Saturday, March 21, 2009

PAS, jangan terlalu yakin akan menang di Bukit Gantang

Ismail Safian telah diumumkan oleh Najib sebagai calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK Bukit Gantang. Ismail berumur 48 tahun. Ismail adalah lulusan HBP (Hantu Balik Pagi), USM. Kita telah dimaklumkan bahawa beliau pernah menjadi Setiausaha MDM dan Setiausaha MPKK sebelum dilantik sebagai Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara. Ismail berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Teman tak kenal dia. Tetapi berdasarkan sedikit biodata kerjayanya, jelaslah bahawa beliau adalah anggota PTD. Hanya anggota PTD sahaja yang boleh menjadi ADO atau setiausaha majlis kerajaan tempatan di Perak. Jawatan akhirnya ialah pengarah di pihak kerajaan yang mengawasi kerja-kerja Indah Water. Gred jawatannya mungkin M52 atau M54. Gaji dan elaunnya dalam lingkungan RM7k sebulan. Sebagai kakitangan kerajaan kumpulan profesional, beliau dilarang sama sekali melibatkan diri secara aktif memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik di Malaysia. Tetapi Ismail telah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang dalam tahun 1984. Beliau juga dikatakan pernah bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang ketika masih berkhidmat dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Maknanya Ismail telah melanggar dengan sengaja peraturan perkhidmatan atau akujanjinya.

Untuk membolehkan Ismail bertanding dalam PRK ini, beliau terpaksa meletak jawatan terlebih dahulu. Umur 48 tahun tidak melayakkan beliau menerima faedah-faedah persaraan kerajaan. Beliau tidak lagi menikmati pendapatan RM7k sebulan. Ismail tidak akan mudah meletakkan jawatan dalam kerajaan jikalau tidak ada jaminan imbuhan lain yang menantinya. Mesti ada jaminan kewangan yang lumayan jikalau beliau kalah dalam PRK ini. Kalau menang lagi banyakler.

Amalan double standard oleh UMNO terhadap penjawat awam tidak mengejutkan kerana ianya masih bertepatan dengan slogan UMNO iaitu UMNO Boleh. UMNO berada di atas undang-undang. Undang-undang tertakluk dengan UMNO. Raja-raja Melayupun tunduk melutut apabila berhadapan dengan UMNO. Jikalau rajapun telah terpaksa akur dengan UMNO, siapalah kita sebagai rakyat kerdil di bumi Malaysia ini. Kerana itu kita tidak hairan apabila mendengar ada di kalangan penjawat-penjawat awam yang menyokong PR secara terbuka telah dikenakan tindakan tatatertib ditukar 24 jam, diberi surat tunjuk sebab atau diberhentikan kerja. Cuma apa yang dikesalkan ialah ada pemimpin-pemimpin utama PR yang langsung tidak mempedulikan nasib penjawat-penjawat awam yang telah hidup susah kerana PR. Kepada pimpinan PR, tepuk dada tanya selera.

Namun begitu hanya rakyat sahaja yang boleh menentukan masa depan negara ini. Masa depan UMNO ditentukan oleh rakyat. Institusi istana hanya boleh disanjung dan dimartabatkan semula apabila UMNO tidak lagi memerintah negara ini. Rakyat sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman kepada UMNO. Perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada kelihatan begitu sukar untuk menghukum UMNO. Perlembagaan negara mesti menurut kehendak dan keputusan UMNO. Tindakan dan helah UMNO mesti dilindungi walau dengan apa cara sekalipun.SPRM tidak mencari salah UMNO. SPRM mencari helah untuk menghalalkan tindakan UMNO.

PRK Bukit Gantang adalah kesinambungan PRU 12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu. UMNO semakin lesu dan amat mengharapkan kejayaan di Bukit Gantang. Kejayaan di Bukit Gantang merupakan dos keyakinan bahawa UMNO itu masih diperlukan oleh Melayu. PR pernah menang di Bukit Gantang. Najib melalui UMNO akan berhabis-habisan dengan apa bentuk cara sekalipun untuk memastikan UMNO akan menang di Bukit Gantang. Idea Machiavelli akan digunapakai sepenuhnya oleh UMNO di Bukit Gantang.

Kepada petugas PR, jangan leka. Jangan terlalu yakin yang kemenangan bersama kita.



4 comments:

  1. correction....
    MPM - Majlis Perbandaran Manjung bukan MDM - Majlis Daerah Manjung

    Malaun tu bukan PTD...mana2 SU Majlis Perbandaran or Majlis Daerah bukan terdiri dari Pegawai Tadbir Diplomatik...hanya Yang DiPertua sahaja yg biasanya Dari kalangan Pegawai Tadbir Diplomatik...

    So....yg pastinya jawatannya bukan dari kategori M

    Harap maklum.....

    ReplyDelete
  2. Barangkali jawatannya sama dengan jawatan Mat Deris Pi Mai Pi Mai Tang Tu kot..!

    ReplyDelete
  3. Betul tu, jangan sesekali leka dan syok sendiri.

    ReplyDelete
  4. Salam Mamamat,
    Nasihat yang amat-amat-amat berguna.
    Sila ambil perhatian betul-betul.

    ReplyDelete