Tengahari semalam lepaih abih kursus haji kat masjid, teman singgahler ngambik anak2 teman yang teman tinggaikan kejap di rumah mertua. Lebih kurang pukui 12 tengahari. Masukjer teruih terdengor dan terpandang Najib di tv. Teman bukan nak ulas semua yang dia cakap. Teman nak ulas satu mendenye. Najib kata masa MB Nizar jadi MB dulu, istana panggil semua 31 YB yang nyokong MB Nizar. Tuanku panggil sorang2. Dan cara yang sama juge digunakan oleh tuanku masa nak lantik MB DPulau. Tuanku panggil dan jumpa sorang2 semua 31 YB yang nyokong UMNO jadi MB.
Tumpo kite yeop kalo dapat PM yang camni. Dia main langgor jer. Langsung tak beradab. Hoi Najib, masa MB Nizar mula2 dilantik jadi MB memangler kena buat macam itu. Panggil sorang2, tanya kamu nyokong sape? Tak cukup dengan cara tu, tambah lagi dengan sain aku janji terlucut jadi YB jikalau nyokong yang lain pulak. Lagi satu masa nak lantik MB Nizar jadi MB, Perak takde MB.
Tapi MB DPulau dilantik masa Perak masih ada MB. Mana boleh guna cara yang sama. Kenaler ikut cara. Bukanker ikut cara tu beradab namanye. Tengak apa udah jadi, tonggang langgang cacamarba negeri aku Perak angkara kamu Najib. Susah benorker nak beradab. Kata kita ni Melayu, kaya dengan nilai2 ketimuran. Kaya dengan sopan santun. Hidup beradat dan beradab adalah budaya Melayu. Tapi kamu sebagai pemimpin Melayu memalukan Melayu. Apah tak guna kamu jadi Timbalan Perdana Menteri, budaya itupun tak gheti. Karang aku kata kamu mengamalkan budaya C4, kamu marah. Gobind kata kamu pembunuh, kamu marah. Hingga nak gantung 12 bulan masuk parlimen. Tahu pulak kamu marah.
Satu lagi masa kamu pegi Bukit Gantang, kamu tak maluker nengak macam2 cara rakyat hina kamu. Macam2 kain rentang hina kamu dan bini kamu. Kamu tak cuba ker nak bersihkan nama kamu. Kalo takat kata ngaku tak kenai dan tak munuh Tuya di tempat ceramah, buat peronjang aper.Cer kamu saman surat khabor Perancis tu. Bior Interpol yang siasat. Mesti cepat deme siasat. Takkan kamu tak tahu, pejabat pusat Interpol tu ada di Perancis. Kamu nak takut aper. Bukan kamu yang munuh Tuya. Iniler masa kamu nak tambah kaya. Kamu samanler 60 biliyon. Kalo kamu tak nak duit tu, bagi pada Malaysia. Boleh suntik lagi bajet rangsangan pulih ekonomi. 60 biliyon campur 60 biliyon. Banyak tu. Gerenti rakyat seronok. Bila rakyat seronok, kamu akan jadi PM yang disayangi oleh rakyat. Takkan kamu tak nak rakyat sukakan kamu. Kalo kamu betui ada maruah, pegi saman surat khabor Perancis tu. Bior surat khabor tu bangkrap kena saman.
Semalam juga, tak bolehker kamu datang sorang2. Kalo nak berkawanpun, cukupler empat lima buah keter polis yang jaga kamu. Ini yang kamu bawak berpuluh2 buah bas iring kamu ke Bukit Gantang aper ker jadahnya. Orang Bukit Gantang boleh datang sendiri, tak payah sediakan bas. Kalo satu bas kamu kena abihkan RM2k, baik bagijer RM2k tu pada setiap kampung. Boleh deme buat kenduri kesyukuran Osman sokong UMNO. Ramai yang boleh makan free. Itupun tak boleh nak pikio.
