Monday, May 11, 2009

UMNO masih ada muslihatnye

5.15 ptg, 11 Mei 2009. Pintu utama SUK telah dirantai


“KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI : Nizar masih MB sah Perak. Hakim Abdul Aziz kata Nizar tidak pernah hadapi undi tak percaya dalam DUN”. Begituler bunyinye sms yang teman timer pukui 3.58 petang tadi dari sorang pimpinan PR. Kelam kabut teman menerokam laptop yang sememangnya telah siap dionkan tenetnye. Memang sah dan sahih mesej sms tu.

Kemudian teman teruih ke Ipoh. Teman ade hal sikit di Jalan Hussein. Pejabatnya tutup pukui 6.00 petang. Masuk jer Ipoh, hujan mula turun. Lima minit jer hal teman tu. Pukui 5.15 teman udah ade bawah Pokok Demokrasi. Suasana tenang. Kemudian teman musing ikut Kluang Café teruih ke hala pintu depan SUK. Hujan masih turun. Kalo turun boleh lenjun yeop. Ghupenye udah dirantai deme pintu tu. Takdeler teman nampak kelibat polis dalam kawasan SUK. Deme takut hujan ler tu.

Teman terpikio, MB Nizar mesti segera mengadap Tuanku Sultan Perak memohon perkenan sekali lagi untuk membubarkan DUN Perak. Kalo boleh hari ni atau malam ini juga. Tak boleh tunggu sehingga esok. UMNO ni banyak muslihatnya.

UMNO udah ade Speaker MIC@mic. Walaupun speaker tu haram, tapi dalam UMNO yang haram boleh dihalalkan. Buatnye esok dia manggil Sidang DUN, kemudian buat undi tak percaya pada MB Nizar, maka sahler bagi deme yang MB DPulau tu MB Perak. MB NIzar kena segera mengadap dan pihak istana pula melalui Tuanku Raja Muda kena mengotakan janjinya yang mahu bekerja bersama PR.

Semoga Allah memudahkan urusan MB Nizar. Amin


6 comments:

  1. Betul tu, saya harap disegerakan urusan mengadap dan mohon bubar DUN kalau PR tan nak putih mata.

    ReplyDelete
  2. Yong idak le pandei undang2. Tapi Yong penin pikor camne speaker mic tu boleh sah kot yang melantiknya dah haram? Cuba mike jelehkan. Bila hakim kata MB BN tu tak sah, maknanya tak sah sejak mula lantik lagi le. Jadi ape yang dibuat tu boleh pulok kira sah??? Bagi Yong Sivakumar tu masih speaker yang sah. 10 orang ADUN BN (termasuk si katak 3 ekor tu) semuanya tak boleh hadir sidang. Tolong sesapa boleh ulas dan bagi tahu Yong orang kampung Pasir Salak ni.

    ReplyDelete
  3. salam.

    adapun sultan pun ada muslihatnya. dia tolak pembubaran kali pertama. dah minta dgn bacaan ayat quran untuk bersabar. 'dia di atas politik'. tidak mustahil tetap tolak pembubaran untuk kali kedua.

    raja muda tiada kuasa selagi sultan masih ada. raja muda datang ke sidang DUN tempohari juga hanya untuk merasmi sahaja. 'juga di atas politik".

    situasi memang sukar, kecuali dengan izin Allah. Hanya jadi mudah jika Allah Yang Maha Membolak-balik Hati, menjadikan sultan memberi perkenan permohonan pembubaran kali ini. sama2lah berdoa.

    ReplyDelete
  4. betul. kalau boleh skrgni juga bubar dun. tp kalau sultan xbkenan,masalah juga. [my blog]

    ReplyDelete
  5. declaration mahkamah yang memihak kapada DS Nizar membuktikan tuduhan liar PKR@PR terhadap ketidak adilan mahkamah terbukti tuduhan tidak bertamadun dan didorong emosi semata-mata.

    penerimaan UMNO terhadap keputusan ini juga membuktikan bahawasanya pihak kerajaan sentiasa mendokong prinsip kepercayaan kebebasan badan kehakiman negara kita sepenunya dan memandang tinggi kedaulatan undang-undang.Bukannya berundur ribuan tahun kebelakang dengan menggunakan undang-undang kancil dan singa (undang2 satwa rimba).

    UMNO tidak pernah panik dalam menghadapi sebarang kemungkinan,ancaman dan cabaran.Usia lebih enam puluh tahun telah cukup matang dalam mengolah segala pahit maung demi memayungi umat melayu sampai bila-bila.

    PKR@PR tak perlulah terlalu yakin,umat melayu akan berdiri membentengi parti karamat ini sekiranya UMNO disakiti.

    korang jangan lupa kes ni masih dalam rayuan.jangan nanti esok bila UMNO diumumkan menang korang kata tak adil lah pulak dan siap baring dan guling-guling di tengah jalan.

    Tuanku Sultan Perak ada sebab untuk menolak permintaan DS Nizar untuk bubar DUN:-

    1/ DS Nizar-bukan mewakili suara majoriti.
    2/ DS Zamri masih sah sebagai MB sehingga keputusan rayuan diumumkan.

    ReplyDelete
  6. Yang teman ghiso PM Najib tak mahu terima kenyataan dan akan buat macam Pak Malau untuk menidakkan keputusan Hakim.

    ReplyDelete