Tuesday, March 31, 2009

Takkan UMNO jadi anarkis?

Ketika teman menjenguk blog kawan teman si Ude Kenang, teman jumpa citer anarkisme ..

http://wearetheworld2009.blogspot.com/

Bendera warna merah hitam adalah bendera yang begitu sinonim dengan fahaman Anarkisme. Bendera Anarkisme telah turut dikibarkan bersama bendera BN oleh penyokong UMNO pada hari penamaan calon PRK P059 Bukit Gantang. Anarkisme bermaksud satu amalan fahaman yang tidak berasaskan kepada undang-undang yang telah sedia ada. Kumpulan ini akan menimbulkan kekacauan dan akan memaksa sesiapa sahaja supaya menurut segala kemahuannya. Kumpulan Anarkisme hanya akan menguatkuasakan undang-undang yang mendatangkan keuntungan kepadanya. Dan undang-undang ini akan berubah sekelip mata mengikut kesesuaian semasa.

Takkanler UMNO terlupa macam mana rupa bendera pengikut anarkisme. Agaknya masa hantar tempahan, minta disediakan bendera merah putih. Tapi bila bukak kotak, yang kuar adalah bendera merah hitam. Takker haru jadinyer ... Teman mohon penjelasan sejelasnya tentang bendera ini daripada pihak UMNO. Mohon UMNO beri penjelasan ..


Monday, March 30, 2009

O-RAHMA-N : Realiti atau Fantasi?

Dua tiga hari lagi PM Lah akan mengadap YDA memohon sembah meletakkan jawatan sebagai PM. PM Lah menjanjikan pada hari Khamis, 2 April 2009 sebagai tarikh mengadap YDA. Secara umumnya TPM beliau akan menjadi PM baru. PM baru atas kapasiti sebagai Presiden UMNO yang baru. Tetapi adakah semudah itu Najib menjadi PM Malaysia?

PM Lah belum menunjukkan secara jelas siapa pengganti beliau. Beliau hanya mahu mengadap YDA berkaitan jawatan PM. Bagaimana jikalau YDA meminta PM Lah terus menjadi PM sehingga PRU 13? Sekiranya ini yang dikehendaki oleh YDA dan PM Lah setuju, sudah tentu PM Lah akan mencadangkan rombakan kabinet baru tanpa kelibat Najib. Adanya Najib dalam kabinet baru hanya akan menambahsusahkan urus tadbir kerajaan perpaduan pimpinannya. PM Lah hanya perlu mendapatkan sokongan daripada sekurang-kurangnya 112 AP di parlimen. Semua AP kena setuju. Jikalau ada AP yang tidak setuju, AP tersebut dianggap telah derhaka kepada YDA sebagaimana MB Nizar dikatakan oleh UMNO telah derhaka kepada Sultan Perak. PM Lah kekal PM dengan dibantu oleh TPM baru, DSAI.

Seandainya YDA menerima perletakan jawatan memandanya PM Lah, Najib belum tentu menjadi PM. Mungkin YDA ada cadangan lain. Agak keterlaluan jikalau YDA menobatkan DSAI sebagai PM baru. Jika ini yang berlaku, DSAI akan dianggap merampas kuasa. Takkan DSAI mahu dianggap sebagai perampas kuasa? Kalau bukan DSAI di angkat sebagai PM, siapa lagi?

Siapa AP bukan PR yang bersungguh-sungguh menyokong kerajaan perpaduan? Siapa AP yang menempelak rampasan kuasa Najib di Perak? Siapa AP yang masih menyerang peribadi Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO? AP mana yang meminta Najib mencabar tuduhan akhbar Perancis yang mengatakan Najib sebagai bersubahat membunuh Altantuya? Siapa AP yang menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO? AP ini akhirnya merendah diri yang gurkha UMNO sememangnya tidak layak menjadi presiden UMNO. Adakah tidak layak menjadi presiden UMNO membawa maksud tidak layak menjadi PM Malaysia?

Siapa lagi kalau bukan bakal YABM Kuli. Arwah bapa Najib, Allahyarham Tun Razak telah menasihatkan Allahyarham Tun Hussein lantiklah Kuli sebagai TPM. Tun Hussein pula terlupa akan nasihat ini. Sebelum berundur, Tun Hussein memanjangkan nasihat agar Tun Dr. Mahathir melantik Kuli sebagai TPMnya. Nasihat ini telah menjadi wasiat. Wasiat adalah satu amanah. Kuli bukan merampas kuasa. Kuli hanya berusaha memenuhi wasiat pimpinan terdahulu. Wasiat bapa Najib. Apakah Najib sanggup melanggar wasiat bapanya yang belum tertunai? Tanggungjawab anak yang baik ialah memenuhi wasiat bapa.

