Monday, May 18, 2009

Ameena Abdullah @ Aminah Abdullah

Altantuya dikhabarkan mempunyai nama Islam iaitu Ameena Abdullah. Kebetulan pula di Penanti bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang yang telah mengambil borang pencalonan mempunyai nama iras-iras Ameena iaitu Aminah Abdullah. Patutlah Satu Malaysia berat hati nak ke Penanti. Satu Malaysia bukan tak berani nak lawan Dr. Mansor Othman, tetapi tak sanggup mendengar dan menghentam calon bebas senama Aminah Abdullah. Nanti teringat-ingat detik bersamamu ..

Udahler namapun Penanti, yang menanti pulak senama dengan mangsa C4. Ini ditambah lagi dengan rindu pak mertua pada menantunya Satu Malaysia. Mungkin Shaaribu nak tengak mana rupa wajah menantunya dari dekat. Mana rupa wajah menantu yang diberkenan sangat oleh anaknya. Gelap ker cerah. Itam ker putih.

Sebentar tadi Satu Malaysia telah mengumumkan tidak akan menjejak kakinya di Penanti selagi pak mertua dan calon senama setia menanti kehadirannya. Menantu tidak mahu pak mertua terlalu lama di Penanti. Menantu tidak mahu Satu Malaysia mengenali pak mertuanya. Tindakan menantu tidak meletakkan calon UMNO bertanding di Penanti adalah semata-mata mengharapkan agar pak mertua segera pulang ke Monggolia.

Tapi bagaimana jikalau pak mertua bersama calon bebas senama mencarinya sehingga ke Pekan?


1 comment:

  1. Kalau dah melarat ke Pekan tu ertinya ada kerusi ADUN atau Parlimen yang kosong di sana!

    ReplyDelete