Sunday, March 1, 2009

UMNO tak mahu MB yang macam ini ..

MB yang boleh nyembelih lembu korban
Dalam sejarah politik Malaysia selepas merdeka, belum ada lagi pemimpin besar yang hebat seperti MB Nizar. Segala urusan bersangkut paut dengan agama Islam, MB Nizar boleh melakukannya. Sebutlah apa sahaja, insya Allah MB Nizar mampu buat. Imam solat lima waktu, imam pelbagai solat sunat, baca khutbah, tazkirah, doa & wirid, berzanzi, atau apa sahaja yang berkaitan dengan hukum hakam Islam, MB Nizar boleh mengepalainya.
MB Nizar mengimamkan solat jenazah ibu mertua
Selain itu MB Nizar juga seorang profesional. Ini dibuktikan melalui Ir. di pangkal namanya. MB Nizar juga telah membuktikan bahawa beliau boleh memimpin negeri dengan jayanya walaupun baru 10 bulan. Beliau juga kuat semangat dan yakin Allah sentiasa bersamanya ketika menghadapi helah politik UMNO yang merampas kuasa di Perak. MB Nizar dikagumi kerana berjaya menafikan tohmahan UMNO kononnya beliau menderhaka kepada istana.
MB Nizar membaca talkin untuk Arwah Roslan Shaharum
MB Nizar juga boleh bertutur dalam banyak bahasa. Bahasa Mandarin, Kantonis, Tamil dan Arab petah dibibirnya selain begitu lancar berbahasa Inggeris dan Melayu. Bahkan beliau mampu menggunakan loghat Perak secara berkesan.
Itulah MB Nizar.
Kepada UMNO, buktikan pula kehebatan MB anda .. kami tunggu

4 comments:

  1. Sejuk hati mendengonye...kalau aku la jadi sultan...tak tergamaknye buang org macam nie.

    ReplyDelete
  2. Umno takkan mahu, Umno mahu pemimpin yang sembelih rakyat, pemimpin yang mengimamkan parti tonggang, yang membaca talkin menongkat dunia..

    ReplyDelete
  3. takziah untuk Hj Nizar.

    http://pi5au.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Apa ke buta hati manusia ini, kulit luaran yang diagungkan, janganlah dihina UMNO kerana terdapat ahli mereka yang lebih mulia hati mereka daripada kamu entah2 ibubapa kamu pun ahli UMNO juga dahulu,

    sedarlah sudah ditakdirkan nizar sudah bukan lagi MB, terima sajalah ketetapan Allah, kenapa nak pertikaikan urusan Allah

    sendiri jawablah beb

    tungaklangit

    ReplyDelete