Tuesday, March 3, 2009

Speaker dengan speaker ...

Speaker dengan speakernya
Negeriku indah permai. Sebentar tadi lebih kurang jam 10.30 pagi hari Selasa 3 Mac 2009, telah terciptalah satu sejarah di Malaysia apabila buat julung kalinya, satu Persidangan Tergempar DUN Perak berjaya dilangsungkan dengan sempurna di tapak letak kereta Bangunan SUK Perak. Selepas ini tapak persidangan itu boleh dicadangkan sebagai tapak warisan sejarah dunia yang baru.
Dua usul utama + satu usul telah diluluskan.
1. Usul undi percaya terhadap MB Nizar telah diluluskan .. bermakna MB Nizar masih MB yang sah
2. Usul undi bubar DUN telah diluluskan .. bermakna MB Nizar mesti mengadap memaklumkan keputusan DUN kepada tuanku sultan. Kuasa DUN lebih tinggi daripada kuasa MB dan istana.
3. Usul undi menggantung MB DPulau dan Enam Exco menghadiri Sidang DUN telah diluluskan .. bermakna keputusan Speaker telah disahkan. Sepatutnya tidak boleh lagi dicabar di mahkamah.
Semoga semuanya berjalan lancar.
Terima kasih kepada semua pelapor.

1 comment:

  1. Salam

    Biarpun bersidang di tempat letak kereta namun yang penting ada usul yang telah di luluskan, dunia sedang perhatikan apa yang sedang berlaku di Perak

    ReplyDelete