
Kepada pimpinan, pengundi, penyokong dan petugas PR, kejayaan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai amat besar kesannya kepada masa depan politik PR dan UMNO. UMNO tidak mahu kalah dan akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk tidak kalah. Pengundi mungkin telah panik atau runsing kerana keselesaan mereka telah diganggu selama dua bulan ini. Pengundi mungkin telah bosan dengan permainan politik. Menjadi tugasan kepada pemimpin dan petugas PR untuk memaklumkan kepada pengundi secara jelas bahawa rasa panik, runsing dan bosan adalah dicipta oleh UMNO. UMNO yang mewujudkan kegelisahan sebegitu rupa kepada rakyat.
Tunjukkan kebaikan PR kepada pengundi. Jangan paksa pengundi menghadiri ceramah atau program-program amal. Lebih berkesan jikalau program-program amal diadakan dari rumah ke rumah. Jikalau tuan rumah tak mahu buka pintu, tidak bolehkah PR cuba buat begini?
“Mak Cik, kami datang nak sapu laman rumah. Nak jirus pokok bunga. Kami sesama kami bertanding siapa dapat sapu laman hingga cantik. Selepas tu kami nak nangkap gambar laman dengan tuan rumahnya. Boleh ker?”
Kalau respon mak cik itu ok,
“Mak Cik, bolehker saya nak mintak anak bunga ni? Saya nak tanam kat rumah saya di Kelantan”.
Sekiranya mak cik tu tidak ok,
“Mak Cik, kami udah siap sapu laman. Pokok bunga kami udah jirus. Lawa bunga mak cik. Kami mintak maaf. Kami balik dulu”.
Jangan lupa bagi salam.
Alhamdulillah suatu penjelasan dan pandangan yang sangat menarik.
ReplyDeleteTerima kasih , Insyallah kita try buat...
http;//paspasirsalak.blogspot.com