Thursday, March 19, 2009

Botak lawan botox ..

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang akan diadakan kurang 10 hari lagi sedang menampakkan bibit-bibit akhir kemusnahan UMNO. UMNO akan mati buat kali keduanya. Kali pertama UMNO telah termati oleh Hakim Tun Salleh Abas semasa Tun Madey memimpin UMNO. Orang tua-tua pernah berkata bahawa yang hidup di dunia selepas mati hanyalah hantu, pelesit dan pelbagai jembalang. Kerana itulah tidak keterlaluan dikatakan bahawa UMNO yang ada hari ini adalah jelmaan hantu yang bergentanyangan di angkasa raya. Hantu yang sememangnya tidak berpijak di bumi nyata. Tipu, rasuah, jenayah, C4 dan pelbagai lagi memang kerja hantu. Agamapun boleh diputar belit. Lebih menarik lagi apabila hantu sesama hantu boleh penaya sesama sendiri. Ada yang diadu domba, ada yang dilarang bertanding dan ada yang cuba didukun pawangkan.

Bekas kepala hantupun hairan dengan gelagat tidak senonoh hantu asuhannya. Maklumlah sepesis hantu. Ajar buat jahat sedikit sahaja, tapi hasilnya di luar jangkaan. Siapa menjangka hantu boleh bermain dengan C4 buatan manusia. Manusiapun tak sanggup guna C4 pada manusia. Manusia sepatutnya guna C4 pada hantu. Tapi hantu lebih awal gunakan C4 pada manusia. Walau bagaimanapun tidak semua manusia UMNO ini menjadi hantu. UMNO yang baik tetap kekal sebagai manusia. Cuma masalahnya ada di kalangan manusia UMNO yang tidak kenal rupa hantu di kalangan mereka. Perhimpunan UMNO pada kali ini menghimpunkan hantu UMNO dan manusia UMNO. Hantu UMNO akan memujuk dan mempengaruhi manusia UMNO dengan helah terancang bahawa UMNOlah pembela bangsa dan negara. Manusia UMNO akan angguk-angguk walaupun akhirnya tinggal sehelai sepinggang.

UMNO akan dipimpin oleh hantu baru. Bapak hantu telah dibomoh supaya lidah kelu untuk melawan. Tetapi apa erti kemenangan jikalau hantu-hantu yang di bawah berkelahi tak sudah. Oleh kerana terlalu bimbangkan kuasa jahat hantu bertuah di Melaka, hantu ini ditegah daripada bertanding. Akibatnya nasib timbalan kesukaan semakin rumit. Bakal ketua hantu amat bimbang jikalau jaguh tinju pula menjadi timbalan. Lagipun semua perwakilan diceruk kampung telah ditinjunya. PRU 12 memperlihatkan Selangor telah jatuh kepada PR. Takkan pada PRU 13 nanti, Johorpun akan dipangku oleh PR. Ituler bahananya jaga pelabuhan jer. Dan yang lebih memeningkan kepala hantu ialah apabila manusia UMNO mula menaruh wasangka bahawa mereka berketuakan seorang hantu. Takkker haru biru ke hijau jadinya.

Hantu muda botak pulak beria-ia nak lawan hantu botox. Dulu kawan punyaler akrab. Macam mana boleh lawan pulak. Jikalau mereka manusia, mereka tidak akan berlawan sesama mereka. Oleh kerana kedua-duanya hantu, tidak ada lagi istilah terkenang budi. Botox tidak akan mengenang budi ayahanda botak. Deme telah berjaya membuktikan hantu menantu main rasuah sehingga diberi amaran jangan masuk gelanggang. Jikalau hantu menantu berkeras tetap ke gelanggang, hantu menantu tidak akan menang. Hantu menantu tak payahler buang masa. Lebih baik ikut pak mertua mengundur diri.

Di Kuala Kangsar hantu opah hendak diterajang nak dihumbankan ke lubuk mat anjing. Situ dalam ayornye weih. Bolehker opah yang ada pengalaman berakit mampu berenang ketepian? Tapi laratker mawak badan ke tebing? Hantu nenek mami pulak panjang akainya. Nak ngalahkan hantu opah, kena berpakat baik dengan orang KK untuk numpokan AP KK tu. Kuat betui jampi serapah deme sehingga hantu opah terpaksa berlawan sorang diri. Takde geng. Dedulu opah pernah mati di Paya Besor, tapi hidup balik. Tu yang jadi hantu ni. Rupa-rupanyer hantu opah hanya boleh tumpo teruih di lubuk mat anjing. Jangan tumponya jadi antu ayor pulak. Tak beraniler teman ngail di situ.

Senang citer. Hantu C4 jadi ketua. Hantu tinju jadi timbalan. Hantu botak jaga hantu muda. Hantu nenek mami jaga pompuan. Hancur luluh lebur UMNO di Bukit Gantang. Dijangkakan UMNO akan gagal mengumpul penyokong untuk mengiringi calon kesepian, Ismail Safian. Ini kerana hantu yang berimpun udah dapat pangku masing-masing. Nak suruh berimpun kena bagi pangku lain. Semua hantu ni bukan peduli pada UMNO. Takde sape lagi yang takut pada tinju timbalan. Botox yang udah kalah takkan begitu pemurah nak bagi belanja pegi ke Bukit Gantang. Botak yang menang pulak memang jenih belum berduit. Nenek mami pulak tak sekaya opah piiiidahh. Abih, sape nak iringi calon kesepian Ismail Safian di Bukit Gantang?

Mungkin betui kata seorang orang tua veteran UMNO di Perak, UMNO kali ni menang jadi arang, kalahpun jadi abu.



1 comment:

  1. Semalam tok baca paper malay mail.
    ada pulak berita tentang MARA tetap nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu walaupun dah ada model sut angkasawan di planetarium.

    tok nak pesan kat Noh Omar kalau nak beli jugak pakailah duit sendiri.ada pemerhati politik kata noh omar nak bodek najib dan peluangnya untuk menang MT lebih cerah.

    Tok dengar satu berita hangat tian chua dapat sumber khalid nordin booking 70 bilik hotel untuk UMNO Bahagian Pasir berharga berharga RM165 sebilik gunakan letterhead Kementerian Pengajian Tinggi.

    Ini kira salahguna kuasa.Elok kengkawan bloggers siasat semua hotel di sekitar lembah Kelang yang telah dibooking oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk anak buahnya.

    Kalau booking untuk perwakilan bolehlah dianggap rasuah.yelah bagi RM200 untuk duit minyakpun kantoi,ini pulak RM165 sehari untuk bilik hotel.

    Elok MP Pakatan Rakyat bangkitkan perkara ini dalam parlimen.Lepas check out hotel,boleh periksa bayar guna duit kerajaan atau duit poket sendiri.Bukan sikit RM165 untuk 70 bilik semalam.Kalau Khalid Nordin sangkut,sorang lagi anak buah Pak Lah terbarai selepas Wan Farid,Norza,Azlina dan Ali Rustam.

    Bahaya penangan Najib yang mendapat nasihat mentornya dr Mahathir.Tok dapat berita sambung balik kes bicara sembur mata dr mahathir dengan spray lada.

    ReplyDelete