Wednesday, April 1, 2009

Kanker best kalo ade PRK di kuale ...

AP tempat teman ini takde ker hajat nak letak jawatan AP setelah kalah ketua wanita. Dalam PRU 12, AP teman nyaris nak kalah masa penamaan calon lagi, tapi masih selamat. Itupun menang sikit jer. Jadiler. Menang itupun sebab AP teman ni megang jawatan ketua wanita UMNO dan merangkap menteri AP pulak tu. Kalo idak, udah lama tumponye yeop.

Udah lame orang kuale tak merase jadi AP sejak Opah Pidah mengecop kuale selame lima penggei. Dengki bebenor wanita UMNO kuale pada Opah Pidah. Kalo tak dengki, takdeler orang kuale juga yang jadi Naib Wanita UMNO. Kepada Opah Pidah, pulangkanler hak orang kuale kepada orang kuale. Lagipun keme pengundi di kuale ni nak juge merase suasana raya macam di Bukit Gantang. Teringin bebenor keme nak berendam dalam Sungai Perak masa penamaan calon. Maklumler orang hari tu punyaler ramei sampei tak muat pekan kuale. Ramei bebenor sebab seghonok yang APnya udah pidahhh…

Teman sebagai pengundi di kuale dan peghonah sekali dalam lima kali ngundi mengundi Opah Pidah, berhajat bebenor pada Opah Pidah. Opah Pidah, letakler jawatan AP kuale. Teman idakler sampai hendak mendoakan Opah Pidah mati cepat. Nanti berdosa. Tuhan marah. Teman nak Opah Pidah terus sihat walafiat mengiringi UMNO ke muzium nanti. Sebagai pengundi kuale, teman mintak jasa baik Opah Pidah kosongkanler kerusi AP tu. Keme rakyat nak terus berpesta PRK. Lepaih satu PRK, satu lagi PRK. Rakyat juge yang untung kerana dapat jalan bertar baru. Lagipun sekarang Opah Pidah bukan ada kuasa nak mintak tarkan jalan di kuale ni. Masa iniler Opah Pidah nak nolong orang kuale dapat jalan tar baru.

Sebagaimana meriahnya Bukit Gantang, begituler meriahnya di kuale. Kalo UMNO takde orang nak ngantung bendera UMNO, bior teman tolong gantung. Tak bagi upahpun takpe. Kalo dulu PAS taruh bendera ataih pucuk pokok, kali ini bior teman manjat pokok taruh bendera UMNO pulak. Lawa per kalo bendera UMNO ataih pokok. Teman tolong gantung sebab nak bagi meriah. Bagi nampak yang UMNO ni masih melawan. Undi tu rahsia.

Bukan aper, dalam empat lima kali teman ngulang ke Bukit Gantang sebelum dan selepas penamaan calon, teman tengak UMNO udah takde seri. Bendera UMNOpun main pacak jer. Tidak disusun diikat bagi cantik dan kemas. Bila buluhnya tumbang atau patah, takde sape nak nolong negakkannye semula. Abih bendera UMNO kena pijak dan kena langgor oleh lori. Sian teman kat UMNO ni. Heran teman, pasai aper UMNO udah teruk bebenor. Dulu tak macam ini. Dulu yang macam ini, PAS jer. Dunia udah terbalikker?

Mana peginya orang UMNO Bukit Gantang? Canopi dan bangku meja kaler biru udah lama sampai. Macam tak berusik jer. Takkanler UMNO udah malu nak tunjuk muka. Relaksler. UMNO belum dihantar ke muzium lagi. Moh kite lawan. Kita guna slogan yang sama. Lawan tetap lawan. Lawan sampai ke muzium. Oppss.., Muzium Taiping sedang diubahsuai bagi besor. Nanti selesaler UMNO duduk dalam muzium tu.

