Alhamdulillah, teman telah pulang ke dango setelah hampir empat hari berkelana mengurus rezeki. Kucing Parsi yang teman tinggaikan di dango telah diambik oleh tuannya Ude Kenang. Ayam itik jerit pekik riang ria menyambut kepulangan teman. Tiga hari deme cari makan sendiri. Berkerumun keliling teman nak makan. Abih sekilo gandum melayan ayam itik. Maklumler deme udah tertunggak tiga hari makan gandum.
Semalam teman dimaklumkan bahawa KJ menang jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan memperolehi 304 undi, Khir Toyo 254 undi dan Mukhriz 232undi. Lebih 60% perwakilan pemuda UMNO tidak mengundi KJ. Sebaik menang, KJ telah menggariskan tiga prinsip iaitu pemuda berani, pemuda berubah dan pemuda setiakawan. Hebat KJ ni.
Di dalam tulisan awal teman sebelum ni, teman meramalkan KJ akan menang. Tetapi setelah lembaga disiplin mengistiharkan KJ bersalah, teman menjangka Mukhriz pula yang akan menang. Takkan perwakilan mahu mengundi KJ. Takkan perwakilan mahu menambahkan masalah dalam UMNO. Tetapi jangkaan teman meleset. KJ tetap menang pertandingan tiga penjuru. Sebenarnya di hati kecil, teman bimbang Mukhriz yang akan menang. Kalo Mukhriz yang menang, UMNO akan dapat sedikit suntikan penguat semangat. UMNO mungkin boleh dipulihkan.
Teman merasakan bahawa kemenangan KJ hanya akan mempercepatkan lingkupnya UMNO. Pimpinan UMNO dibarisi oleh pemimpin yang bermasalah. Mampukah KJ memulakan kempen Bukit Gantang tanpa sokongan perwakilan utara yang majoritinya menyokong Mukhriz. Sukar.
Dan nasib UMNO akan semakin parah jikalau Muhyidin pula kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO. Teman berharap sangat agar Muhyidin kalah.
Cukupler dulu ..
No comments:
Post a Comment