Bukan lagi Satu Malaysia, Satu Dunia menunggu pekhabaran Sidang DUN Perak yang dijangka akan diadakan esok 7 Mei 2009, iaitu sehari selepas sambutan hari jadi ke-31 jikalau hidupnya Altantuya. Altantuya dikatakan meninggal dunia angkara Satu Malaysia.
Sejak pagi tadi lagi beberapa sekatan jalanraya menuju ke Ipoh telah dikuatkuasakan. Rutin harian saya yang berulang-alik ke Ipoh dapat menyaksikan ada sekatan polis di bawah jejantas UTP dan Papan. Kesian polis. MB DPulau punya pasai, deme yang nanggung musibahnya. Rakyat disusahkan. Baguih punya UMNO.
Siapa sebenarnya yang sedang gelisah? UMNO atau PR? Saya yakin yang PR tidak segelisah UMNO. Walau apapun keputusan esok, PR tetap relaks. PR telah cukup bersedia untuk menghadapi tiga kemungkinan. PR bersedia untuk kembali sebagai pembangkang. PR juga bersedia untuk kembali memimpin kerajaan. Dan PR sentiasa bersedia untuk menghadapi PRU atau PRK. Tidak ada masalah kepada PR. Semua kemungkinan ini sedikit sebanyak telah dan akan membantu menambahkan lagi sokongan rakyat kepada PR.
Tetapi bagaimana pula dengan UMNO? Apakah UMNO bersedia kembali sebagai pembangkang setelah menikmati tempoh tiga bulan berbulan madu? Bersediakah UMNO menghadapi PRK di tiga DUN lompat atau PRU seluruh Perak? Atau bolehkah UMNO memimpin negeri ini dalam suasana MB DPulau sentiasa turun naik mahkamah?
Dalam berita Astro Awani sebentar tadi ada 43 NGO telah berjaya menyerahkan memorandum yang mengandungi lebih lima ribu tandatangan ahlinya di pintu masuk Istana Kinta. Mereka mendakwa tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Mereka merayu perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak. Mereka yakin dan percaya selagi DUN Perak tidak dibubarkan, kemelut politik di Perak akan berlanjutan sehingga PRU 13.
Persoalannya, kenapa begitu mudah kumpulan ini merapati istana? Kenapa tidak ada polis yang cuba menghalang penyerahan memorandum ini? Bukankah kehendak dan tujuan mereka sama dengan kehendak penyokong PR di luar Istana Iskandariah pada 6 Februari 2009? Tepuk dada tanya selera.
Maruah istana perlu diselamatkan. Istana telah dihina sebegitu rupa oleh UMNO. Namun istana seolah-olah terikat dengan UMNO. Istana seperti menjadi pak sanggup bagi membantu memulihkan maruah UMNO. Akhirnya UMNO mengalah dan mungkin merancangkan agar istana menerima memorandum membubarkan DUN Perak daripada 43 NGO, iaitu sehari sebelum Sidang DUN diadakan. Pedulikan siapa yang menaja 43 NGO ini.
Benarlah seperti yang diwarwarkan bahawa tuanku sultan mungkin akan membubarkan DUN Perak di dalam ucapan pembukaannya esok. Mungkin tuanku sultan akan mengulangi kata-kata keramatnya, raja dan rakyat mesti saling lengkap melengkapi. Sakit rakyat, sakitlah raja. Oleh itu DUN Perak dibubarkan. Sidang tamat dan dua usul untuk memecat speaker lama dan melantik speaker baru tidak lagi relevan.
Akhirnya UMNO tunduk lesu mengalah demi mengembalikan maruah istana dan mahkamah yang telah dihina oleh rakyat gara-gara UMNO sendiri.
Teman pun harap gituler yop. Bubar DUN terpulang ler sapa nak memerintah Perakni. Dah tiga bulan apah pun tah menjadi. Penin-penin dibuatnya.
ReplyDeletemaaf laa nak tanya... kang UMJNO tangkap sultan lak sebab tak sokong UMNO. Kesian sultan teman kena ISA. Lepas tu dia org cakap sultan bukan ada kuasa penuh lak..aduh fenin fenin UMNO..belit belit..
ReplyDelete