Sunday, March 22, 2009

PM : Najib kempunan

Dua tiga hari ni kita dikhaborkan kononnya PM Pak Lah udah nak pegi. Nampak benor tak sabornya majikan si pembawa berita nakkan PM Lah pegi cepat. PM Lah akan serahkan jawatan PM kepada Najib. Kita dikhaborkan bahawa pada 4 April 2009 kita akan dapat PM baru. Ghiso teman nengornye. Temanpun gerodi dan kerebikler semua punca berita. Selagi ade jumpa berita berkaitan PM Lah dan Najib dalam bahasa yang teman paham, abih teman khatam. Khatam bagi paham. Tapi takde satupun berita tu bersumberkan mulut PM Lah sendiri. PM Lah langsung tak sentuhpun kisah kononnya dia udah tak sabor nak kosongkan rumahnya di Putrajaya. Tut2 malam ni dipahamkan PM Lah sedang mengerjakan umrah di Mekah. Pagi tadi PM Lah di Kuwait untuk urusan kerja 24 jam. Esok mungkin PM Lah udah balik ke Malaysia. Atau PM Lah melencong ke Monggolia jumpa Dr. Sharibu …

Cara kojer PM Lah tak macam orang nak pencen. Kalo iyepun dia nak bagi PM pada orang lain, udah tentu dalam tempoh yang dikatakan cuma tinggai 10 hari ni digunakan round semua negeri untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas sokongan rakyat UMNO kepadanya di sepanjang dia jadi PM. Buatler jamuan perpisahan. Buatler wasiat untuk UMNO di kampung2. Takkan nak nunggu perhimpunan baru nak bagi wasiat. Ini idak. Kenangpun idak. Sian Najib yang berangan siang malam nak jadi PM. Najib bertambah resah gelisah kalo2 akan tertubuhnya kerajaan perpaduan. Dan lebih perit lagi kalo teori teman O-RAHMAN menjadi. Sebab itu semalam ketika meraikan kelab UMNO luar Negara, Najib ada berkata, “Apa gunanya kita memegang jawatan dalam parti jikalau kita hilang kuasa di Malaysia”. Nampak benor gelisahnya Najib.

Hari ini pulak si menantu buat laporan polis pasai buku Tuah & Sial. Si menantu sudah tentu telah mendapatkan nasihat daripada pak mertuanya sebelum buat laporan polis pasai buku Yahaya Ismail ini. Lebih mengejutkan apabila menantu mendakwa ada yang menaja buku itu untuk ditaruh dalam 4000 beg perwakilan UMNO yang akan mula berkampung di Kuala Lumpur pada hari Selasa ni. Tak mungkin pak mertuanya sebagai orang nombor satu UMNO yang menaja. Mungkin orang nombor dua yang akan jadi orang nombor satu. Takkan PM Lah tak nak tolong menantunya yang sedang cuba ditendang terajang oleh bakal presiden. Cara menolong menantu yang berkesan ialah jadiler PM sehingga PRU 13. Kalo presiden UMNO yang baru nak juga jadi PM, silaler buat usul undi tidak percaya di parlimen.

PM Lah ada berkata yang dia akan letak jawatan apabila kojernye selesai. Kojer ekonominya ialah mewujudkan koridor ekonomi yang udah tak tentu hala jadinya. Najib masa bentang mini bajet langsung tak usik koridor ekonomi PM Lah. Mesti PM Lah terasa hati. Takkan takde satupun sumbangannya yang boleh direalisasikan untuk dikenang dan dipuji oleh rakyat. Islam Hadhari memang udah tidak mampu diselamatkan lagi. Najib tak tolong promosi Islam Hadhari. Najib hanya tolong hilangkan Islam Hadhari. Kalo Najib jadi PM, koridor ekonomipun hilang. Bukanker hilang tu sinonim dengan Najib?

Baru2 ni PM Lah menggesa agar PPSMTI dikaji semula. PM Lah tak sanggup tengak rakyat dan sasterawan negara turun berimpun di jalanraya. Malu dia sebagai PM tak buat apa2. Bahasa menunjukkan bangsa. Kalo bahasapun udah tak diperjuangkan, buat apa lagi memperjuangkan bangsa. Apabila bahasa udah takde, maknanya bangsapun udah tak wujud. Tang mana yang dikatakan bahawa UMNO ni pejuang bangsa. Kalo pejuang bangsa, takkanler bahasanyapun nak ditereban lesing ke muzium? Dalam isu ini, sudah tentu PM Lah akan buat sesuatu yang boleh menggembirakan tokoh2 bahasa dan rakyat Melayu sebelum beliau melepaskan jawatan PM kepada sesiapapun.

PM Lah bukanlah negarawan sedegil Tun Madey. PM Lah masih ada hati Melayunya. PM Lah akan pergi setelah rakyat gembira dengan keputusannya. PM Lah mempunyai latar belakang hidup susah berbanding Najib yang tidak pernah menderita kepayahan ekonomi. Najib tidak akan memahami kesusahan rakyat Melayu. Najib akan hilangkan kegembiraan rakyat.

Mungkinkah teori O-RAHMAN akan menjadi kenyataan? O dan N tidak akan menjadi PM walaupun menduduki kerusi Presiden UMNO. 10 hari lagi. Masih tak nampak riak2 PM Lah akan melepaskan jawatan.

Wallahualam .



2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Ngape mike ghiso?..... Susah sikit nak ngerojekan UMNO kalau Najib naik tahta? Kalau orang dah tak gemokan UMNO, lantaklah PakLah ker atau Najib... tak gemo, tak gemo juga.

    Tapi kita kena ingat macam doa Memanda MB Nizar ketika baca doa depan tuanku masa ucapan sembah taat setia dulu. `Allah mengangkat sesuatu kerajan, dan menurunkan sesuatu kerajaan... (hingga akhir ayat)"... begitulah jadinya. Kalau takdir Allah UMNO jatuh bersepai maka jatuh bersepai ia nanti.... tapi kalau ditakdirkan PR merindukan bulan, maka sampai berkanunlah merindukan bulan.

    Adapun jika berlaku kenyataan penggabungan kerajaan PAS dan UMNO, alangkah eloknya. Orang PAS boleh membimbing orang UMNO biar lebih beragama, orang UMNO boleh pimpin orang PAS biar boleh perintah negara... maka adale upgrade sikit. Dulu UMNO cerita dunia-dunia saja bila ada PAS bolehler cerita dunia akhirat. Dulu PAS perintah negeri jer, berkawan dengan UMNO bolehler mimpi besar perintah Negara... apa? Daulah Islamiyah Daulatun Baldatun tayyibun Warabbun Ghaffur.

    He! He!..

    Tumbukrusuk

    ReplyDelete