Sunday, March 1, 2009

Selamat tinggal ORAHMAN, selamat datang WANWAR

Hari minggu .. tetiba datang idea ni

Fasa 1 : ORAHMAN .... Fasa 2 : WANWAR

Politik Malaysia udah nak masuk Fasa 2. Fasa 1 udah nak tamat.

Fasa 1 bermula dengan penubuhan PEKEMBAR atau UMNO pada 11 Mei 1946. Presiden UMNO yang pertama ialah Dato’ Onn b. Jaafar yang berdarah Melayu+Turki. 10 tahun kemudian, Dato’ Onn keluar daripada UMNO kerana ideanya mewujudkan satu parti pelbagai kaum telah ditolak oleh UMNO. Beliau berjuang melalui Parti Negara yang lesu tanpa pengaruh kerana orang Melayu masih kuat keMelayuannya. Orang Melayu masih berprasangka buruk dengan bangsa lain. Bangsa lain dianggap penumpang.

UMNO yang ditinggalkan oleh Dato’ Onn diterajui oleh DO Langkawi iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan dibantu oleh Tun Abdul Razak Hussin. Tunku merupakan Presiden UMNO kedua daripada keturunan Melayu+Siam. Tunku yang mengambil pendekatan bekerjasama dengan London telah berjaya mendapatkan kemerdekaan Negara. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia selepas kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada tahun 1963. Pendekatan ekonomi Tunku melalui RM1 dan RM2 iaitu membangunkan ekonomi luar bandar telah menyinggung warga bandar yang majoritinya adalah bukan Melayu. Warga bandar terasa dipinggirkan. Kesannya selepas PRU 4 pada tahun 1969, bandar dikuasai oleh pembangkang dan kemuncaknya ialah Peristiwa 13 Mei 1969.

Tunku melepaskan jawatan PM kepada Tun Abdul Razak Hussin dan seterusnya UMNO menobatkan Tun sebagai Presiden UMNO ketiga. Tun yang berketurunan Melayu+Bugis ini juga popular dengan gelaran Bapa Pembangunan Malaysia . Tun telah menyusun semula strategi ekonomi melalui RMK1 dan RMK2 dan seterusnya dasar ekonomi ini disambung oleh PM selepasnya hinggalah ke hari ini, RMK9. Tun meninggal dunia dalam jawatan kerana difahamkan mengidap leukemia.

Tun Dr. Mahathir mengambil alih jawatan PM dan Presiden UMNO keempat. Dr. Mahathir yang berdarah Melayu+Pakistan begitu agresif menukar status Malaysia daripada negara pertanian kepada negara industri. Malaysia dianugerah oleh Allah dengan ekonomi yang melimpah ruah. KDNK pada kadar 8% selama hampir 10 tahun telah menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia. Pada ketika ini DSAI adalah Menteri Kewangannya. Di hujung 1990-an, kegilaan Dr. Mahathir menjayakan projek-projek mega dalam suasana ekonomi negara jiran yang tidak menentu telah memudaratkan ekonomi Negara. Dr. Mahathir telah memecat DSAI daripada kabinet dan parti kerana tidak mempercayai kata-katanya bahawa George Soros yang memusnahkan ekonomi Malaysia. DSAI tetap yakin sehingga ke hari ini bahawa Dr. Mahathirlah pelingkup ekonomi Negara pada waktu itu.

Keputusan PRU 10 telah membuatkan Dr. Mahathir terpaksa berundur daripada kerusi PM dan Presiden UMNO. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berketurunan Melayu+Arab telah menjadi PM dan Presiden UMNO kelima. Pak Lah cuba menjadikan RMK9 sebagai wadah baru pentadbirannya dengan mewujudkan pelbagai koridor ekonomi di setiap sudut negara. Tetapi RMK9 telah sampai ke penghujungnya. Rakyat masih keliru dengan RMK9. Ekonomi rakyat terus merudum. Dan kesannya, rakyat khususnya bukan Melayu telah menghukum UMNO melalui PRU 12.

Tidak sampai sebulan lagi Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak yang berdarah Melayu+Bugis akan dirasmikan sebagai Presiden UMNO keenam. Berdasarkan ramalan tajul muluk dan kanser yang dihidap oleh UMNO, Najib tidak akan menjadi PM. Ini kerana Najib diyakini sebagai penamat nyawa UMNO. Penamat akan mengulangi sejarah pengasasnya. Dato’ Onn merupakan pengasas UMNO dan Najib merupakan penutup UMNO. Pengasas dan penutup hanya sekadar menjadi Presiden UMNO tanpa berpeluang menjadi PM.

Allah maha besar. Secara kebetulan politik Malaysia ditunjukkan melalui singkatan ORAHMAN. Setiap singkatan mewakili nama awal atau panggilan umum untuk setiap presiden UMNO. Peristiwa sejarah itu sentiasa berulang. O tidak berpeluang menjadi PM dan peristiwa ini akan berulang kepada N. UMNO akan terkubur semasa N menjadi presiden.

Siapa pula pengganti UMNO? Pengganti UMNO ialah Fasa 2. Fasa 2 adalah giliran PR pula memimpin Malaysia. Pemimpin PR yang pertama ialah Dr. Wan Azizah Ismail. Wan Azizah tidak akan menjadi PM. PM ialah pemimpin PR yang kedua iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kemudian singkatan Fasa 2 akan menjadi begini, WANWAR. N mungkin Nizar. Dan pemerintahan PR akan berakhir dengan R.

Wallahulam.

2 comments:

  1. teori ni kalau jual kat gerombolan,boleh dapat duit tak? atau dapat penampor..wakakaka !!

    ReplyDelete