Monday, March 2, 2009

Biarkan PR terjun dengan labu-labunya .. biarkan ..

Salam bahagia khusus buat negeriku Perak Darul Ridzuan.

Aku, aku lahir di negeri ini. Membesar dan dewasa di sini. Dan aku masih di sini. Di negeri yang indah permai . Di negeri yang sentiasa dinaungi dan diberkati oleh Allah s.w.t. Di negeri yang diamanahkan penjagaannya kepada tuanku sultan sebagai payung negeri. Alhamdulillah kerana aku mulai faham akan titah tuanku, “Allah bersama orang-orang yang sabar”. PR sedang menuai hasil kesabaran itu.

Esok hari Selasa. Esok tanggal 3 Mac 2009. Esok ada Sidang Tergempar DUN Perak. Esok ada dua usul yang akan dibahas dan diundi. Esok akan diumumkan keputusannya. Esok PR menunggu dengan sabar sambil berdoa semoga Allah mengizinkan persidangan ini. Esok adalah tarikh baru Perak Merdeka. Esok akan menjadi perayaan gilang gemilang PR seluruh Negara. Perayaan penuh kesyukuran ke hadrat Illahi.

Tetapi pelik bercampur hairan. UMNO tidak gembira. Tindak tanduk UMNO amat menakutkan PR pada hari ini. Kenapa UMNO terlalu dengki mengganggu kegembiraan PR? Tidak bolehkah UMNO memandang sinis akan apa yang PR lakukan esok. Biarkan PR terjun dengan labu-labunya. Biarkan .. biarkan ..

Bukankah sebelum ini UMNO telah menang bergaya merampas negeri. Bukankah UMNO telah mengikut semua perlembagaan negeri dan negara? Bukankah UMNO telah ada MB Di Pulau . Bukankah kediaman MB Perak telah dikosongkan. Apa masalahnya, masuklah. Biarkan MB Nizar ke hulu ke hilir dengan AGS 10. Hantar bil, minta MB Nizar bayar harga Camry tersebut. Susahkah?

MB Di Pulau sendiri kata speaker tiada kuasa. Exco enam jahanampun kata speaker telah langgar peraturan dewan. Exco Di Pulau telah hantar usul mengadu akan perilaku speaker. TPM Najib kata persidangan tidak sah kerana mahkamah belum buat keputusan akan siapa MB Perak yang sebenar? MB Nizar atau MB Di Pulau? Penasihat Undang-Undang (LA) kata persidangan ini tidak sah. Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antung dengan tegas memberitahu media bahawa sidang ini memerlukan perkenan tuanku sultan dahulu. Tiga minggu lalu PM Lah mencadangkan supaya MB Di Pulau menyaman speaker dan MB Nizar. Ringkasnya, UMNO cukup yakin dan amat yakin bahawa apa yang PR sedang buat dan akan buat esok adalah melanggar peraturan negeri. PR melanggar perlembagaan negara. PR tidak bertamadun. PR boleh didakwa dan dihukum penjara.

Apa masalahnya? Biarkan PR dengan angan-angannya. Biarkan PR menyalak meraung. Biarkan PR melanggar dan terus melanggar undang-undang. Biar rakyat faham dan yakin bahawa PR memang tidak berguna barang seduitpun. Bukankah mudah nanti untuk UMNO membuktikan bahawa PR memang penjenayah rakyat yang berselindung di sebalik lebai ketayap. Bukankah pembuktian PR telah melanggar perlembagaan boleh dijadikan bahan kempen yang berkesan di Bukit Gantang?

Tetapi UMNO pula yang takut terketar terkencing. Entah apa penyakit yang menyerang UMNO. Ini mesti penyakit buatan orang. Semalam beria-ia angkuh sombong bahawa sidang esok tidak akan mengubah pemerintahan UMNO di Perak. Adakah menjadi satu kesalahan kepada UMNO jikalau persidangan ini diteruskan tanpa halangan? Lihatlah, hari ini dan waktu ini polis sedang berkampung di luar bangunan SUK Ipoh. Notis tanpa nama dan tandatangan melarang orang ramai memasuki bangunan SUK telah ditampal dan disebar. Adakah sah notis tanpa nama dan tandatangan. Maknanya kuasa notis ini lebih hebat dan lebih veto daripada peruntukan kuasa kepada tuanku sultan. Tidak bolehkah diistiharkan derhaka kepada mereka yang membuat, mengedar dan menampal notis tersebut?

Macam mana aku nak percaya pada UMNO? Jikalau UMNO biarkan PR bersidang dan keputusan sidang ini akan menambahkan dos kekuatan UMNO, aku akan undi UMNO. Tetapi UMNO sendiri yang menghalang peluang untuk aku dan rakyat melihat dengan mata kepala sendiri akan kebodohan PR. Bodohnya UMNO melindungi kebodohan musuhnya PR. Ataupun UMNO terlalu baik sehingga tidak sampai hati mendedahkan kebodohan lagi dungu akan musuhnya PR? Tolonglah .. tolonglah jangan nampakkan kebodohan UMNO pada aku.

Terima kasih UMNO.

3 comments:

  1. yang kau bodoh pi sokong umno saper suruh??? dah tahu umno kelentong ko nak sokong jugek...apapun, not bad! kata2 yang menarik! 6 markah!

    ReplyDelete
  2. Aku faham apa yang dimaksudkan Mamamat, dia sokong PR lah...Orang(UMNO)kalau dah takut(kerana salah) pasti akan bertindak.

    Kalau benar (PR tak ikut perlembagaan) biarlah PR buat baru bolah buat modal kata Mamamat. Tapi benda nie dah sah (ikut perlembagaan) tu yang UMNO/BN melalak. Hantar Polis berkawal depan SUK, kalau-kalau sidang berjaya dibuat. Tumbang kerajaan kudeta nie...ada bran?

    ReplyDelete
  3. Salam Mamamat,
    Semoga Perak dan seluruh rakyatnya berada dalam selamat dan sejahtera.

    ReplyDelete