Thursday, April 30, 2009

Tumpo yeop .. Sultan belum perkenan lagi

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan walaupun menerima pelbagai ancaman pakatan pembangkang termasuk kemungkinan memulaukannya, kerana tarikh berkenaan sudah mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kerajaan negeri hanya memberi cadangan mengenai bila sidang DUN akan diadakan tetapi keputusan terakhir dan muktamad dalam menentukan tarikh persidangan berkenaan adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak.

Ulasan

Mane satu yang betui ni? Ayat ataih kata udah dapat perkenan. Ayat bawah pulak memberitahu kite yang seolah2 sultanpun pening. Sultanpun belum dapat tentukan lagi tarikh yang muktamad. Senang citer ayat2 MB DPulau ni membawa maksud bahawa perkenan istana sebenornye belum dapat lagi. Berbelit betui MB DPulau ni. Tapi teman pikio macam ini jer ler ..

Hampaih betui MB DPulau ni. Beria2ler kata Sidang DUN Perak tetap diadakan pada 7 Mei 2009. Patutler Speaker Sivakumar ada kata yang Abdullah Antong Sabri telah gagal menunjukkan bukti secara hitam putih akan perkenan istana perihal sidang ini. Kegagalan Abdullah Antong menunjukkan bukti perkenan istana ini telah menyebabkan Sivakumar melanjutkan lagi penggantungan jawatannya sebagai Setiausaha DUN Perak.

… keputusan terakhir dan muktamad dalam menentukan tarikh persidangan berkenaan adalah dalam bidang kuasa Sultan Perak. Tinggai seminggu lagi. Perkenan istana masih belum diperolehi lagi. Usul udah ade. Usul nukor speaker dan lantik speaker baru. Itu jer. Tapi macam mane nak buat usul jikalau perkenanpun belum dapat. Katakanler last minute dapat juge perkenan istana, adakah semudah itu usul ini diterima oleh speaker? Pening.

Lebih pening lagi, katakanler sidang tak jadi sehingga 15 Mei 2009. Speaker pulak hantar notis pada SPR untuk memaklumkan bahawa telah berlaku kekosongan kerusi di 24 DUN Perak atas alasan mereka telah tidak hadir Sidang DUN sehingga melebihi tempoh enam bulan. 28 ADUN PR dan 7 ADUN UMNO selamat kerana mereka telah hadir dalam sidang bawah pokok dan ada yang sedang digantung daripada menghadiri Sidang DUN untuk tempoh antara 12 hingga 18 bulan. Nayaler MB DPulau sekiranya ada PRK di 24 DUN, iaitu 20 DUN UMNO, 1 DUN MCA dan 3 DUN lompat. Ituler elok2 MB Nizar mintak supaya dibubarkan DUN, UMNO tolak. Last2 PRK pulak di kawasan DUN UMNO.

Tumpo yeop!

3 comments:

  1. Nayaler MB DPulau sekiranya ada PRK di 24 DUN, iaitu 20 DUN UMNO, 1 DUN MCA dan 3 DUN lompat. Ituler elok2 MB Nizar mintak supaya dibubarkan DUN, UMNO tolak. Last2 PRK pulak di kawasan DUN UMNO.

    Najib pula kata UMNO(BN) jangan betanding,nanti membaziekan wang rakyat segala..

    Baru lah, raya Cina,raya Hindu,raya Melayu meker.,Mamamat jadi Hantu Raya kat highway atas Jambatan sungai perak sana,sebab menang Pilihanraya cara pecuma.

    He!He!jgn Maree.

    ReplyDelete
  2. Bekas ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas exco negeri itu, V Arumugam jika gagal membayar balik hutang kepadanya sewaktu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 2008.

    Zamil yang mengaku menjadi pengurus kempen Arumugam dalam pilihanraya tersebut, mendakwa Arumugam berhutang kepadanya untuk membayar wang deposit sebagai calon

    ...Alahai..sekarang baru bukak cite, sebab Arumugam tak ikut lompat lagu hang bukan pasai duit, La ni hang kaya tanggok lah gambar2 bersama EZAM dan juak-juak dekat villa indah dengan kenderaan yang menjalar depan villa tersergam..indah..cuma sakit hati punya pasai sebab dah kalah berganda..pohdaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik ler kat malaysia ni takdak terrorist macam kat pakistan atau india. Jikatidak pasti sekali YB Kudeta itu dah hancur berkecai kena bom buatan sendiri. Tak perlu C4. Kita masih toleransi dan hormat sesama manusia namun kalau sebelah pihak sahaja takdak la hormat menghormati dan tolak ansur. Kalau asyik kena tolak takdak ansur ..hmm pasti nanti kan meletup juga. Kalau setakat meletup batin takpe tapi kalau meletup semacam C4 atau hasil buah tangan dr azhari dan nordin mat top macam mana?

    ReplyDelete