Tak sabor teman nak mawak anak-anak nengak UMNO di Muzium Taiping. Aik, Opah Pidahpun ada? Teman bukan nyuruh Opah Pidah duduk bermalam dalam muzium. Teman suruh Opah Pidah iring jer UMNO ni ke muzium. Itu jer



7 comments:

  1. yob..
    dun manong tu pekat umno. teman dah getik dengan kuale dah. mak teman pengundi talang, lepas ni tuko jadi pengundi bukit gantang. rumah kami dekat simpang skang. maap le. lantok la kuale dengan umno nye.

    ReplyDelete
  2. salam..betoilah lama bebenor rasenya takde prk di kuale. kot kot padang rengas pun nak letak jawatan lagi cantekkk. kawasan keme tu.

    ReplyDelete
  3. Salam sahabat
    Jenin .. UMNO Manong cuma menang 700 undi jer. Maknanya udah tak kuat pekatnya. Undi PR meningkat, undi UMNO menurun. PR berpotensi menang di KK. Sampai hati mike ninggeikan teman di kuale ..
    Tonka .. kalo deme taknak letak, kita sabor ler nunggu PRU 13. Siapkan calon untuk Padang Rengas.

    ReplyDelete
  4. Pertembungan di antara menteri pasola zambri dengan mb rakyat nizar di negeri Pasir Dua Butir penuh dengan adegan yang mencuit hati dan perasaan.

    Dahlah kempunan jadi imam,menteri pasola menjaja citer tak dapat jadi imam se malaya di dalam saluran ceria umno,tv suku dan paper-paper totok umno.

    Lepas ni kalau nizar sembelih ayam,menteri pasola akan complain tak dapat sembelih ayam.tok paham betapa desperadonya menteri pasola ketika ini.Kalau boleh apa yang dibuat oleh nizar,menteri pasola mampu lakukan.menteri pasola boleh....dan menteri pasola yakin boleh.

    setelah dirampasnya negeri pasir dua butir dan telah puas melanun di jajahan takluk negeri pasir dua butir,baru menteri pasola sedar dia syok sendiri pasal rakyat bersama nizar.

    menteri pasola ingat boleh rampas kesemuanya.rakyat dah bijaklah....kerajaan bawah pokok lebih mulia daripada kerajaan lanun yang diperintah menteri pasola.

    suara keramat rakyat yang kini bergema berselang-seli dengan takbir,reformasi dan makkal sakhti di Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai bagai hunusan pedang dan tombak yang bakal merobek kerajaan lanun menteri pasola di negeri pasir dua butir.Laksamana do re mi(Bukit gantang,bukit selambau dan batang Ai)akan menumbangkan keangkuhan empayar keris bertangkai satu dan soldadu-soldadunya dari barisan timbang kati karat.

    Ketika itu rakyat akan bersorak,berteriakan kerana bukan sahaja negeri pasir dua butir bebas merdeka tapi keseluruhan negara tercinta bebas daripada cengkaman empayar keris bertangkai satu.

    menteri pasola boleh balik pulau d'pengkor.

    lambat pulak mamak ni.teh wunek...vanga.tok dah haus

    ReplyDelete
  5. tu la pase nyer..keme ingat dpt le keme ngundi sekali lagi kat kuale ni.. nak wat mcm mane mahkamah sumer die yg pegang...mahkamah ni utk org UMNO jer... dia buat salah mcm mana pun mesti tak salah punya... teman pun nak tukar tmpt ngudi ler...dah 2 kali teman ngundi kat chandan..tegar bebenor umno kat sini...teman nak ngundi kat dun manong pulak sb teman duk kat tmn jasa... pilihanraya sekali lagi baru ler boleh kalahkan ramly zahari

    ReplyDelete
  6. heheehe.
    abg mamamat..
    bekas askar yg dgq metallica pun sentimental? hahaha.
    mike pikior, nak yb asmuni ke nizar? huahuahua.

    http://prioryofjenin.blogspot.com/
    (ada cerita mail sapian yg takda kt tempat lain).

    ReplyDelete
  7. opps... luper.
    mike jgn le amik ati. kalo nizar menang banyak, teman biorkan mak teman tunggu talang dengan mike. lagipun dia membesor panjang kat taman setia nu..

    ReplyDelete