P059 BUKIT GANTANG | UNDI |
PR (PAS) | 21, 860 |
BN (UMNO) | 19, 071 |
BEBAS | 62 |
ROSAK | 456 |
MAJORITI | 2,789 (PR) |
DUN KUALA SEPETANG | 7 APRIL 2009 | 8 MAC 2008 |
PR | 8, 466 | 7, 490 |
BN | 6, 259 | 6, 193 |
MAJORITI | 2,207 (PR) | 1,297 (PR) |
DUN CHANGKAT JERING | 7 APRIL 2009 | 8 MAC 2008 |
PR | 9, 896 | 9, 163 |
BN | 8, 206 | 7, 939 |
MAJORITI | 1, 690 (PR) | 1, 224 (PR) |
DUN TRONG | 7 APRIL 2009 | 8 MAC 2008 |
PR | 3, 367 | 3, 301 |
BN | 4, 124 | 4, 021 |
MAJORITI | 757 (BN) | 720 (BN) |
apa kata hang cuba "decipher" sikit apa maksud hang daripada permainan angka ini...aku just nak dengar (baca) in writing.
ReplyDeletenampaknya ada peningkatan setiap dun..
ReplyDeletedun trong walaupun kalah tapi ada sedikit peningkatan berbanding 2008
maksudnye...Adun lompat tu bukan penyebab kemenangan tapi parti...kalau bertanding DUN..kalah le
ReplyDeleteKalau orang tempat sendiri dah tolak...buat apa jadi wakil rakyat....
Teman kira banyak kali. Angka tak tally. Lebihan undi Pas lebih banyak. Cuba mike kira.
ReplyDeletehumm pendapat saya bro,
ReplyDeleteMakin "hulu" tempat tuh makin banyak pengundi UMNO.Mungkin boleh wat kesimpulan begini.Kalau PR nak menang sesuatu tempat tu,kene memodernkan tpt tuh dulu.
Boleh ke camtuh?hehehe
Salam semua
ReplyDeleteAngka2 itu memang tak sepadan .. tapi takat ini ituler sumber yang ada. Misalnya masih kurang 1131 undi. Kalo tolak dengan 456+62 masih lagi kurang 613 (mungkin undi pos belum dimasukkan lagi).
Tapi hakikatnya majoriti pengundi Melayu di desa2 masih bersama UMNO. PR perlu fikirkan macam mane nak menerobos kubu UMNO ini.
Salam Mamamat,
ReplyDeleteBetul. PR perlu buat sesuatu.
Sesuatu yg jd persamaan semua org tak kira bangsa,lokasi dan agama ialah ekonomi.Munkin PR boleh kenalkan program ekonomi desa utk org kampung untuk tarik perhatian diorg.
ReplyDeleteProgram2 ini harus bukan program bina jambatan atau bersih masjid.Tapi program menjana ekonomi kampung tajaan PR.Misi memberi "pancing" bukan "umpan" kepada org kampung.
BN buat pembangunan untuk menangkan calon kita. lepas ni tobat semua jadi afghanistan.
ReplyDeletesemalam kita jumpa, perasan tak? :)
Kita mula balik dari zaman Tun Hussein. Sambung sistem masa itu. Utamakan Melayu luar bandar.
ReplyDeleteSambung sistem FELDA dalam skala kecil. Xperlu berhijrah, cuma gunakan tanah mereka yang terbiar begitu sahaja.
FASA SATU
Tebas semak-samun satu kampung. Semua diberi anak benih cili, sayuran, ulaman untuk ditanam di kawasan kecil. Kawasan selebihnya bagi benih pisang, rambutan, mangga dsb.
Ini untuk menjana pendapatan harian dan untuk kegunaan sendiri.
Kawasan selebihnya beri benih kelapa sawit, getah. Ini untuk pendapatan jangka panjang.
Hantar lori agensi berkaitan pertanian masuk ke kampung. Beli hasil tanaman mereka dengan harga berpatutan. Pada masa sama pegawai datang periksa hasil tanaman mereka. Buat apa patut. Bagi tunjuk ajar.
FASA DUA
Buat rumah murah untuk mereka. 3 bilik, 1 bilik masing-masing untuk mak ayah, anak perempuan anak lelaki. Tak kira berapa anak pun. Lepas tu pandai la mereka menabung untuk tambah rumah.
Ini membolehkan anak-anak mereka senang untuk belajar. Rumah yang selesa menyediakan persekitaran yang selesa.
FASA TIGA
Bagi baka ternakan untuk mereka. Ini juga untuk jangkamasa panjang. Buat sistem pertanian moden.
Pelepah sawit jadi makanan lembu, tahi lembu jadi baja untuk tanaman.
BACK TO BASIC
Biar anak-anak kampung ada kerja nak buat di kampung.
Memang cara ini lambat, tapi kita boleh menyelesaikan benda-benda asas mereka. Tanah-tanah mereka pun tidak terbiar.
Kemudian baru kita fikirkan projek-projek besar untuk mereka. Buat ladang bersama. Masing-masing memegang saham sama rata. HAsil dibahagi sama rata. MACAM FELDA.
Inilah yang UMNO telah abaikan. Sibuk nak membangunkan bandar untuk ego sendiri. RAKYAT boleh TENGOK pembangunan tapi TIDAK DAPAT menikmatinya.
Ini masalah di bandar. Biar SELANGOR uruskan. PAS settlekan dulu kampung-kampung ini.
SELANGOR kena kekalkan kawasan MELAYU dibandar dari dijual kepada taikun Cina. Dulu GOMBAK, SENTUL, KERINCHI, AMPANG kawasan MELAYU. KERINCHI dah HILANG. GOMBAK, AMPANG, SENTUL sikit-sikit cina masuk. Melayu xmampu nak beli kondominium ditengah bandar. Sebab itulah Kampung Warisan Melayu di Lembah Klang kena dipelihara.
Korang nak tengok MANJOI jadi macam tu. 10 tahun dulu Kampung Warisan yang sedang dipertahankan di GOMBAK, AMPANG, SENTUL dari dijual kepada tangan lain ialah MANJOI sekarang.
Buangkan fahaman politik. UMNO teliti balik polisi nak bangunkan Kampung Baru, Kampung Chubadak, Kampung Berembang. Jaga TANAH MELAYU. PAS concentrate bangunkan TANAH MELAYU di di luar bandar.
Aku xnak tengok KL jadi S'pore ke-3. Kita boleh pertahankan LEMBAH KLANG, kita beli masa sebenarnya untuk kita selamatkan LEMBAH KINTA.
Wa sgt setuju bro joe.Idea sama cam wa.Wa tgh cuba implementasi sendiri pon skang ni sendiri.Alhamdulillah takat ni dpt jugak bukak peluang keje pd org2 kampung keje sikit2.
ReplyDeleteNi keje2 gua.Bukan mau promote biz ya.:P
http://precisefarm.blogspot.com/
Wa rase plan bro joe tuh mmg boleh berjaya.Tapi wa rase parti politik tak perlu directly involve sbb ia akan wujudkan susana pilih kasih mcm agensi UMNO di kampung.Mungkin NGO umpama blogger network perak mampu mengendalikan projek2 cam ni.Sponsor plak boleh cari cam tabung pilihanraya BNM tuh.Dari rakyat untuk rakyat.Fuhh menjadi beb.
Kalau ader sesaper berminat,wa nak sgt involve n membantu.Wa politik2 tak pandai..meniaga bole la sikit2
di desa kena bagi mereka laptop dan internet line...
ReplyDelete