Thursday, May 7, 2009

Muslihat Bisikan Diraja


Terima kasih tidak terhingga kepada semua sumber yang melaporkan secara lintas langsung tentang suasana lintang pukang Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009. Terima kasih khas untuk YB Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong yang sentiasa mengemaskinikan blognya untuk tatapan Satu Malaysia dan Satu Dunia.

Sebentar tadi saya telah menyalin dan melontarkan ‘bisikan diraja’ di dango saya. Rata-rata komentar tidak lagi percaya kepada institusi istana. Cukuplah sekali istana memberi harapan kepada PR. PR tidak perlu lagi untuk percaya kepada harapan kali kedua. Harapan melalui ‘bisikan diraja’. Masing-masing geram bersama amarah. Lain yang diharap, lain yang jadi. Istana pekak badak. Tetapi benarkah istana tidak ambil peduli akan perihal PR yang mewakili majoriti rakyatnya?

Maafkan saya jikalau saya masih menaruh harapan kepada istana. Maafkan saya jikalau saya masih bersangka baik dengan istana. Namun begitu ucapan syabas dan tahniah harus diberikan terlebih dahulu kepada 28 ADUN PR yang berjaya mempertahankan prinsip perjuangan sehingga UMNO terpaksa membawa bantuan luar untuk mencabul kemuliaan dewan. Speaker secara paksa telah diseret keluar daripada rumahnya.

Tidak pernah terjadi dalam sejarah moden di negara dan di negeri ini yang raja terpaksa menunggu rakyatnya. Kebiasaannya rakyat yang menunggu raja. Tuanku Raja Muda sanggup menunggu rakyatnya berkelahi. Sedangkan tuanku bebas membuat pilihan sama ada terus berangkat masuk ke dewan atau terus berangkat pulang ke istana. Tuanku memilih untuk menunggu sambil menyaksikan gelagat semua ADUNnya. Mustahil tidak ada skrin di Kamar Diraja yang menghubungkannya dengan cctv di Dewan Sidang. Sambil-sambil itu juga mungkin tuanku suami isteri membaca blog-blog rakyat yang berlintas secara langsung di dalam dan di luar dewan. Tuanku Raja Muda lebih arif untuk mengklasifikasikan akan kesahihan perlembagaan dan perlanggarannya.

Saya masih merasakan bahawa tindakan lewat istana untuk membubarkan DUN adalah untuk membantu menambahkan sokongan rakyat kepada PR. Kesan peristiwa hari ini boleh didominasi sepenuhnya oleh PR. PR perlu bijak menyusun rentak dan bahan kempennya nanti. Sekiranya DUN dibubarkan lebih awal, apakah ada jaminan yang PR akan memenangi kawasan yang ditandingi oleh UMNO? Sudah tentu dalam tempoh yang singkat itu, PR akan gagal untuk memahamkan sesuatu isu kepada pengundi UMNO atau pengundi atas pagar. Hari ini rakyat yang kurang faham, telahpun faham. Pengundi otai UMNO pula mulai was-was dengan pemimpin mereka. Pemimpin Satu Malaysia telah mendiamkan diri. MB DPulau dan barisan exconya lebih banyak meyerlahkan keburukan daripada kebaikan.

Mungkin Tuanku Raja Muda akan mempersembahkan hasil dapatannya tadi kepada Tuanku Sultan. Negeri Perak telah ada dua MB, dua exco kanan, dua speaker dan dua PAC. Mungkin ini titah Tuanku Raja Muda kepada paduka ayahandanya, “Sebelum UMNO melantik seorang lagi Sultan di Perak, eloklah ayahanda bubarkan segera DUN Perak”.

Teman pulak nyampuk … “UMNO tu udah gile, gile sepere”.



17 comments:

  1. UMNO tu derhaka..
    UMNO itu celaka..
    Tengok sahaja barisan kepimpinan dan pemudanya..

    Elok sangatlah tu..
    xsabar2 bila masanye pilihanraya Perak..
    nak bubar semua DUN..
    golongan pendidik majoriti bersama Pakatan Rakyat

    ReplyDelete
  2. Ampun Tuanku.

    Perasmian Race Kuda di Ipoh Turf Club minggu lepas tidak sekecuh macamn ni.

    ReplyDelete
  3. AMENO MEMANG CELAKA,CELAKA,CELAKA,CELAKA DUNIA SIBUK DENGAN GEJALA SELSEMA BABI, PERAK DI BAWAH KERAJAAN UMNO NAJIS TONG TAHI JADI GILA BABI.!

    ReplyDelete
  4. "Saya masih merasakan bahawa tindakan lewat istana untuk membubarkan DUN adalah untuk membantu menambahkan sokongan rakyat kepada PR."

