Akhirnya UMNO mengalah dengan tidak mempertaruhkan 'kemaluannya' di Penanti. Pelbagai sebab dan musabab digunakan untuk menunjukkan bahawa UMNO lebih sayangkan rakyat. UMNO tidak mahu mempermainkan nasib rakyat. UMNO tidak mahu masuk dalam perangkap PR. Tetapi benarkah UMNO sedang berubah? UMNO sebenarnya sayangkan rakyat setakat bibir sahaja. Jauh di sudut hati UMNO, rakyat hanyalah batu loncatan untuk mencapai cicita kemewahan hasil penyelewengan pemimpin UMNO terhadap khazanah negara.
Sejak bila UMNO mahu berjimat cermat? Sejak bila UMNO takut kalah? Sejak bila UMNO lebih mementingkan agenda pemulihan ekonomi negara? Sejak bila UMNO mengutamakan rakyat? Bukankah pimpinan UMNO tempatan akan menikmati durian runtuh setiap kali ada PRU atau PRK? Hebat dan syabas kepada Satu Malaysia kerana sanggup berubah. Berubah untuk menyelamatkan diri. Berubah untuk mengelak diri daripada mendapat malu yang lebih besar lagi. Pedulikan kepada nasib pemimpin UMNO tempatan yang hilang rezeki terpijak. Janji Satu Malaysia dapat diselamatkan.
Sekiranya UMNO bertanding dalam PRK Penanti, bukan calon UMNO itu yang akan dimalukan oleh PR. Sebaliknya peribadi diri Satu Malaysia yang akan ditelanjangkan. Isu Altantuya dan yang berkaitan dengannya akan terus hangat di pasaran. Sharibu bapa Altantuya dikatakan akan berkampung di Penanti. Kehadiran Sharibu walaupun sekadar mundar mandir di Penanti akan tetap berjaya menggamit perhatian media dunia. Satu Malaysia sedar bahawa Penanti sedang menantinya. Oleh itu lebih baik biarkan PR menang cara betina. Sekiranya PR dicabar oleh calon bebas, lebih baik UMNO dalam diam merencanakan sesuatu agar peratus keluar mengundi kurang 50%.
Kemelut UMNO di Penanti memperlihatkan hubungkaitnya dengan Perak. Jikalau di Penantipun UMNO terpaksa memberi kemenangan percuma kepada PR, sudah tentu UMNO tidak sanggup mengizinkan Tuanku Sultan membubarkan DUN Perak. Drs. Khalil Idham telah mendedahkan di dalam blognya bahawa telah ada satu pertemuan pada petang Ahad, 17 Mei 2009 antara rombongan MB DPulau dengan Tuanku Sultan di Istana Changkat, Kuala Lumpur. Begitu mudah UMNO berkunjung ke istana berbanding PR. Kepada 54% rakyat Perak yang mengundi PR pada PRU 8 Mac 2008, terimalah hakikat bahawa istana tidak mahukan PR memerintah Perak.
Setelah lebih tiga bulan politik Perak dilanda krisis, rakyat seluruh negara semakin faham dan mengerti bahawa begitu mudah UMNO melacuri semua institusi yang pada dasarnya menjaga keadilan dan kesejahteraan rakyat. Belum pernah terjadi di negara ini (mungkin di dunia) akan keputusan hakim disanggah hakim lain dalam masa kurang satu hari. Begitu jelas dan benar akan keistimewaan yang diperolehi oleh UMNO walaupun UMNO hanya disokong oleh 46% pengundi Perak.
Cara UMNO merampas Perak dengan mencabuli Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan Perlembagaan Malaysia telah meminggirkan sokongan rakyat terhadap UMNO. UMNO juga bertanggungjawab menyeret Tuanku Sultan dalam permainannya. Mungkin pada hari Khamis ini, 21 Mei 2009 UMNO akan menyerahkan kembali Perak kepada PR. Mungkin mahkamah tanpa diminta akan membuat kejutan dengan mengistiharkan kekosongan di tiga DUN dalam alasan kehakimannya nanti. Oleh itu PRK di tiga DUN sahaja. UMNO tidak akan bertanding sebagaimana UMNO tidak bertanding di Penanti. Dan kerajaan PR akan bertahan sehingga PRU 13.
UMNO pula dalam diam-diam akan cuba menyentuh hati rakyat terutama Melayu, bahawa UMNO adalah parti yang mengalah demi rakyat. Inilah antara strategi utama Satu Malaysia untuk memenangi semula sokongan rakyat menjelang PRU 13. Silap gaya UMNO lagi cepat hancus...
hanya di blog2 saja kita dapat meluahkan segala rasa ketidakpuasan hati - sedangkan 'mereka' itu sengaja membutakan mata, memekakkan telinga dan membisukan mulut....
ReplyDeletetak sabar rasanya menunggu saat kebenaran mengatasi kebatilan.......
Saudara mamamat,
ReplyDeleteSila komen sikit kenyataan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi sebab2 beliau meninggalkan Pakatan Rakyat di http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a