Thursday, April 23, 2009

Lubuk Merbau ke Tronoh

Setelah menatap angka-angka di blog sahabat Ciberboron, teringat teman akan penglibatan teman secara langsung dalam PRU yang lepas. Rupa-rupanya teman terlibat dalam kempen PR di enam DUN. Hasilnya dua menang empat kalah.

PRU 12 D.U.N. PERAK

BIL.

D.U.N.

Pengundi

Menang

Majoriti

1

LUBUK MERBAU

12,515

PAS

72

2

MANONG

14,050

UMNO

749

3

BUKIT CHANDAN

14,211

UMNO

1,694

4

BELANJA

14,470

UMNO

1,887

5

BOTA

14,389

UMNO

2,068

6

TRONOH

24,103

DAP

2,571

Teman dilahirkan di DUN Lubuk Merbau. Emak kata semangat Tok Temong ada dalam diri teman. Entahler. Emak,kakak, adik dan dua ipar teman adalah pengundi di sini. Emak dan adik teman mengundi PAS. Itupun jenuh teman dan adik ‘memperosah’ emak dengan citer-citer penganiayaan terhadap DSAI. Teroyakler juge emak apabila teman tayangkan vcd DSAI di tv. Sepanjang kempen teman dan adik pelari emak ke rumah keme. Bior emak tidak didatangi oleh peraih undi UMNO. Kakak dan suaminya tidak dapat mengundi kerana nama mereka masih dalam senarai pengundi pos. Abang ipar teman ni pencen askar. Menurutnya, dia dan kakak telah diberitahu oleh pegawainya yang nama mereka telah dipindahkan sebagai pengundi biasa di DUN ini. Apabila mereka merungut, mereka disuruh semak status mereka di pejabat SPR Ipoh. Oleh kerana kakak dan suaminya jenih tak kisah, demepun takdeler beria nak semak atau nak daftar nama deme di SPR. Teman pulak buat donno jer sebab bila nyembang dengan deme, deme muji Madey jer. Deme citer yang Madey selalu masuk kem deme. Makan sama-sama. Sah deme ni ngundi UMNO. Elok bebenorler deme tak boleh ngundi.

Empat lima bulan kebelakangan ni, teman tengak ada harakah baru di rumah deme. Biasanye teman jer yang ninggaikan harakah kat rumah deme. Alhamdulillah, deme udah mula meli harakah. Kekadang teman tinggaikan Suara Keadilan dan Citra Perak di rumah deme. Agaknya mungkin pengaruh kawan-kawan yang telah berjaya mengubah persepsi deme kepada PR. Teman belum tanya lagi sama ada deme udah semak atau daftar dengan SPR. Teman nak semakpun, nombor IC deme teman tak ambik. Nantiler teman semak. Melalui ruangan ini, teman berharap ada petugas-petugas PR di DUN Lubuk Merbau mengambil kesempatan berdamping dengan deme. Dua undi yeopp …

DUN Manong adalah tempat teman bermain dan dibesorkan. Temanpun bersekolah rendah dan menengah di sini. Ngundipun di DUN ini. Udah lima kali teman mengundi. Seingat teman, kali pertama teman ngundi, teman mangkah UMNO. Di DUN, mangkah arwah Cikgu Ali dan Parlimen, mangkah Opah Pidah. Ngundi kali kedua, teman mangkah Ramli Zahary walaupun parlimen teman bagi pada S46. Ngundi kali ketiga dan seterusnya, baruler teman berani mangkah PAS. Talibanpun pernah teman pangkah walaupun teman getik bebenor pada dia. Harap-harap, janganler Taliban ni balik bertanding di Manong.

Sedara mara belah ayah teman ramai di DUN Bukit Chandan. Pernah teman berceramah kempen di Bekor. Teman ingatkan apabila ceramah di situ takde sape yang tahu. Rupa-rupanya sampai juge ke telinga boss teman. Jenuhler dia menjawab bagi pihak teman. Lepaih tu teman buat secara tertutup jer.

Teman heran apa udah jadi pada PAS dan PKR di DUN Belanja dan DUN Bota. PAS dan PKR pernah menang pada tahun 1999. Kemudian kalah teruk pada tahun 2004 dan 2008. Apa udah jadi ni yeop? Oleh kerana teman ada bersama deme pada tahun 1999, teman ada jawapannya kenapa PAS dan PKR kalah mudah di DUN ini. Teman tahu yang Misbahul Munir tahu jawapannya. Biorler lain kali teman ulas punca-punca kekalahan PR di Parit. Buat seketika ini, teman ringkaskan citer bahawa PAS dan PKR Parit hanya pandai cakap tetapi tak gheti buat kojer. Gerak kerja deme tidak seperti gerak kerja BA di tahun 1999. Sekarang semua nak tunjuk pandai.

Di DUN Tronoh teman tak banyak menyumbang tenaga. Teman hanya jadi tukang gantung dan pacak gambor Sivakumar jer. Itupun pacak lepaih tengah malam. Sivakumarpun tak kenai teman. Tut-tut udah jadi speaker. Sekarang ni dia amat popular. Dialah antara hero PR yang diharap untuk meruntuhkan empayar UMNO dan sekutunya.

Sebaliknya DUN Tronoh ini yang banyak menyumbang kehidupan kepada teman. Teman lena di sini. Rumah temanpun ada di sini.



3 comments:

  1. "Talibanpun pernah teman pangkah walaupun teman getik bebenor pada dia. Harap-harap, janganler Taliban ni balik bertanding di Manong."

    Sape le.. Taliban yang dimaksudkan??

    ReplyDelete
  2. Salam BP
    Calon ni pernah lawan Opah Pidah pada PRU 1999. Calon ini mungkin baguih tapi gaya penampilannya telah menyusahkan petugas dan PAS sendiri. Pengundi pompuan begitu genyi dengan stailnya. Jenuhler kite berkempen nak upkan dia. Orang macam dia ni hanya boleh pimpin parti, tapi janganler jadikan dia calon atau mengiringi calon. Pengundi ataih pagorpun lari yeop..

    Tinuj .. tima kasih sudi singgah. MIke waris kuale?

    ReplyDelete