Friday, May 22, 2009

PR macam nak tak nak jer ..

MB DPulau telah disahkan oleh Mahkamah Rayuan (MR) sebagai MB Perak. Seminggu sebelumnya Mahkamah Tinggi (MT)telah mengesahkan MB Nizar sebagai MB Perak. Begitu mudah hakim MR memperlecehkan keputusan hakim MT. Sistem kehakiman sememangnya telah parah semenjak Tun Salleh Abbas dihadapkan ke tribunal khas. Keputusan mahkamah yang membicarakan isu-isu politik dan tokoh-tokoh penting negara sentiasa menyebelahi UMNO dan keluarganya. UMNO masih suci pada tafsiran undang-undang. Usahlah dicabar akan tingkahlaku pimpinan UMNO di mahkamah. Hanya dapat sakit hati sahaja. Tetapi sakit hati itulah yang UMNO inginkan. UMNO mahu penyokong PR sakit hati. Bagi UMNO, manusia akan hilang pertimbangan apabila ada perasaan sakit hati.

PR tidak boleh sakit hati. Pimpinan PR harus menasihatkan pengikutnya agar bersabar dan terus bersabar. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Pada waktu yang sama juga PR mesti melaksanakan strategi untuk menambahlemahkan UMNO. Dalam konteks Perak, MB Nizar akan melanjutkan lagi kesnya di Mahkamah Persekutuan (MP). Selagi UMNO melalui MB DPulau tidak mengalah untuk membubarkan DUN Perak, selagi itulah MB Nizar akan mengocahnya. Makin lama MB DPulau di kerusi MB Perak, makin ramailah rakyat yang faham akan maksud kudeta. Akan meneballah rasa malu penyokong UMNO kerana pemimpin mereka telah menafikan hak 54% pengundi PR di Perak.

Keputusan MR yang memihak kepada MB DPulau sebenarnya menambahkan kesengsaraan UMNO yang dipimpin oleh Satu Malaysia. Pelabur masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk melabur di Perak. Akan ramailah rakyat Perak yang menganggur. Besar kemungkinan 54% pengundi PR akan menangguhkan dahulu bayaran cukai tanah dan cukai pintu sehingga DUN Perak dibubarkan. Atau mungkin mereka menangguhkan sehingga PRU 13. Andaikan separuh pengundi PR mengambil langkah melewatkan bayaran cukai tanah dan cukai pintu, ianya sudah cukup untuk melumpuhkan ekonomi Perak. 54% itu merujuk kepada hampir 800,000 pengundi di Perak. Sebahagian besar pengundi ini adalah terdiri daripada taukeh-taukeh besar dan elit Melayu yang diyakini menguasai dua pertiga ekonomi Perak.

Pengundi UMNO rata-ratanya orang Melayu bersubsidi yang kurang menyumbang kepada ekonomi negeri. Sebaliknya negeri yang menyara keperluan ekonomi mereka. Tetapi negeri pula telah kurang hasil pendapatannya. Dilema ekonomi ini akan mengecewakan peraih-peraih UMNO. Peraih bersubsidi ini tidak mempunyai sebarang kemahiran pekerjaan selain daripada menyalak minta diberikan tulang. Itulah tingkah laku ekonomi pemimpin UMNO di cawangan dan di bahagian. Pemuda UMNO tidak diajar dengan kemahiran menoreh getah dan bersawah padi sebagai bekalan jikalau UMNO menghadapi dilema ekonomi. Mereka tidak pandai menangkap ikan di paya. Bagi mereka ikan ada di pasar bukannya di paya. Akhirnya peraih subsidi yang lapar akan menjadi cepat marah. Bersediakah pimpinan UMNO untuk menghadapi kemarahan peraih belaannya?

Namun begitu pimpinan dan penyokong PR harus bertindak cepat menyusun gerak kerja untuk memenangi kubu-kubu UMNO disamping mengekalkan kemenangan yang sedia ada. Ajarlah kemahiran kepada anak-anak muda di kampung-kampung. Pertandingan memancing dan menyauk ikan di paya adalah antara aktiviti mingguan yang boleh diaturkan.

Satu lagi. Dua tiga bulan lagi anak-anak sekolah akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kenapa tidak pimpinan PR menyediakan tusyen khas percuma di markas atau di kawasan-kawasan yang sesuai? Penyertaan mesti terbuka kepada semua calon peperiksaan setempat. Takkan anak UMNO tidak mahu menghantar anaknya ke kelas tusyen? Jemputlah anak mereka untuk hadir ke kelas tusyen. Insya Allah akan cairlah sedikit sebanyak ketebalan mereka kepada UMNO.

Masalahnya ada di kalangan pimpinan PR peringkat cawangan atau bahagian yang masih memandang sinis kepada penyokong UMNO. Camne nak menang?



1 comment:

  1. Salam,

    PR kan orang kaya-kaya belaka, kalo setakat jawatan MB tu tak pandang punya ! lagipun jawatan ADUN alah macam main-main je hi hi hi

    ReplyDelete