Monday, May 11, 2009

Esok DUN Perak dibubarkan?

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya malam ini pendokong dan penyokong PR masih boleh gembira. Gembira kerana MB Nizar masih sah sebagai MB Perak. Tetapi esok belum tentu kegembiraan ini akan berlanjutan. Difahamkan yang Tuanku Raja Muda telah perkenan untuk menerima mengadap MB Nizar pada jam 8.30 pagi esok. Baginda mewakili Ayahandanya yang sedang berada di Amerika Syarikat. Sudah tentu Baginda telah memaklumkan akan keputusan mahkamah kepada Paduka Ayahandanya. Tidak mungkin tanpa perkenan Paduka Ayahanda, Tuanku Raja Muda akan memperkenankan pertemuan dengan MB Nizar.

Saya mula merasakan bahawa DUN Perak akan dibubarkan setelah MB Nizar mengadap Tuanku Raja Muda. Inilah peluang terbaik untuk istana memulihkankan kembali rasa kagum dan hormat rakyat kepada institusi istana. Pada waktu yang sama juga akan menjernihkan kembali tuduhan melampau UMNO yang kononnya PR menderhaka kepada Tuanku Sultan Perak. Mungkin esok saya akan berselera makan tengah hari setelah mendengar berita yang DUN Perak telah dibubarkan.

Tetapi jikalau sehingga tengah hari berita pembubaran DUN tidak dirasmikan, maka mengertilah rakyat bahawa DUN Perak tidak akan dibubarkan sehinggalah PRU 13. Pelbagai alasan untuk menolak boleh diberi. Tuanku Sultan sedang berada di Amerika Syarikat. Oleh itu pembubaran DUN ditangguhkan sehingga Baginda telah berangkat pulang ke Tanah Air. Dalam tempoh penangguhan ini, Speaker MIC akan memanggil Sidang DUN Tergempar. Kepada PR, Speaker MIC itu adalah speaker haram. Tetapi kepada UMNO, Speaker MIC itulah penyelamat mereka sekiranya DUN Perak tidak dibubarkan esok. Mahkamah dengan jelas telah menyatakan bahawa MB Nizar adalah MB Perak yang sah kerana belum ada usul undi tidak percaya kepadanya. Bermakna hanya Sidang DUN sahaja yang boleh memecat MB Nizar daripada jawatan MBnya.

Malam ini dan mungkin ketika ini sedang berlangsung Mesyuarat Exco Perak yang dipengerusikan oleh MB Nizar untuk membatalkan mana-mana keputusan MB DPulau yang menyimpang jauh daripada manifesto PR. Mungkin pemegang jawatan-jawatan politik tajaan UMNO dikehendaki memulangkan kembali elaun yang mereka telah terima dalam tempoh tiga bulan ini. Pada waktu yang sama juga elaun ketua-ketua kampung PR yang tertunggak akan dibayar sepenuhnya. Jikalau ada yang tidak puas hati, mereka boleh merujuk kesnya di mahkamah.

Saya tidak pasti di mana lokasi Mesyuarat Exco pada ketika ini. Sepatutnya mereka boleh terus memasuki pejabat mereka di bangunan SUK kerana mahkamah yang sama juga telah mengarahkan agar MB DPulau bersama enam exconya meninggalkan bangunan SUK serta merta.

Saya juga tidak pasti dimana MB DPulau sedang berada ketika ini. Mungkin MB DPulau telah mengosongkan Kediaman Rasmi MB Perak dengan berkampung di Bangunan UMNO yang bersebelahan dengan Hotel Casuarina yang tidak berapa jauh daripada kediaman MB. Pedulikan di mana MB DPulau sedang merencana sesuatu pada malam ini. Kita hanya akan memikirkan semula perihal MB DPulau setelah DUN Perak di bubar atau tidak dibubarkan selepas MB Nizar mengadap Tuanku Raja Muda pada pagi esok.

Semoga Allah memudahkan urusan MB Nizar dan kerajaan PR. Amin

3 comments:

  1. Biarkan lanun dari pulau pangkor itu terjun dengan exco-exconya! Biarkan! Biarkan!!!!

    ReplyDelete
  2. sedih aku nengok ade gak mb haram perak yg kejam pd rakyat perak..dah la pelantikan nya tak sah,lg mau kasi susah suruh mahkamah tgguh lak...apa punya manusia dia ni...dengki,busuk hati mcm bangkai la kau ni zambri kutti...taik palat la kau ni...

    ReplyDelete