Tuesday, May 12, 2009

Lega .. MB Nizar masih sah sebagai MB Perak

Mahkamah Rayuan hanya membenarkan permohonan MB DPulau untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan MB Perak ialah MB Nizar. Diulangi, Mahkamah Rayuan hanya membenarkan ‘permohonan’ bukannya membuat keputusan. Oleh itu MB Nizar masih kekal dan masih sah sebagai MB Perak. Suasana di Bangunan SUK masih tenang. Kelam kabut hanya berlaku kerana SUKnya telah digantung tugas.

Tindakan MB Nizar dan lapan exconya keluar daripada Bangunan SUK adalah untuk mententeramkan suasana. Itu sahaja. MB DPulau dan enam exconya tetap tidak boleh memasuki pejabat MB dan exco di Bangunan SUK.

MB Nizar hanya menunggu kebenaran mengadap di istana perihal permohonannya membubarkan DUN Perak pagi tadi. Surat permohonan itu telah dihantar lebih awal ke istana berbanding dengan permohonan rayuan yang difailkan oleh MB DPulau di Mahkamah Rayuan.

2 comments:

  1. kalau benar la kenyataan ni,syukur alhd. tp klau x, lg kusut la negara jwbnye.. [my blog]

    ReplyDelete
  2. ini bukan masalah lega.. ini masalah sengaja nak halang permohonan bubar DUN oleh Nizar. apa pasal penangguhan pengesahan Nizar sebagai MB Perak 'hingga ke satu tarikh diberitahu kelak'? 4-5 tahun pun boleh! sampai PRU akan datang!

    kes Nizar vs Zambry di Mahkamah Tinggi berapa hari/minggu? kes rayuan Zambry lulus dalam satu pagi saja? ini betul-betul celaka.

    ReplyDelete