Saturday, May 16, 2009

Gambar MB Nizar mengubat rindu rakyat ..

MB DPulau dikatakan sedang libang libu. Angat pijor jer suhu badannye. Kulu kelo ke darat ke baroh mawak citer yang dia MB Perak lantikan Sultan. Ini bukan Sultan zaman feudal ler weh. Ini Sultan berperlembagaan. Sultan kena ikut keputusan mahkamah. Bukti Sultan ikut keputusan mahkamah ialah apabila MB Nizar duduk di kerusi MB dalam majlis di Istana Iskandariah pada Selasa, 12 Mei 2009. Kemudian keesahan MB Nizar sebagai MB Perak ditangguhkan oleh Hakim Corret di Mahkamah Rayuan sehingga 21 Mei ini. Takdepun Mahkamah Rayuan kata yang MB DPulau ni sebagai MB yang sah di Perak. MB yang kekal tetapi tetap tidak sah.

Sultanpun jadi haru dengan status MB DPulau. Nak kata MB, belum disahkan lagi. Nak kata bukan MB, memang bukan MBpun. MB DPulaupun tak berani kata yang dia tu MB yang sah. Karang tak pasai-pasai pulak kena saman dengan MB Nizar. Cuma dia berani kata, “Saya ni MB lantikan Sultan”. Takkan MB DPulau tak paham base yang Sultan udah terajang dia daripada kerusi MB Perak sebaik sajer MB Nizar duduk di kerusi MB di istana dalam majlis Tuanku Sultan yang diwakilkan kepada Tuanku Raja Muda. Takkan orang yang ada PhD tak paham kut? Kalo tak paham, baik campak kayor jer PhD tu.

Hari Isnin ni Sultan akan merasmikan sambutan Jubli Perak SMKA Sultan Azlan Shah di Seri Iskandar. Maknanya Sultan memang ada di Perak pada hari Isnin ini. Sultan telah berangkat pulang ke Perak semenjak hari pengkebumian arwah kekandanya hari Khamis yang lalu. Mungkin benar DUN Perak akan dibubarkan pada hari Isnin untuk membolehkan satu Snap Election diadakan. Atau dibubarkan selewat-lewatnya sebelum bermula sebutan kes dan perbicaraan status MB Perak di Mahkamah Rayuan pada hari Khamis, 21 Mei 2009.

PR sememangnya telah mewarwarkan semenjak krisis 2MB bahawa PR telah cukup bersedia untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat. PR telah menetapkan bahawa PAS kekal bertanding di 21 DUN, PKR di 20 DUN dan DAP di 18 DUN. Jangan nak berkela pasai kerusi. Tak payahler di kalangan PR untuk melobi mana-mana DUN. Terimaler seperti yang asai. Yang berubah ialah calonnye jer.

MB Nizar adalah calon utama PR untuk menduduki semula kerusi MB Perak. Aura dan tanjak MB Nizar mesti dikekalkan. Gambar MB Nizar mesti dipamerkan di seluruh negeri Perak. Gambar MB Nizar mesti lebih banyak daripada gambar DSAI, TGNA atau TGHA. Kalo boleh setiap rumah diedarkan sekeping gambar rasmi ketika MB Nizar jadi MB Perak. Gambar rasmi yang dilarang digantung atau ditampal bersebelahan gambar Tuanku Sultan di premis atau jabatan persekutuan. Secara tak langsung rindu dan kasih rakyat kepada MB Nizar akan terubat ..



1 comment:

  1. TEMPOH SIDANG CAKARAN RIMO DLM SEPENGGEY DAH NK TAMAT YOP WEI....SIDANG HARAMJADAH ARITU GAGAL DPT SIJIL HALAL.....SPEAKA MANGKUK AYUN ALA2 PERAGUT MAT REMPIT TAJAAN MUSA HASAN,YG ANGKAT SOMPAH DEPAN SUTAN ZAMBEBIRI SEHINGGA SPEAKA HALALAN SIVAJI DITERBANG LAYANGKAN KE STOR KERUSI PATAH.....SIDANG TEGEMPO DUN ESOK LUSA???COPAH KAMU NAJIBBY BELAKANG KO ANTAM PLAK GEMPO HAKIM KLON VKVJ LINGGAM POSPON TARIKH TUNTUTAN NUSYUZ....TAHNIAH UMNO SELANGOR DPT TAIKO BARU!!!MALANG LE RAKYAT PLAK,USAHLE TIDO LAGI.............BINGKAS BUBARKAN DUN TUANKU,SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...DEMI MENJAGA KESEJAHTERAAN RAKYAT DI BAWAH NAUNGAN TUANKU DAN BEROLEH KEREDHAAN ALLAH AZ ZAWAJALLA.......HHHHIIDUPPPP RAKYAT

    ReplyDelete