Pagi semalam 1 Mei 2009, teman ke Kolumpo. Sepanjang perjalanan melalui highway, kenderaan bertali arus ke utara. Maklumler cuti tiga hari. Kenduri kawinpun banyak masa ni. Teman pulak melawan arus masuk ke KL waktu ni. Nak menziarahi ahli keluarga bini teman yang sedang sakit. Perjalanan lancar. Cuma lebih kurang 2km menuju ke simpang Behrang udah mula sangkut. Teman tengak jam 9.45 pagi. Walaupun jalan ade tiga lorong, mengesot juge yeop. Mungkin ade kemalangan di depan. Mungkin ade treller melintang. Takkanler polis buat sekatan hingga menyusahkan pengguna. 10.08 pagi baru teman lepaih. Loo .., sekatan polis rupanye. Jalan tiga lorong dijadikan satu lorong. Kalo iyepun nak buat sekatan, buatler. Tapi janganler jalan tiga lorong dijadikan satu lorong. Tak bolehker buat dua lorong dengan mengosongkan lorong tengah. Ini macam buat sekatan di jalan-jalan biase jer. Kate cekap dan tepat. Tapi dalam bab ini takkanler pegawainye tak boleh pikio. Kalo nak buat juge sekatan camni di highway, kena tambahkanler anggota. Tapi teman tengak anggota yang adepun udah ramai.
Pukui 11 pagi teman udah sampai ke Tol Jalan Duta. Di sebelah kanan masih banyak kenderaan yang nak keluar dari KL. Bersesak dan berbaris di plaza tol. Alhamdulillah teman tak duduk KL. Aman damai teman di kampung. Tapi kalo rezeki udah kat KL, mahu tak mahu kena dudukler di KL.
Lokasi pertama ke Bangsar. Kemudian teruih ke Puchong. Biras teman baru lepaih operate. Semayang Jumaat di Puchong Perdana. Ramai bebenor jemaah di Masjid Puchong Perdana. Teman ingatkan bila udah ramai balik kampung, takler sesak masjid di KL ni. Parkingpun berlapis tiga. Berjalanler dekat satu km. Kalo dekat kampung, teman boleh park keter depan anak tangga masjid.
Pukui tiga petang, teman sekeluarga beransur ke Kg. Baru. Pak sedare bini teman sakit. Kali terakhir teman bersembang dengannye ialah semase menghadiri kenduri kawin anak Dr. Lo’ Lo’ beberapa bulan yang lalu. Susut bebenor udah badan dia. Tak larat bangkit. Terbaring jer. Umur 86 tahun. Sukar bebenor dia nak mengingat nama sedare mara dia yang datang. Bahkan cucu betui diapun, dia tak berapa nak ingat.
Pukui 6 petang, teman beransur keluar dari KL. Singgah di Jejantas Sg Buluh, kemudian singgah di Tapah. Nak parkingpun payah. Malam2pun masih ramai yang nak balik ke utara. Dekat pukui 11 malam baru sampai rumah. Lena yeop. Bangun subuhpun jam yang tolong kejut. Biasenye teman yang kejutkan jam bagi bunyi.
Cecadang pagi Sabtu ni nak ke Bagan Datoh. Adik blogger Ummi Anni kawin. Tapi tak boleh pergi. Sekadar ucapan selamat pengantin baru jer. Pukui tujuh tadi teman dimaklumkan bahawa anak pak sedare bini teman yang sakit tu telah meninggal dunia subuh tadi. Sakit jantung. Allahhuakbar. Pak yang sakit, tetiba anak yang meninggal dunia. Innalillah hiwaina hirrojiun.
Teman nak ke KL lagi.
Mamamat...
ReplyDeleteTeman ucapkan takziah.. hati-hati di jalanraya... bab kenduri rumah Ummi teman tolong makan hak mike punya... boleh..
Mamamat..
ReplyDeleteTeman ucapkan takziah..terus ler berjuang di tanah air yang hangat memanjang..dengan senario politik memualkan dari kerajaan BN yang jijik dengan konspirasi. Semoga dapat mencipta tsunami kedua dan meletakkan parti karat ini ke dalam muzium...amin.
Salam semua
ReplyDeleteMM .. mike bungkuih bawak balik. Boleh makan di rumah.
BP .. muziumpun jadi karat kalo taruh UMNO duk dalamnya.