Udah berpuluh tahun kamu jadi menteri, tapi minda kamu masih kelas ketiga, kelas keempat. Tapi cakap kat rakyat, UMNO nak teruskan PPSMI sebab nakkan rakyat Malaysia minda kelas pertama. Kamu tak maluker rakyat minda kelas pertama, kamu pulak sebagai menteri minda kelas keempat. Patutler di Perak kamu main langgor jer. Patutler kamu C4kan Tuya tu. Tak payahler kamu nak umumkan aper2 lagi pada 7 April ni. Memang UMNO payah nak menang. Lepaih tu tentu kamu akan kata tiada pembangunan di Bukit Gantang kerana UMNO udah kalah.
Kepada MB DPulau, udah abihker mike makor fail2 dan dokumen2 lama? Sian teman pada MB DPulau ni. Isk .. isk ..
Aii... marah benor nampaknya.
ReplyDeletei. Tindakan Najib tak beradap?.... tak beradap pada siapa?... pada Tuanku?... nampak OK jer.. Siap terima mengadap lagi... lepas tu siap perkenan melantik MB (..apa ?.. MB dPulau kata mike)lagi. Kerajaan Pakatan Haram (Sebab kahwin tak nikah / daftar lagi) boleh mohon injuksi mahkamah, tapi tak buat pun. Yang ada mohon mengistihar mahkamah membatalkan kesahihan MB d'Pulau... buatlah permohonan injunksi, keputusannya lebih cepat.. Anwar tak tahu ker?.. Nizar tak tahuker?.. Nga Kor Meng? tak tahu ker?... mereka semua tahu... hak memerintah sekarang pada BN... percaturan `permainan kuasa' ini nampaknya tak memihak pada Pakatan Haram. Tapi itu biasalah ... kadang-kadang Pakatan Haram Menang ..jarang-jarang BN kalah.. begitulah sebaliknya... namanya pun political game. Anwar, Dato' Seri Nizar, Siva dan lain-lain kenalah buat sibuk-sibuk untuk gimik politik, nanti deme sekelian rakyat penyokong Pakatan haram akan mundur semangat kepenyokongannya. Jadi kecoh-kecoh itu pun sendiwara politik.. yang dikecoh bahanakan hamba sekelian rakyat.. lagi bingong rakyat lagi baguzzz... maka rakyat pun pun berkata, ini Najib punya pasallah, ini Tuanku yang telah diperbodohkanlah... macam-macam lagi... walhal... atas nama perjuangan, atas nama keadilah, sebuah Pakatan Haram telah memperbodohkan rakyat, merasuk kewajaran pertimbangan rakyat dengan suntikan emosi yang melampau... dengan racun propoganda..
kalau tanya teman... Habis macamana?... Jawapan teman mudah... Nikahlah elok-elok PAS dengan UMNO... dalam politik tak ada talak bain. Orang bercerai pun boleh rujuk semula... baru kelamayo Anwar, dan lintang lereng Karpal dengan Guan Eng... teman nak nengok seboleh-bolehnya biorlah UMNO dengan PAS boleh bertepuk-tepuk ngekek pada PKR dan DAP pulak. Kalau itu terjadi maka teman dengan mike boleh ngekek sambil makan-makan mee rebus Yaakob [adik Mail rempah yang baring ditengah jalan depan Masjid Ubudiah hari itu]. Kerana tanah ini, Persekutuan Tanah Melayu aka Malaysia.
HzY
Kalau PAS nikah dengan umno memang PAS gali lubang kubor ler. umno yang akan menanamnya.
ReplyDeleteTak elok kalau pemuda bersih kahwin dengan perempuan zina, melainkan perempuan tu dah bertaubat. Masalahnya taubat tak ada dalam umno.