    Bro'Mamamat, jangan terlalu tinggi mengharapkan sokongan kepada PR Bertambah.

    Kerana sejarahnya orang Melayu mudah lupa.

    Tambah pula bila pilihan raya tiba di beri nya beras sekampit,sekilo gula,duit 2-3 puluh ringgit,mereka tak ingat apa apa dan terus menyokong BN dari dulu kini dan selama lama nya.

    Kerana itu Puak Zombie tak takut ,tak bimbang,mereka berani lakukan apa saja bagi menghalalkan cara mereka tau dgn Duit,dari Anjungsana sampai yang menyembab bumi bolih di beli punya.

    Lupakan saja.

    ReplyDelete
  5. Persiapkan jentera kita untuk menghadapi pilihan raya.Kita perlu bersiap sedia.Jangan pula kita hanya tahu mengibarkan bendera kehulu kehilir,pengundi kita biarkan kepada UMNO.Hancur kita!

    ReplyDelete
  6. Jgn la mengharap sangt..buat gimik je

    ReplyDelete
  7. Mungkin ini titah Tuanku Raja Muda kepada paduka ayahandanya, “Sebelum UMNO melantik seorang lagi sultan di Perak, eloklah ayahanda bubarkan segera DUN Perak”.

    ayat yang paling aku suka sekali... eheheh

    ReplyDelete
  8. Dalam keadaan sentimen rakyat yang pro Pakatan Rakyat sekarang ni, ramai YDP PAS dan Ketua Bahagian PKR yang megholoh lagi! Harapkan sentimen rakyat je! usaha sendiri tarak! Untuk PAS dan PKR, pilihlah calon yang betul2 berwibawa untuk menghadapi PRU-13.

    Bisikan DiRaja tu tak lebih dari untuk menyejukan hati.

    ReplyDelete
  9. Ayat akhir tu memang power,macamana dengan tok peti. Rasanye tak mungkin akan ada due. Apa-apa hal pun kepala pentadbiran sekretariat (SUK) tu yang pelu ditangani dulu kerana dia lah dalang dalam kekecohan semalam.
    Khabornya bini dia dapat pingat semasa harijadi Tuanku baru-baru ni. Bini kerja kat IPK tetapi tersenarai sebagai penerima pingat dibawah kakitangan pejabat SUK.Nampak sangat gile meroyan nye.

    ReplyDelete
  10. MInta maaf byk byk.Teman dah hilang respect 100% pd pihak Istana.Istana adalah salah satu pihak yg memainkan peranan penting menjatuhkan Pakatan Rakyat.Malahan Istana sama aje dgn UMNO memusuhi PR.

    Rasa hormat teman mahal.Hanya diberi pada yg pihak berkualiti aje.

    ReplyDelete
  11. SETIA DI BELAKANG KERABAT ISTANA

    ReplyDelete
  12. http://rakyatblues.blogspot.com/

    http://rakyatblues.blogspot.com/

    http://rakyatblues.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. Kekawan Yong dari Wilayah Persekutuan tanya, "Ape dah jadi dengan negeri kome? Pakei baju hitam pun tak boleh?" Yong tak terkata sebab dok malu. Deme kat WP dah tendang semua geng BN kecuali sorang. Dengan usaha dan izin Allah deme boleh. Kita kat Perak pun boleh. Mula sekarang Yob, Yong. Cuma Yong risau, undi pompuan Melayu kurang pada PR. Sesapa ade idea camne nak pujuk opah, makcik, mak ngah dll supaya pangkah PR, tolong le Yong.

    ReplyDelete
  14. salam tuan tanah,

    tahniah kerana tulisan ini bakal memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya.
    ayat ni best
    “Sebelum UMNO melantik seorang lagi Sultan di Perak, eloklah ayahanda bubarkan segera DUN Perak”.

    tapi nak bagi tau mike dalam bulan nam ni musim cuti sekoloh maka ramai le yang akan ngangkat sumpoh menjadi raja mengukut adat melayu yang penuh sopan dan santunnya

    ReplyDelete
  15. entahlah....rasanya susah nak percaya lagi dah...tak akan berlaku lagi percayakan deme

    ReplyDelete
  16. Keberangkatan Raja Muda Perak jika diteliti dengan urutan peristiwa berlaku tidak ada ertinya baginda merasmikan sidang DUN kali ini. Kerana ianya berlaku dalam keadaan carca marba yang dilakukan oleh gerombolan lanun Umno/Bn!

    Ini satu penghinaan kepada istana oleh pemimpin Umno yang biadap lagi gile babi!!!!

    ReplyDelete
  17. tak usahlah bercakap kepada perkara yang sia-sia..

    jangan-jangan orang yang di hina itu lebih mulia daripada kome..lebih banyak amal ibadatnya..lebih tinggi imannya...

    ReplyDelete