Thursday, April 16, 2009

UMNO liwat Perak

Keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan keputusan Speaker DUN Perak menggantung MB DPulau dan enam exconya daripada menghadiri sidang DUN sememangnya telah dijangka. Syabas dan tahniah kerana mahkamah mengizinkan insitusi ini menjadi talian hayat kepada UMNO. Setinggi tahniah kepada MB DPulau kerana telah berjaya membuktikan bahawa UMNO adalah parti pengemis atau parti peminta sedekah. Hilang terus gahnya UMNO di negara ini. Walaupun Speaker DUN, YB Sivakumar tidak mungkin mengeluarkan notis Sidang DUN, MB DPulau tetap akan mengusahakan Sidang DUN tajaannya dihalalkan oleh mahkamah. Bukankah MB DPulau telah menjadi pakar merampas kuasa ikut pintu belakang? Tentu tiada masalah lagi untuk MB DPulau terus bermain di bahagian belakang. MB DPulau dan One Malaysia telah meliwat PR. MB DPulau dan One Malaysia telah meliwat rakyat Perak. Dan lebih mendukacitakan rakyat Perak ialah apabila One Malaysia berani meliwat istana. Jikalau istanapun boleh diliwat, apalah sukarnya meliwat mahkamah!

Terima kasih MB DPulau dan One Malaysia. Terima kasih kerana merampas kuasa di Perak. Terima kasih kerana membantu menyatukan PR. PAS, PKR dan DAP semakin padu dan bersatu.Terima kasih tidak terhingga kerana menambahkan sokongan rakyat kepada PR. Terima kasih kerana menunjukkan kepada rakyat akan pemimpin masa depan Malaysia selepas DSAI. Terima kasih kerana menambahkan masalah kepada BN dalam PRU 13 nanti.

UMNO tidak lagi dihormati. UMNO telah tidak lagi relevan kepada Melayu. UMNO telah mengecewakan Melayu. UMNO telah semakin menyimpang jauh daripada perjuangan Melayunya. UMNO telah layu. One Malaysia hanya pandai berkata-kata. One Malaysia sedang menggula-gulakan rakyat. Buang yang keroh, ambil yang jernih. UMNO akan kembali membela rakyat. Tetapi rakyat telah hilang kepercayaannya. Golongan Melayu muda semakin menjauhi UMNO. Golongan bukan Melayu telah membulatkan tekad tidak akan mengundi BN dalam PRU 13. Golongan Melayu tua semakin berkurangan. Saban hari jumlah kematian pengundi UMNO melebihi jumlah kematian pengundi PR. Saban hari jumlah pengundi baru UMNO amat berkurangan berbanding pengundi baru untuk PR. Bersediakah UMNO untuk PRU 13?

Selagi rakyat setia dan tetap menyokong PR, PR tidak akan mengalah. PR akan lebih bersedia untuk memimpin negeri dan negara selepas PRU 13. Semangat dan keyakinan PR bertaut rapat dengan kehendak rakyat. Rakyat adalah teras perjuangan kepada pemimpin PR. Dan ini berbeza dengan BN yang perjuangannya telah mula dilihat mempermainkan rakyat. Rakyat telah dikatakan tidak bijak kerana tidak menyokong BN, sedangkan pada masa yang sama rakyat diminta menghormati kehendak majoriti. Majoriti rakyat telah memilih PR dalam beberapa siri PRK yang lalu, tetapi UMNO masih terus menyalahkan rakyat kerana memilih PR. Apakah UMNO telah nyanyuk sehingga menjadi parti yang pelupa?

Kepada penyokong dan pengundi PR di Perak, usahlah diharap sangat akan keputusan yang menyebelahi kerajaan PR. Kepada pemimpin PR, teruskan usaha kalian untuk mendedahkan lagi kepincangan talian-talian hayat UMNO. Pada waktu yang sama juga pemimpin PR harus bersatu hati dengan mengurang atau mengsifarkan wasangka sesama sendiri. Ingat, rakyat adalah segala-galanya. Dan yakinlah bahawa Allah tidak akan memberkati apatah lagi merahmati kerajaan haram UMNO di Perak.



6 comments:

  1. Bila Mahathir menjadi idola Najib Rosmah, tidak hairanlah Umno/Bn pergunakan Mahkamah! 22 tahun Mahathir mengajar Umno/Bn untuk berkuasa mesti gunakan Polis - SPR - BPR (SPRM) - Mahkamah disamping pandai-pandai membuat fitnah!

    ReplyDelete
  2. Dengan keputusan terbaru dari pihak mahkamah ni... menambahkan lagi kebencian rakyat pada pemerintah. Teruskan lah kerja-kerja pencabulan ini wahai pemerintah!!!

    ReplyDelete
  3. teruskan pencabulan undang2... teruskan..nnti tgkla PRU akan dtg..tendang hbs BN dan UMNO

    ReplyDelete
  4. Mat,

    Tajuk ni memang catchy.... UMNO Liwat Perak.... He!He!.. Dulu ada majalah,... mike pun ingat,... Gila-Gila namanya. Ada seorang penulis yang memang pada teman lagut membaca tulisan2 fantasinya.... nama penanya MALAUN.

    Kalau Hadiah Kajai diujudkan kerana sumbangan besar Ibrahim Kajai dalam bidang kewartwanan. Lalu Kajai Award dinukilkan. Biarlah teman teman menganugerahkan `Malaun Award' kepada tuan Mat atas bakat Karya Pengrekaan dan Pengkhayalan yang sunggunh mengasyikkan.

    Kalau Perak diliwat oleh UMNO maka Hakim Mamamat dari Mazhab PAS kena membicarakan pula salahlaku tersebut di Mahkamah Dango Mamamat dengan Kanun Acara Salahlaku yang boleh dijatuhkan hukuman `takzir' oleh Yang Ariff Hakim Mamamat.

    Yallah.... tafaddal ya Ahki..

    Tumbuk Rusuk

    ReplyDelete
  5. Ish.. ish.. ish.. cobaan....
    Ish.. ish.. ish.. cobaan..

    ReplyDelete
  6. Salam dan terima kaseh semua
    Seladang, Axie & BB .. kita alu2kan pencerobohan UMNO di Perak. Mereka sedang berusaha untuk mengambil hati rakyat. Biarkan..
    Zawir .. segala jembalang ada pada UMNO .. cobaan
    TR .. Tima kasih atas Award Malaun. Tanpa realiti rampasan kuasa oleh UMNO di Perak, sukar untuk teman berfantasi. Tak betuiker UMNO liwat Perak?

    ReplyDelete