Thursday, May 21, 2009

Calon Melayu DAP

Pengundi di Perak akan berpeluang sekali lagi memilih kerajaan baru dalam PRU Perak. Dijangka DUN Perak akan dibubarkan sebelum berakhirnya Mei 2009. Oleh kerana saya adalah penyokong dan pengundi PR, maka saya berhak melontar beberapa buah fikiran sebagai persiapan menghadapi PRU Perak. Walau bagaimanapun saya dengan hati terbuka sedia menerima sanggahan dan teguran jikalau pendapat saya ini bertentangan dengan ideologi PR.

DAP akan kekal bertanding di 18 DUN Perak. DAP dijangka akan menambahkan majoriti undi dalam PRU ini. Tetapi saya masih tetap dengan pendirian bahawa DAP tidak boleh meletakkan calon Melayu di DUN yang ditandinginya. Memang benar DAP adalah parti untuk semua kaum. Semua kaum boleh bertanding atas tiket DAP. Bahkan saya akui ada calon Melayu yang pernah bertanding dan menjadi wakil rakyat atas tiket DAP. Tetapi itu dalam suasana yang berbeza. Dahulu suasananya ialah DAP sebagai parti pembangkang. Hari ini DAP adalah parti kerajaan.

Dalam konteks negeri Perak, UMNO masih berjaya mempengaruhi pengundi Melayu khususnya wanita bahawa banyak tanah milik Melayu telah bertukar tangan kepada bukan Melayu. UMNO mengatakan bahawa MB Nizar adalah boneka DAP. Itupun nasib baik dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah menetapkan hanya Melayu sahaja yang boleh dilantik sebagai MB Perak.

Sekiranya DAP masih berdegil mempertaruhkan calon Melayu dalam PRU Perak ini, saya bimbang pengundi yang dahulunya mengundi PR akan beralih kepada UMNO. Walau apapun alasan yang diberikan oleh DAP, UMNO akan menjadikan isu ini sebagai bahan utama kempennya. Kesannya calon Melayu PAS dan PKR akan menghadapi masalah untuk memenangi kawasan yang ditandingi. Oleh itu saya merayu agar DAP tidak meletakkan calon Melayu di Perak buat masa ini.

Andaikata kemenangan PR masih seperti sebelum ini, pembahagian exco mesti menggunakan pendekatan baru iaitu exco bukan Melayu tidak boleh melebihi lima orang. MB Nizar mesti dikekalkan sebagai MB Perak dengan dibantu oleh tiga exco DAP, tiga exco PAS dan empat exco PKR. Dua exco PKR hendaklah terdiri daripada kalangan ADUN Cina dan ADUN India.

Terus terang saya katakan bahawa politik Malaysia mesti didominasi oleh kaum asalnya. Melihat daripada sudut sejarahnya, Malaysia adalah sebuah negara bangsa dengan Melayu sebagai terasnya. Perlembagaan Malaysia yang mengutamakan Melayu tanpa mengabaikan kaum lain mesti dihormati. UMNO hari ini bukan lagi seperti UMNO lampau. UMNO lampau masih dilihat sanggup berkorban harta dan tenaga demi memperjuangkan kemerdekaan. UMNO hari ini adalah UMNO yang tidak lagi menghormati prinsip perlembagaan yang sedia ada. UMNO hari ini adalah penjenayah yang sering mencabuli hak dan keistimewaan Melayu. Pemimpin UMNO kaya raya dengan menindas Melayu. Kerana itulah UMNO semakin kurang sokongannya daripada kalangan Melayu terutama Melayu bandar.

Sebenarnya Melayu masih tidak begitu selesa menyokong dan mengundi DAP kerana DAP tetap dengan Malaysian Malaysianya. Tetapi itu sahaja pilihan yang ada untuk menumbangkan kuasa UMNO daripada politik Malaysia. Jurang ideologi antara PAS dan DAP telah berjaya diolah dan diadun sebaik mungkin oleh DSAI. Hasilnya, MB Nizar telah berjaya memartabatkan PAS di persada politik Malaysia. Begitu juga dengan KM Lim Guan Eng yang telah berjaya menyentuh dan menambat hati Melayu Pulau Pinang.

Demi politik semasa di Perak, DAP jangan mencuba mempertaruhkan calon Melayu untuk bertanding atas lambang roket.

5 comments:

  1. hanya orang islam(melayu) bodoh saje yang undi ataj bergabung dengan DAP. Dapat dilihat dgn jelas bahawa DAP adalah satu puak yang menentang ISLAM dan MELAYU !!!!!!

    ReplyDelete
  2. Melayu UMNO pula adalah penghapus bahasa Malayu dan penentang ISLAM.

    ReplyDelete
  3. kepada jai13569..
    org melayu yg masih sokong umno lg lah bangang sbb umno menolak hukum islam walaupun majoriti ahli umno org islam.tak ke bangang tue org islam sendiri tolak hukum islam.

    ReplyDelete
  4. sape pun calun yang kita undi dan menang kita tetap mcm tu juga. adakah tuan-tuan yang dulu susah sekarang kaya setalah memenangkan calun masing-masing? sebelum menang muka hari-hari nampak ,lepas tu lesap. tengoklah kat dun penanti baik bn atau pkr sama aja . saya kalau nak pangkah pembangkang baik pngkah pas pasal tak de skandal rasuah,pkr dgn bn sama aja dua kenderaan yang ikut jalan yg sama cuma drebar lain -lain.

    ReplyDelete
  5. Mamamat,

    teman berpendapat ada baiknya DAP meletakkan calon Melayu supaya persepsi rakyat terhadap parti ini dapat dinaturalkan. bukan sebagai parti kecinaan tetapi sebagai parti untuk semua. bagi DAP pula cuba-cubalah jadi parti untuk semua bukannya parti untuk sesuatu bangsa. utamakan aspek kebangsaan baik dari segi pertuturan mahupun tulisan.

    more thoughts & opinion @ www.duniacacamarba.blogspot.com

    teman pun orang jajahan Senggang

    ReplyDelete