Friday, May 15, 2009

PRU DUN Perak : Sekadar pandangan ...

Hari ni hari Jumaat, 15 Mei 2009. Udah cukup 101 hari Perak ada dua MB. Satu MB Sah dan satu lagi MB Kekal. MB Sah telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi setelah tiga bulan turun naik mahkamah. MB Sah juge udah merayu berkali-kali memohon perkenan Sultan Perak untuk bubarkan DUN Perak tetapi tidak dipedulikan oleh Tuanku Sultan. MB Kekal pulak udah merayu pada Mahkamah Rayuan mintak dikekalkan jadi MB Perak. Lulus dalam masa tak sampai lima jam. Mudahnya urusan UMNO. Sultan dan hakim ikut apa sajer kehendak UMNO. Rakyat lantaknye ler. Deme tahu nyawa PR pada rakyat. Deme juge tahu yang nyawa deme pada Tuanku Sultan dan mahkamah. Hari ni Mahkamah Rayuan buat hal lagi. Tangguh hari Senayan ke hari Khamis. Adeler mende yang nak dibuat oleh UMNO. Mungkin Tuanku Sultan akan perkenan bubarkan DUN Perak minggu depan. Deme nak bubar DUN tatkala MB Kekal masih MB Perak. Apabila DUN udah dibubarkan, tak gunaler lagi rayuan MB Sah pada hari Khamis tu.

UMNO cukup risau kalo DUN Perak dibubarkan semasa MB Sah jadi MB Perak. Sape nak pasang canopy dan angkat susun bangku meja di program UMNO nanti? Orang UMNO mana gheti buat kojer yang keluar peluh. Deme bukan layaknye dibagi makan nasi kawah dengan ayor pacak jer. Deme lebih hakapkan ribu-ribu RM. Kalo takat sekupang due, tak dihajap dideme. Sebab ituler UMNO mahu UMNO yang jadi MB Perak semasa DUN Perak dibubarkan. Senang deme nak ngerah lori dan pekerja majlis buat kojer deme. Lantaknye ler. Janji bubar DUN.

Kepada pimpinan PR terutama PKR, pilihler calon yang benor-benor layak. Jangan lagi ade spesis macam Othman dan Jamaludin. Susah benor ker nak mencari 15 calon Melayu PKR? Menung juge teman bila memikiokan 15 calon Melayu PKR yang boleh ditampilkan sebagai calon. Tak semua ketua bahagian ade idea untuk majukan rakyat. Bahkan Pengerusi Perhubungan PKR Perakpun tak layak dicalonkan bertanding walaupun dia pernah jadi calon di Kg. Gajah. Abih sape lagi?

Kepada DAP pulak, jangan gatai nak letak calon Melayu. Belum masanye lagi. Tungguler PRU 14 baru boleh letak. Itupun kene tengak mood pengundi di masa itu. Kalo letak juge, UMNO akan mainkan sentimen yang DAP Melayu akan jadi MB Perak. Kalo tak percaye, kome terailer letak. Teman gerenti semua calon Melayu PKR dan PAS akan haup diratah UMNO. Pengundi ataih pagor tentu tak sokong PR kalo DAP gatai juge letak calon Melayu.

PAS kena kekalkan MB Nizar di Pasir Panjang. Walaupun Pasir Panjang dipinjamkan oleh PKR kepada PAS, MB Nizar kena kekal bertanding di sini. Lagipun PKR bukan ada banyak calon Melayu. Kalo PKR ada calonpun, tukorler dengan tempat lain yang PAS telah kalah. Rakyat Perak mesti diberitahu bahawa MB Nizar tetap akan jadi MB Perak jikalau PR menang majoriti. Kalo ada calon PKR yang nak jadi MB, tungguler selepas PRU 13. Lagipun pada masa itu MB Nizar udah jadi menteri pusat. Tak ker gitu wehh …

Teman suka mengulang semula apa yang teman pernah sarankan dulu. Kalo PR diizinkan lagi oleh Allah memerintah Perak, lantikler tiga exco DAP, tiga exco PAS dan empat exco PKR. Dua exco PKR mestiler sorang Cina dan sorang lagi India. Yang penting exco bukan Melayu tidak melebihi lima orang. Janganler DAP mintak jumlah exco macam dedulu. Walaupun DAP tak ngocah Melayu, tetapi isu DAP kontrol Melayu akan sentiasa subur dimainkan oleh UMNO.

