Monday, May 4, 2009

Politik bola ..

Teman ni memang suke tengak bola. Masa bujang, boleh dikate tetiap petang teman ade di padang bola. Teman ni bukannye gheti sangat main bola, tendang penaltipun tak tentu gol. Mase sekolah rendah teman jadi keeper. Nyemedang jer senak kene telor. Tapi tetap main. Sekolah menengah lagiler ligat. Main bola dan main hoki. Hoki jadi midfield. Meraseler telor kena bola hoki. Tiga hari nanggung senak. Cikgu dan kengkawan kate boleh mandui. Lepaih tu teman takler main bola beria2 macam selalu. Alhamdulillah bila kawin, udah lima anak. Itu baru satu ibu. Lega, tak mandui.

Abih tingkat enam teman jadi pengadil bola. Pengadil bola kelas C. Selaluler sekolah di sekitar kuale manggil teman jadi pengadil. Dapatler RM15 kongsi tiga orang setiap kali jadi pengadil. Pada tahun 80an, RM5 tu banyak oii. Minyak kapcai C70 penuh tangki baru RM3. Bakinye boleh pekene sate di stesen keretapi Kuale. Syoknye kenangan lampau ..

Petang tadi sementara nunggu anak balik sekolah, teman minum2 dan sembang2 dengan geng2 yang udah pencen bola. Bukan citer bola yang kuar, tapi citer politik Perak yang dibolakan. Pelbagai watak dan pemain yang terlibat dalam politik bola di Perak telah berjaya diolah.

Istana

Istana bertindak sebagai tuan rumah, penganjur dan pengadil yang mengadili perlawanan bola antara PR dan UMNO. PR adalah pasukan tuan rumah. Istana telah memilih MB Nizar sebagai ketua pasukannya. Sebelum perlawanan, istana telah menetapkan peraturan pertandingan. Pemain2 PR tidak boleh meninggalkan pasukan selagi kontrak belum tamat. Kontrak setiap pemain hanya akan tamat pada PRU13. Sekiranya ada pemain yang ingin meninggalkan pasukan lebih awal, kontraknya akan terbatal serta merta. Ini kerana pemain PR tidak boleh mewakili pasukan lawan di dalam kejohanan yang sama. Peraturan sedemikian tidak pula terpakai pada pemain UMNO.

Setelah kata putus tentang tempoh masa, gelanggang dan penonton memuaskan semua pihak, maka berlangsunglah perlawanan bola yang begitu hebat antara PR dan UMNO. Perlawanan ini diadili oleh pihak istana.

MB Nizar

MB Nizar dilantik oleh tuan rumah dan penganjur sebagai ketua pasukan PR. MB Nizar dibenarkan memilih 10 pemain utama. Oleh kerana tidak ada pengurus dan jurulatih yang berkaliber, maka MB Nizar terpaksa memangku jawatan pengurus dan jurulatih. MB Nizar juga merupakan pemain di semua posisi. MB Nizarlah penyerang, MB Nizarlah juga penjaga gol.

MB DPulau

MB DPulau merupakan ketua pasukan UMNO yang baru menggantikan MB Mantan setelah MB Mantan mengalami kecederaan sehingga menjadi pemain simpanan sepenuh masa. Pasukan MB DPulau telah mendapat tajaan daripada Satu Malaysia. Satu Malaysia telah berjumpa dengan pengadil di tengah padang ketika perlawanan sedang berlangsung. Sebaik sahaja Satu Malaysia melangkah melintasi garisan tepi padang, tetiba pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada UMNO ke atas kesalahan yang dilakukan oleh UMNO. Pada waktu yang sama juga tetiba penganjur merombak pasukan dan peraturan pertandingan. Terkejut majoriti penonton yang sedang menyaksikan perlawanan tersebut. MB Nizar telah memohon perkenan pengadil supaya menghentikan perlawanan, tetapi pengadil tetap meneruskan perlawanan.

Speaker DUN

Speaker mengetuai juri rayuan yang mewakili pasukan PR. Ketika perlawanan masih berlangsung, speaker telah memaklumkan akan peraturan perlawanan yang telah dilanggar oleh UMNO dan penganjur. Speaker berusaha meyakinkan mahkamah di Ipoh dan di KL bahawa UMNO telah melanggar peraturan perlawanan secara jelas. UMNO telah menggangu keputusan pengadil. Sehingga ke hari ini, speaker masih memohon perkenan pengadil dan penganjur agar perlawanan ini ditangguhkan dahulu. Speaker amat bimbang jikalau ada penonton yang merusuh masuk ke padang. Speaker amat mengambil berat akan keselamatan pengadil, pemain dan penonton perlawanan ini.

Mahkamah

Mahkamah adalah juri rayuan bagi pihak UMNO. Oleh kerana mahkamah merupakan juri rayuan bagi pihak UMNO, sudah tentulah keputusannya akan cuba menyebelahi UMNO. Cuma apa yang menjadi kesulitan kepada mahkamah ialah alasan untuk menghalalkan tindakan UMNO. Lebih perit lagi ialah mencari alasan untuk menolak hujah berfakta speaker yang mewakili juri rayuan PR.

Penonton

Penonton ialah pengundi yang telah membuat keputusan dalam PRU 12 yang lalu. Majoriti penonton telah memberi kepercayaan kepada PR. Segala gaji dan elaun bahkan keuntungan yang diterima oleh penganjur, pengadil, pemain dan juri2 rayuan adalah ehsan rela melalui bayaran tiket oleh penonton untuk menyaksikan perlawanan ini. Tetapi penonton merasakan bahawa mereka telah ditipu oleh UMNO, penganjur dan pengadil.

Penonton masih berharap agar pengadil dan penganjur segera menghentikan perlawanan yang sedang berlangsung ini. Harapan ini telah diterjemahkan apabila majoriti pengundi yang menolak UMNO semakin bertambah dalam PRK Bukit Gantang.

Kekadang penonton terfikir, apa lagi yang diharapkan oleh penganjur dan pengadil dalam perlawanan ini? Adakah pengadil sedang membantu PR menghukum UMNO seperti pepatah tradisi, “pukul anak sindir menantu?”



2 comments:

  1. Salam...
    Satu ibu 5 anak....tambah lagi 3 ibu jadi 15 ... campor 5 ...20... oii banyak tu... kalau 3/4 nya lelaki boleh satu team bola....c/w pemain simpanan...

    ReplyDelete
  2. Cantik sungguh kiasan keadaan kecelaruan realiti yang berlaku sekarang.

    Biarpun pengadil memberi keputusan UMNO memenangi nanti, apakah 'piala' yang dijulang itu ber-prestige iaitu wadah, mandat dan restu rakyat untuk bergandingan meniti hidup yang mendatang.

    ReplyDelete