Tuanku Raja Muda Perak telah mengingatkan pemain politik di Perak bahawa Baginda berada di atas politik. Baginda juga mengulang titah bahawa istana masih berpegang kepada prinsip perlembagaan iaitu istana tidak boleh mencampuri urusan politik kepartian. Baginda masih peka dan tidak pekak dengan pergolakan politik yang sedang berlaku dinegerinya. Tuanku Sultan lebih arif dengan kuasa-kuasa istana seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Oleh itu tidak perlulah rakyat membuang masa mempertikaikan keputusan istana.
Prinsip Raja Berperlembagaan telah menetapkan bahawa Tuanku Sultan tidak boleh menolak untuk melantik mana-mana kumpulan yang menjadi majoriti di Dewan Undangan Negeri daripada membentuk kerajaan. Sama ada majoriti ini diperolehi secara sah atau tidak sah, ianya tidak boleh diadili oleh istana. Akan menjadi satu kesalahan kepada istana jikalau menolak kehendak majoriti. Tiga ADUN lompat yang menyertai BN telah menyatakan kesediaan mereka di hadapan Tuanku Sultan untuk menyertai keluarga BN. Tuanku Sultan tidak boleh mempertikaikan keputusan SPR yang menolak keputusan Speaker bahawa kerusi-kerusi tersebut telah dikosongkan. Tuanku Sultan juga tidak boleh mengatakan bahawa majoriti rakyat tidak memilih UMNO. Dalam minda UMNO, rakyat hanya berguna di dalam pilihanraya sahaja. Selepas pilihanraya, wakil rakyat sahaja yang berguna.
Sekiranya Tuanku Sultan menolak kehendak majoriti ADUNnya, Baginda boleh dibicarakan di Mahkamah Khas. Tuanku Sultan tidak bersedia menjadi sultan pertama di Malaysia yang akan dibicarakan di Mahkamah Khas. Istana mungkin telah lama menyedari bahawa adalah terlalu sukar untuk mengalahkan pemimpin UMNO di mahkamah.
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan tentang status MB Perak pada petang Isnin, 11 Mei 2009. Tarikh ini begitu sinonim dengan tarikh penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. Pengalaman pahit bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas mengharamkan UMNO telah menjadi igauan ngeri kepada mana-mana hakim yang mengadili kes-kes yang melibatkan kepimpinan UMNO. Keputusan mahkamah mestilah menyebelahi UMNO walau dengan apa cara sekalipun. Untuk makluman pembaca, Tuanku Sultan Perak adalah bekas Ketua Hakim Negara selepas Tun Mohd Salleh Abas.
Mahkamah Tinggi telah mempunyai dua keputusan bersama alasan kehakiman untuk menghalalkan mana-mana keputusan . Sekiranya Mahkamah Tinggi mengesahkan MB DPulau sebagai MB Perak, krisis politik di Perak akan terus berpanjangan sehingga PRU 13. Kesannya, PR akan semakin kuat dan UMNO pula semakin lemah. UMNO hanya akan bermain dengan isu derhaka kepada istana. UMNO akan mengalihkan kemarahan rakyat kepada istana. Saya yakin yang kepimpinan PR mungkin mengharapkan agar Mahkamah Tinggi mengesahkan MB DPulau sebagai MB Perak. Sekiranya MB DPulau kekal sebagai MB Perak, isu ini akan sentiasa disegarkan sehinggalah PRU 13.
Sekiranya MB Nizar pula yang disahkan sebagai MB Perak, maknanya kemarahan rakyat akan kembali menyejuk. PM Satu Malaysia dan MB DPulau akan dengan bangganya memberitahu rakyat bahawa UMNO menerima keputusan mahkamah dengan perasaan terbuka. Ini adalah bukti bahawa UMNO tidak mempengaruhi keputusan mahkamah. Tuanku Sultan pula mungkin bertitah, “Selaras dengan keputusan mahkamah dan permintaan MB Nizar pada 4 Februari lalu, beta perkenankan DUN Perak dibubarkan”.
Kesimpulannya, UMNO akan lebih bermasalah jikalau MB DPulau disahkan sebagai MB Perak. Peluang untuk UMNO memerintah Perak adalah 50-50 jikalau MB Nizar yang disahkan sebagai MB Perak. Lebih baik UMNO berhadapan dengan pembubaran DUN daripada menghadapi kemelut politik tidak berpenghujung di Perak. Ini kerana sebaik sahaja MB NIzar disahkan sebagai MB Perak, DUN Perak akan dibubarkan. Sementara menunggu MB baru, SUK Perak yang akan diamanahkan mentadbir negeri ini. Pelbagai helah dan ikhtiar akan digunakan untuk memenangkan UMNO di Perak.