Sekadar pandangan …



12 comments:

  1. Mamamat,
    Harapan tu biarlah kesemua pimpinan Pakatan rakyat dapat membaca mike punya idea, dan melaksanakannya...

    ReplyDelete
  2. Masa aku belajar U dulu, Penyokong PAS dan PKR kebanyakan mereka adalah yang mendapat CGPA cukup2 makan. Penyokong Malaysia Malaysian (DAP) pulak kebanyakan duduk Falkulti yang bagus2 dan CGPA merekapun cermerlang juga. Tak heranlah pepimpin PAS dan PKR melayu ni tak sedar diperbodohkan DAP. Umno pulak yg menyokong adalah mereka yang tak ada parti selepas belajar di U. Mereka sertai umno untuk mengejar sesuatu. Tapi CGPA mereka lagi bagus dari penyokong PAS dan PKR. Jadi mereka lagi cerdik walaupun menyertahi umno untuk dapatkan sesuatu.

    ReplyDelete
  3. Tuan haji ismail Yusof tu salah satu calon PKR berpotensi, jangan lagi dpilih macam si jamai dan mr os, mangko yop kalau dipilih org rope itu.

    ReplyDelete
  4. airul kambing,
    sebenaqnya cina mca pun memang ramai yang pandai2. masa aku sekolah menengah dulu pun asyik dpt no 3 je dalam kelas sebab ada 2 ekoq amoi yang dah la pandai, rajin pulak tu. aku tuang kelas lagi ada.
    lagi satu, nanti anak hang masuk U larang dia menyertai mana-mana parti. lepas abis U, soh dia masuk umno sebab senang dapat pinjaman tekun la, kursus usahawan la. sebab apa, sebab ikut teori bodoh hang tu. main serkap jarang jek.
    family aku semua pembangkang dan semua belajaq tinggi2. rasanya lagi tinggi dari hang.
    amri, percayalah hj mail takkan bertanding punya. ada la trick yg org tak boleh tau. displinary problem memang takda dia ni. tapi hangpa tgk nanti.

    ReplyDelete
  5. salam, aik airul kambing

    Nizar tu professional ir. (konsultan antrabangsa), tn haji Zainuddin bekas PTD Kanan, YB Hulu Langat phd nuklear, dr. zul ahmad,dan beratus lagi yg codeknye.. jgn le memperbodohkan orang lain mcm mike memperbodohkan orang UMNo

    ReplyDelete
  6. tak tau le trick nye sdra priory of jenin, kalau PKR calonkan juge org mcm jamai dan mr os memang ghyup lerr PKR

    ReplyDelete
  7. Mamamat,
    Let me begin by saying this. In an event that Pakatan Rakyat win with a convincing 2/3 majority, in my opinion, few things must remain:

    1) Nizar shall be elected as MB
    2) Ngeh Koo Ham shall be Senior Exco if possible, amend constituition so as to provide the provision of Deputy MB
    3) Sivakumar as the Speaker
    4) Tai Sing Ng as one of the PKR Exco. For his unwavered loyalty

    Frankly speaking, I felt that we shall not impose any racial composition in the EXCO lineup. Such action as suggested by Mamamat would also anger the non malays. Lets Perakians as Perakians iresspectively of race, religion and creed