Timbul persoalan, mustahil Najib sanggup menerima gurkha UMNO sebagai PM. Mustahil Najib mahu menerima hakikat bahawa presiden UMNO tidak berkuasa di Malaysia. Mustahil Kuli mahu melantik Najib sebagai TPM sebelum Najib diheret ke mahkamah membersihkan dirinya daripada gangguan ‘hantu’ Altantuya. Apabila Najib telah bersih sebersih-bersihnya, barulah Kuli akan menyerahkan jawatan PM kepada Najib. Di samping berusaha memenuhi wasiat tertunggak , Kuli menjadi PM demi menyelamatkan maruah dan ekonomi negara yang begitu buruk angkara tuduhan terlampau ke atas Najib.

Jikalau bukan Najib sebagai TPM, siapa pula? Mungkin DSAI akan dilantik sebagai TPM. Kuli menjadi PM bukan atas kapasiti UMNO. Kuli menjadi PM untuk semua rakyat. Kabinet Kuli adalah kabinet perpaduan. Ada menteri UMNO, ada menteri PAS, ada menteri PKR, DAP dan AP-AP dari Sabah dan Sarawak. Semua AP akan menumpu tanggungjawab mereka kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kuli akan bersara daripada dunia politik menjelang PRU 13 setelah berjaya membentuk satu lanskap politik baru untuk Malaysia.

Saya masih berpegang pada andaian awal saya iaitu O dan N tidak akan menjadi PM walaupun tokohnya mampu menjadi presiden UMNO. Apakah O-RAHMA-N akan menjadi kenyataan?

Ahhh, teman ngigo ghupernye…



Jika mahu jadi imam saya boleh jadi imam, jika nak tafsir saya boleh tafsir - Dr. Zambry

Sumber :

http://kamparinn.blogspot.com/

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam impot, Hj Jama'iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato' Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.
Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, "jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir". Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan "ajaib" tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.



Sunday, March 29, 2009

Osman Jailu tak sokong calon UMNO

Isk .. iskk. Mana peginya Osman Jailu? UMNO kata Osman ni wakil rakyat Changkat Jering yang menyokong UMNO. Tapi pada hari raya hari yang meriah ni, hari di mana UMNO nak buktikan bahawa UMNO masih di hati Melayu, Osman tak nampakpun batang tubuhnya di Taiping. Udah tak bergunakah Osman pada UMNO? Atau UMNO tak berhajatpun pada pengundi yang mengundi Osman pada 8 Mac 2008 lalu. Kesian aku kat hang Osman. Duit banyak, tapi hidup tak keruan. Lebih baik mati dari hidup. Hiduppun udah diumpamakan seperti bangkai bernyawa. Busuk lagi membusukkan.

Sepatutnya hari ini hang mengiringi calon UMNO yang hang sokong itu. Janganlah bagi nampak yang hang tak sokong calon UMNO. Sepatutnya hari ini hang menjadi selebriti yang menjadi pujaan hati wanita dan puteri UMNO. Hang akan dinobatkan sebagai seorang tokoh Melayu Taiping yang sanggup meninggalkan rumah kampung demi Casuarina. Maklumlah rumah kampung udaranya bersih nyaman dengan panorama alam kehijauan, sedangkan Casuarina tingkat lapan udaranya dingin beku merah keputihan. Betulkah hang mengurung diri berbulan-bulan di Casuarina bersama sahabat hang si Jamal dan Yit Phong? Isk .. isk .. sian aku kat hang. Elok-elok bebas kemana sahaja, tetiba mengurung diri pulak. Hang buang tebiat ka?

Hang akan kembali ke kampung setelah semuanya selesai. Tak lama lagi. Paling lewatpun pada 25 Mei 2009. Itu paling lewat. Mungkin lebih awal lagi hang boleh pulang ke rumah untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Aku tahu masa itu hang tak lagi kaya. Hang udah kayap. Takkan hang tak tahu, duit rasuah tak boleh simpan lama. Duit panas. Hang tak sempat merasa pencen YB sebab tak cukup 36 bulan jadi YB. Nasib baik hang ada pencen askar. Masih boleh beli kekudap di pekan sehari Changkat Jering. Hang masih boleh minum semeja dengan AP baru Bukit Gantang. AP yang pernah jadi ketua hang.

Hang tahu Osman, Najib yang sorok hang udah tak peduli kat hang. Nasib diapun belum tentu lagi. Jadi presiden UMNO tapi tak tentu jadi PM lagi. Hang tak tahu? Apa yang hang tahu?

Haa .. hang tak kenai aku?



Kamarul Amizu menyewa rumah di Parit

Kamarul Amizu bin Idris tiba-tiba muncul sebagai calon bebas. Beliau dikatakan berasal daripada Taiping. Beliau menyewa sebuah rumah di Kg. Selboh, Parit. Sering dilihat berkereta perdana hitam di pekan Parit, tetapi tidak diketahui pekerjaan sebenar beliau. Ada yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang guru silat. Tetapi tidak ada gelanggang silat yang dibukanya di Parit. Beliau juga bukan peniaga di pekan Parit.

Mungkin penduduk di Kg. Selboh, Parit ada makluman terkini tentang calon bebas yang menggunakan lambang payung dalam PRK P059 Bukit Gantang.