Oleh kerana sifu teman MSK udah mula bukak citer berkisah tentang pimpinan PR khususnya di PRK Bukit Gantang, temanpun nak nambah skit.Tapi sebelum itu teman bagitahu awai-awai lagi yang teman sekeluarga buat masa ini masih setia untuk ngundi calon PR. Akan datang teman tak tahu. Memang teman nak tulih mende ni awai-awai lagi. Tapi mengenangkan kempen tengah berjalan, teman pendam jer dulu.
Jangan kata teman tak sayang pada PR. Kerana sayangler teman nak luahkan apa yang teman rasa tak berapa betui pada pimpinan PR. Kalo teman tak sayangkan PR, buat peronjang aper teman abihkan masa sejam dua menulih dan membaca tulisan-tulisan kengkawan samada yang pro-PR atau pro-BN di dunia maya ini. Hampir semalaman setiap malam, teman peruntukkan masa untuk PR. Jarang bebenor teman berada di rumah sebelum jam 12 malam. Ada juga kengkawan yang menegur, mike ni takde baju lain ker .. lusuh bebenor baju mike ni. Duit banyak nak buat aper? Bukan boleh bawak mati. Sejak 1998, teman rase udah puluh ribu duit teman abih untuk PR. Teman tak mintak diganti. Teman tak mintak jadi calon, bahkan menolak untuk jadi calon. Biorkan teman bekojer cara teman. Sekurang-kurangnya bila teman ada duit, boleh bayor kain rentang, boleh bayor fotostat bahan kempen. Salahker teman menyampaikan suara rakyat. Bukanker suara rakyat itu suara keramat? MSKpun cukup sayang pada PR. Teman yakin teman dan kome semua teramat sayang pada MB Nizar.
Oleh itu, salahkah kita membuka pekong kelemahan pimpinan PR? Ada yang kata tegur dalam majlis tertutup. Nak tegur camne, majlispun namanya udah tutup. Bukannya deme tak tahu pasai teguran ni. Deme lagi tahu. Cumanya deme tetap rasa yang deme tu pandai. Maklumler deme itu pemimpin parti politik, bukannya pemimpin politik. Kalo deme tu orang politik, deme tak buat kelaku macam orang parti politik. Orang politik hidup dan matinya untuk rakyat, tetapi orang parti politik hidup matinya memainkan rakyat. Buat masa ini, tak ramai wakil rakyat PR boleh dikategorikan sebagai orang politik.
Semasa heboh ada pihak yang taburkan gambor hina sultan dan mufti, ada yang pegi report di balai polis. Bagi teman elokler report. Sebab dalam suasana nak ngundi ini, semua ruang dan peluang mesti digunakan sepenuhnya. Tetapi peluang dan ruang yang halal sahaja.Tetapi, ada sorang YDP PAS satu kawasan mengatakan tindakan report itu buang masa. YDP itu memperlecehkan usaha yang pegi report. Siap kata lagi, deme udah taburkan mende tu lepaih subuh lagi. Buang mase jer report. Polis bukan ambik peduli. Baik buat kojer lain. Yang dengor angguk-angguk. Teman tunduk geleng. Betuiker YDP ni. Kalo macam iniler punya YDP, sampai tobenpun PAS tempat dia jadi YDP takkan menang. Patutnya ucapler tima kasih sebab ada yang report. Ini idak, siap kutuk lagi.
Setelah dua tiga hari berkempen, teman dengor MSK mengeluh pada sorang AP PAS yang juga AJK PAS pusat. MSK kata, kami ni nak mintak kat petugaspun tak dibagi. AP tu kata, aku ingat aku jer yang ada masalah dengan deme. Rupanye komepun sama. Cukup.
Sehari selepas ngundi ada sorang Ketua Bahagian PKR mengeluh. PAS tak pandang kita. Bila kita datang nak bantu, PAS kata semua beres. Kami dudukler di bilik gerakan. Tetiba datang sorang lelaki 40-an, kami udah tunggu tapi takde sape datang meraih undi. PAS janji nak datang. Saya udah bagitahu orang kampung. Deme nunggu tu. Kelam kabut ketua bahagian ni kumpul dan sms anak buah mintak datang segera. Mana pegi pimpinan PAS yang pandai berjanji tapi tak reti nak tunaikan. Bila nak dibantu, tak mahu. Kalo teman kata bodoh, karang jadi sombong pulak.
he he he he bodoh sombong lahh tu,,,,,,,,
ReplyDeleteHmm... memang setiap pihak ada kelemahannya. Harap tuan mengetengahkan idea yang boleh menghindarkan kegelisahan sesama sendiri dan seterusnya mengharmonikan pakatan rakyat.
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeleteBRO mamat....
Aku pun camtu gak....
Kekadang menyampah dengan situasi politik malaysia..
Sebab aku terpaksa memilih antara dua persatuan kumpulan parti politik yang buruk....
hehehehehehe
Salam semua
ReplyDeleteAntara cara yang mudah dilakukan ialah membentuk Sekretariat PR di peringkat parlimen dan DUN. Penyatuan PR begitu longgar di grass root. Tidak ada hormat menghormati antara ahli PAS dan PKR di kawasan pengundi Melayu. Masing2 nak berebut kawasan.