Thursday, May 7, 2009

Tuanku mahukan Pakatan Rakyat?

Setelah selesai Titah Diraja ..

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat .. MB Nizar

14 comments:

  1. Mengapa begini caranya perlakuan mereka orang2 BN ni yang the so-called golongan yang faham TER amat kepada rukun negara itu??

    Saya tidak emosi orangnya bila berhadapan dengan isu politik atau apa2 kejadian politik. Tetapi, kejadian di DUN Perak ini berjaya menitiskan airmata saya. Kerana negara kita yang dikenali seantero dunia ini sebagai negara yang utuh sistem kerajaan dan dokumen perundangannya telah menjadi sejarah hari ini apabila satu cabang sistem demokrasinya dicemar dan dihina kemuliaannya sedemikian rupa.

    Bagaimana mungkin menjadi sah sidang DUN hari ini pabila perasmiannya pun belum dibuat tapi semua usul oleh pihak BN sudah dilaksanakan.

    Begitu sekali BN Perak menghina kedaulatan perundangan dan kesultanan Perak, dengan melakukan sedemikian rupa perlakuan pengambilan-alih speaker dewan.

    Oh! begini rupanya cara menukar speaker dewan!

    ReplyDelete
  2. Pihak Polis telah mencemar Dewan. Dewan adalah tempat menggubal undang2 dan Polis adalah pelaksana. Polis patut tumpukan perhatian kepada kes2 jenayah yang dah meningkat. kes ragut, kes bunuh bukan kes2 politik...

    ReplyDelete
  3. Mamamat..
    Apakah boleh dipercayai kata-kata manis sebegitu.. Kalau dulu bapanya siap berkata Innallah ha maas sabirin kat Nizar.. kali ni si anaknya berkata saya nak bekerja dengan PR.. Minta maaf lah.. aku tak percaya buat masa ni.. cukuplah sekali kita tertipu...

    ReplyDelete
  4. Salam Mamamat,

    Teman sokong Manjungmari.

    Apapun, kalau betul, bagus jugakkan?

    ReplyDelete
  5. teman pun..seperti bapak kasi gula2 pada anak supaya jangan gaduh2...

    luntur sudah kepercayaanku..huh..!!

    ReplyDelete
  6. bersangka baiklah... sekurangnya kebijaksanaan Tuanku Sultan telah membogelkan UMNO hingga menampakkan nanah dan busung, lendir dan hanyir bukan hanya kepada rakyat Malaysia malah warga dunia.

    ReplyDelete
  7. mamamat,

    satu apa puakpuak yang berkepentingan ini tak boleh dipercayai....cakap berdegor...berak bawah gelegor...geramnya aku.....darah naik ni

    ReplyDelete
  8. May Allah Bless PR! jahanam be end.

    ReplyDelete
  9. memang siot...la BN ...Allahuakbar...hidup PR

    ReplyDelete
  10. Raja Nazrin saja ja tu.. Nak ambik hati MB Nizar & PR. Nak kerja ngan pakatan rakyat kalu, yang pertama bubar dun. Daulat Tuanku

    ReplyDelete
  11. stuju ngan manjungmari...
    helah tutup mulut jer tu

    ReplyDelete
  12. Teman pun beranggap gitu, kalo nak selesai masalah pun ngapa panggil dema berdua mengadap. Nampaklak buruknya PR ni.Sesungguhnya BN dah banyak plan dari A-Z sebelum masuk Dewan untuk menghalalkan cara. Tapi yang teman kesian kat Sivakuamar dema tarik macam tarik lembu nak kena sembelih. Lihat lah dunia drama yang paling dramatik berlaku di abad ini. Inallahama assobirin untuk bacaan kali kedua...

    ReplyDelete
  13. "Kalau dulu bapanya siap berkata Innallah ha maas sabirin kat Nizar.. kali ni si anaknya berkata saya nak bekerja dengan PR.. Minta maaf lah.. aku tak percaya buat masa ni.. cukuplah sekali kita tertipu..."

    Tak percaya kepada Sultan Perak dan Raja Muda ke atau tak percaya kepada Nizar?

    Kedua-dua kalam diRaja tersebut disampaikan oleh Nizar kepada umum, tak siapa dengar dari mulut baginda berdua sendiri. Mungkin juga Nizar berbohong lagi sebagaimana dia berbohong dalam mahkamah dan DUN.

    ReplyDelete