    Given the fact that DAP has been more succesful as compared to PKR & PAS where they have won all seats that has been allocated to them 18 of them. DAP should be allowed to increase to 23 to 25 and become a slightly larger political party within Pakatan Rakyat Perak.
    PAS should be focussed on grabbing at leats 12 more seats. Based on the facts that UMNO won those seats less than 2000 votes. More resources should be poured in to those areas. Hence increasing the share to at least 17 seats (Trong lost to UMNO during the Bukit Gantang by election)
    PKR shall be relegated to a junior party. If PKR Perak chairman can get good calibre aduns to run for Perak state assembly, perhaps they shall give way to DAP & PAS
    DAP should be given the chance to field its malay aduns. If 40 years ago,PAP can defeat the UMNOs very badly in the malay held seat (Eunos, Kembangan & Geylang Serai), DAP can do it.
    I felt given the chance.

    DAP would get 21 ot of 23 seats - including Ayer Kuning, Chenderiang (Mah fella) & Hulu Kinta (Malay voters - less than 70%)

    PAS would increase to 18 seats

    PKR - 10 seats

    Exco line up would be

    PAS - 1 MB + 3 Excos

    DAP - 1 DM + 1 Speaker + 4 Excos

    PKR - 2 Excos + 1 Deputy Speaker

    That's my opinion

    ReplyDelete
  8. loose74,
    we have had enough of our malay friends saying nizar boneka cina. and now malay DAP? no F way. you sound like very urban, well those thoughts cannot be applied in perak yet. we are natives, and we speak based on our experiences.
    ngeh as TMB? no need. we've had hard times already.

    ReplyDelete
  9. mamamat, kita bawak usul yang mike tulih ni ke konvensyen le. nak?

    ReplyDelete
  10. Jenin,
    That's why it's depends on the budi bicara of Ngeh as Perak DAP chairman as well as Nizar & PKR Perak leader. Even if you force DAP to be a junior party, it would never stop UMNO from attacking Pakatan Rakyat
    PAS & PKR must focus on areas that they can win confidently. If you spread your resources too wide, you might not win well. DAP has been very good in 12th GE, focussing heavily on 18 seats. DAP has won all, hasn't it.
    Anyway, PKR Perak is not that strong anyway and hence, it's time in focussing on consolidation & strenghtening while PAS need to focus on 12 more seats on top of 6 seats they have won
    Remember non malays play a role in guaranteeing victories for PKR as well as PAS aduns.

    Jenin,
    Just like Perisik Rakyat, why don't you consider in joining DAP. Join in DAP to change the landscape of DAP.
    Anyway, it's my opinion. But I believe PAS who is quite shrewd in political manouvring would have understood me well.
    I am studying the Perak landscape. I have identified few areas DAP that can go in & in which it would not be in conflict with PKR & PAS.
    By the way, I am proposing Nga KM to gun down Mah (MCA) in Chenderiang while seriously considering putting a moderate DAP malay, EXCO calibre in Air Tawar

    Jenin,
    Those comment that I have mentioned before is of my own personal opinion & does not represent any political party.

    Jenin,
    I was born in Taiping. Stayed in KK & Ipoh before moving to Singapore. I am not as urban as you think as I can linked my roots in Taiping, Kuala Kangsar & Ipoh
    Sometimes, one got to think out of the box. It's perhaps UMNO yang menghantui kita. If DAP not given opportunities to field in malay candidates, how can PAS field in non malay non Islam candidates? and PKR?????

    ReplyDelete
  11. umno byk cordik pandai... tapi pandai macam Khairy jo... Oxford University katekan... hahahaha pandai monipu jo...

    ReplyDelete
  12. To Mamamat
    "PAS kena kekalkan MB Nizar di Pasir Panjang. Walaupun Pasir Panjang dipinjamkan oleh PKR kepada PAS, MB Nizar kena kekal bertanding di sini"

    Please correct your fact,
    Pasir Panjang bukan dipinjam oleh PKR kepada PAS. Pasir Panjang memang kepunyaan PAS dari dulu hingga sekarang..sejak saya kenal politik di Perak sampai sekarang Dun Pasir Panjang PAS bertanding..

    ReplyDelete