Mamamat,
ReplyDeleteIzinkan teman berkongsi-konsi sikit di dango mike.. tadi bila teman baru sampai dari Karai, teman bawak balik ikan lampam dan sekor ikan lawang.. jadilah. Baung ada, tapi sampai lambat dah dibeli orang. temoleh tak mandang. Lawang pun lawanglah.. lagi pun dah lama bebenor tak merasa lawang ni. Belimbing buluh teman ambik singgah kat Enggor belakang masjid Enggor yang kebetulah Pah Sedara teman yang masih ada tinggal disitu. `gemarker orang kelantan (bini teman) makan masak lemak belimbing?' tanya Pah teman. `makan juge' jawab teman.
Sesampai dirumah teman di Ipoh, anak teman bukan main seronok nengok ada barang makan yang teman bawak balik, bunkannya apa... kundasjer. Anak perempuan bongsu (hampir 3 tahun) teman menyanyi-nyanyi terhenti bila teman beritahu Abah beli kundas jer... cekelat tak ada?.. alahhh.. bernada hampa. bagi kanak-kanak `cekelat' sentiasa menjadi pemangkin keceriaan, halwa mulut, penyuntik kegembiraan.
bagi orang politik... berita politik, cerita sensasi politik sentiasa menjadi pemangkin kelesuan, merangsang jiwa dan fikiran. cerita politik menjadi Tongkat Ali yang menyegarkan, menjadi candu yang mengasyikkan. itulah cekelat mereka.
Biarlah.... , Dang Bini dah manggil, teman ingin menikmati, Nasi Panas beras siam campuran, Ikan Lawang tempoyak (sekor jer), pekasam Tasek Raban, Petola & terung belanda celur cicah belacan asam belimbing.. ada pulak asam binjai beri dek Pah teman... kecor lior. Yang lain tak teman pahajab. Menu tadi mewakili selera teman, anak kampung Kota Lama. Mungkin tidak menyelerakan anak-anak teman yang mewakili generasi KFC dan McDonald...
Jemput-jemputlah, sebagai adab kita orang Melayu... lupakanlah kejap, cekelat, dan candu yang kadang-kadang menggelisahkan kita. Kerana yang dituntut..... janganlah kamu mati melainkan dalam Islam.. tak gitu. Bukannya PAS, jauh sekali UMNO.. He He.
Alhamdulillah.
TumbukRusuk
Teman cuma nak tanya aja pada sedara tumbuk rusuk.kenapa orang melayu banyak jadi kuli orang cina kalau betoi malaysia ni tanah melayu.kalau mike ajak pas nikah dengan umno cara elok ate kome dah buat persiapan ke macam mana syarat hantarannya?kalau ikut rukun nikah aje tak boleh ler sebab kita ni orang melayu kena ikut ler sekali hukum adat.kalau semua syarat dah di persetujui baru ler boleh nikah buat keduri undang orang datang masa tu bukan setakat makan mee rebus kerbo pun kita tumbangkan.kalau setakat labun membela bangsa agama dan negara dah muak teman dengornya ni pun tengah nak termuntah di buat dek kome.
ReplyDeleteBuat En..
ReplyDeleteNgapa pulak gali lubang kubor... ngapa pulak PAS ditanam oleh UMNO? Prof Dr. Mahmood Zuhdi (Bekas Presiden BERJASA) punya cerita yang lebih reliable untuk memahami latarbelakang konflik hingga PAS menyingkirkan dirinya dari Barisan ketika itu. Kita harus menerima realiti kepelbagaian dalam parti masing2. Dalam UMNO ada yang totok dan radikal serta fanatik, begitu juga PAS. Soal-soal kekurangan dan kelemahan dan cabaran dan tentangan tentu akan ada sepanjang masa. Bagi teman PAS dan UMNO hanya alat, hanya kenderaan siasah. Yang penting siasah memelihara kepentingan Agama, bangsa dan tanahair itu lebih utama dan menjadi mauduknya.
Tapi saja jer nak jawab... cara labun tolo... Ate kalau PAS gali kubur, UMNO yang nanamnya... kira OKlah... sebab kalau UMNO tanam, tentulah dia sembayangkan dulu, talkinkan, lepastu buat kenduri arwah [kalau tak bidaahlah]. Takkan nak bagi Ustaz Nga dan Ngeh yang semayang, talkin dan buat doa tahlil.... tak tahulah pulak teman.