Jikalau ditanya pendapat saya tentang pilihan keputusan mahkamah esok, saya lebih suka MB DPulau yang disahkan sebagai MB Perak. Walaupun mahkamah mengesahkannya sebagai MB Perak, rakyat Perak tetap menganggapnya sebagai MB DPulau sahaja.
1) Bukan Tun Salleh Abbas yang mengharamkan UMNO tapi Harun Hashim hakim mahkamah tinggi ketika itu.
ReplyDelete2) "Sekiranya Tuanku Sultan menolak kehendak majoriti ADUNnya, Baginda boleh dibicarakan di Mahkamah Khas". Ini adalah satu kenyataan yang salah. Mahkamah khas diperuntukkan untuk membicarakan salah laku bersifat peribadi sultan bukannya atas sifat rasmi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi sultan, maka kalau ada isu berbangkit ianya akan dibicarakan di mahkamah terbuka bukannya mahkamah khas. Lihat Kes Karpal Singh lwn Sultan Selangor.
* Perhatian.
1) Jika kes sivil sebagai contoh
Karpal singh LWN Sultan Selangor, perkataan LWN akan dibaca sebagai DAN.
2) Jika kes jenayah LWN akan disebut LAWAN
Salam iam khufu
ReplyDeleteTerima kasih atas pembetulan anda
Salam Mamamat...
ReplyDeleteAku pulak lebih suka Nizar Menang...aku nak nengok muka Zambri biar jadi bertambah legam bila diwawancara press nanti.. biar ia terkilan tak dapat masuk kediaman MB.. biar ia terkilan Camry tak sempat lelong,,, dan katakanlan lepas Bubar DUN PRK UMNO memang... belum tentu Zambri boleh jadi MB lagi.. kut mana pun UMNO mesti bergaduh lagi..mampos UMNO
Saya menyeru agar semua pemimpin dan rakyat menerima keputusan mahkamah walau sesiapapun yang diputuskan sebagai MB.
ReplyDeleteJiki PR kalah, sila beri laluan kepada BN. Lawan lah lagi ada PRU 13 nanti.
Apa yang berlaku sekarang, bila BN menang, Mahkamah tak adil, bila PR menang, mahkamah adil. Bila kita setuju untuk mahkamah buat keputusan, maka kita perlu terima keputusan tersebut. Walau bagaimanapun rakyat adalah mahkamah sebenar.
jika pr kalah dlm kes mb takpa ada satu lagi kes yg akan di bawa ke mahkamah iaitu kes siapa speaker yg halal....
ReplyDeletesalam penakiri
ReplyDeletekenape tak sebut kalau PR menang sila bagi laluan kpd PR isk isk, kome ni speaker yg sah pun kome bawa lari
Minta tambah sikit .... MB dipulau lanun!
ReplyDeletesemalam ke Lumut, ada majlis khawin dekat IKM Lumut...sementara jalan2 kat lumut...ajak lah anak2 ke pulau pangkor untuk jalan2...rupanya ..anak2 tak nak ke pangkor...kata deme itu kawasan zamri mamak,....
ReplyDeleteKalau Zambry menang kes, PR tak boleh terima, krisis berpanjangan tapi kalau Nizar menang BN akan hormati keputusan mahkamah.Memng betulpun kenyataan mamamat. PR tak hormat mahkamah jika keputusan tidak menyebelahi mereka sebagaimana PR tidak menghormati keputusan Sultan Perak, tapi BN boleh. Siapa lebih menghormati demokrasi jika begitu? BN ke PR?
ReplyDeleteSivakumar jelas menunjukkan sikap tidak menghormati keputusan mahkamah dalam sidang DUN baru-baru ini apabila mengarahkan Zambry dan sembilan lagi keluar dewan.Dia membuat keputusan dan mengeluarkan arahan sesuka hatinya.Tindakan yang paling tidak demokratik hanya kerana ingin mempertahnan kedudukannya sebagai speaker. Padan muka diangkut keluar sebegitu.
yop,
ReplyDeletesidang dun 7 mei hari tu haram jugak ke? kalau ikut pemahaman teman mcm haram jugak. apa2 tindakan zambri dan exco serta kerajaan amno adalah tidak sah. keptusan penghakiman jelas mengatakan pelantikan zambry dan exco tidak sah.
cuma teman risau mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan main silap mata pulak hehehehe
windtalker,
ReplyDeleteawat hang biol sangat? pemecatan speaker pun tak ikut prosedur. awat hang tak boleh pikiaq.