Buat Wak JP
Orang melayu banyak jadi kuli China,... memang betoi Melayu banyak jadi kuli terutamanya dalam sektor pekerjaan (ekonomi). Ini mungkin budaya niaga China lebih tua, lama dan berakar. Orang melayu lebih berjiwa hamba, jiwa mengikut, jiwa mendahulukan orang lain, ini jelas dlam sektor ekonomi dan pekerjaan. Oarang melayu bila bercakap dengan China dan India akan mudah terikut-ikut dengan dialek dan lenggok pertuturan mereka, tak kiralah PAS atau UMNO. Kini lebih parah dalam politiik kita telah mula menjadi kuli kepada rakan kita bangsa China. Kita duduk kerusi Tuan tapi semua orang tahu kita sebenarnya kuli mereka, sebab itu gamaknya Tuanku Sultan pun tak boleh tunggu lama-lama suruh Zamri jadi MB.... orang PAS tentu tak setuju.. tapi hakikatnya begitulah.
Ni citer nak bernikah semula, nikah jerlerr... usahlah dikira anak dara atau janda.. nabipun berkahwin dengan janda. Ada juga teman dengor dari orang berpengalama,... nikah dengan jandapun sedappp banyak kelebihannya. Dulu Pas dah Nikah dengan UMNO masa anak dara..sekarang nikah pulak dengan janda.. UMNO perempuan Zina?... begitulah UMNO dimata pria yang bernama PAS... busuk bebenor. Tapi jangan dilupa zina itu berdosa tapi masih dalam tabie.. kalau mermukah dengan homo lagi teruk, sekampung lenyap difana Tuhan. Tapi takpa, PAS ni orang-orang beriman, mampu mentarbiyah perempuan berdosa, muga menjadi muslimah solehah... lagi satu, kahwin dengan janda bukannya susah, tak ada wali nasab pun tak apa, boleh pakai wali hakim.. dulu susah sikit, Jamry Sury yang jaga,... sekarang dah senang,.. Sheikh Mohd Noor Mansor AlHafiz yang jaga... no hal punya. He he.
TumbukRusuk
Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak.Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis.siap dengan hukuman yang bakal diterima.
ReplyDeleteTok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai.dahlah paper dan tv pro UMNO-BN.susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.
Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya"Kami mahukan deris,natang".Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia.segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu.Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu.takkan pendam je kes yang berat macam tu.Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu.tok bagi tips sikit.cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan,tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis.Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan.MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.
Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008.Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A.Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu.Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS.Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan.Kecemerlangan merentasi parti politik.Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan.Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya.Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM.Nik Madihah jiga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan.Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan.Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran.Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI.Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa.Itulah persepsi ramai orang ketika ini.
Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSm nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset.Bukannya sedikit duit tu.Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.
Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat.Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat.bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya.asal kalah aje cakap pasal perpaduan.itulah umno.dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi.Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati.jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
pasai raja nazrin panggil semua adun pakatan tu najib dah buat silap paling bangang ni muahahahaha
ReplyDeletesbbnya masa tu blm ada kerajaan terbentuk. mestilah ken apanggil sbb raja nazrin nak thau memang pakatan benar2 kuat dan sepakat utk memerintah.
tapi bila ada 3 katak melompat cara panggil sorang2 tak boleh pakei dah. cara yg betoi kena buat undi tak percaya dlm sidang dun. itu yg disebut dlm perlembagaan perak dgn jelas.
awat najib nak nipu org perak ni? kalau dia nak tipu org pahang teman tak kesah pi mampuih le.
Kursus haji kali yang ke berapa.. dia seelok-eloknya 2 kali kursus, baru nak faham betoi... tapi itu sayalah.. mungkin mike jenis cepat faham sekali pun dah ok.. seronok rasanya kalau dapat buat haji...lagi..
ReplyDelete